Bab 13

3.1K 147 0
                                    

"Uhurm uhurm, tak payah la ditenong anak teruna orang sampai macam tu sekali." tegurku pada budak 3 ekor ni. Terus diorang tersedar dari lamunan. Masing masing dah tayang gigi je. Malu la tu.

"Blue, hari tu aku tengok macam hensem sikit je. Bila dah depan depan hensem banyak weh. Mata dia pun, cantik nya." bisik Qai padaku. Amboi, gatalnya. Tapi memang tak dinafikan la hensem dia tu. Ada ala ala Logan Lerman gitu, gila tak hensem kan.

"Duduk la dulu, ambik je kerusi tu." kataku pada Miyo. Ha kan dah senang nak cerita bila dah ada nama huhu.

"Kenalkan, yang nie Mai, Qai, Awen, diorang ni BFF aku. Korang ni Miyo budak baru 5 Sains." aku kenalkan diorang antara satu sama lain.

"Aku kacau ko dengan member ko ke?" tanya Miyo padaku.

"Eh takda lah, kawan aku, kawan ko jugak. Kan korang?"

"Hah betol betol betol." amboi laju gila diorang jawab, serentak pulak tu.

"Korang cerita apa, macam serius sangat je tadi." tanya Miyo lagi. Haishh mintak mintak la budak budak nie tak bukak cerita. Diorang ni bukan boleh caya.

"Cerita pasal si Blue dengan awek ex dia tu la, si Melina gedik." jawab Awen laju. Hah kan aku da cakap, diorang nie bukan boleh nak simpan cerita.

"Ko taw tak si Blue ni couple dengan Adrian, lepas tu dalam masa yang sama Ad boleh pulak couple dengan si Melina. Melina pulak tuduh Blue terhegeh hegeh dekat pakwe dia. Faham tak? tanya Mai pada Miyo.

"Owh pasal tu ke, kalau pasal tu aku taw dah." jawab Miyo selamba. Budak budak ni dah tercengang dah.

"Macam mana ko boleh tahu? tanya Awen pulak. Memang la dia tahu, dah aku gadoh depan kelas dia, dia lagi taw banyak dari korang sebenarnya. Cerita kat tasik tu pun korang tak tahu lagi. Kataku dalam hati. Miyo mampu tayang gigi je dengar soalan Awen tu.

"Whatever la, mana ko taw tak penting sebab bende tu pun dah kecoh, tak pelik la kalau ko taw." potong Mai laju.

"Yang lagi penting sekarang ni, si Melina tu suruh Blue cari pakwe baru untuk buktikan yang dia ni betol takda hati lagi dekat si Ad tu." terang Mai lagi. Miyo terangguk angguk faham dengan cerita Mai. Huh habis semua nak di cerita. Cerita kat green monster nie buat apa, bukan boleh selesai masalah pon. Omel aku dalam hati.

"So?" tanya Miyo lagi.

"So kitorang nak carikan Blue pakwe la sekarang ni." jawab mereka bertiga serentak. Huuuuuu, aku da telungkop muka atas meja da, malu siot. Green monster ni boleh pulak gelak lepas dengar jawapan diorang tu.

"Perlu ke sampai macam tu sekali?" tanya Miyo masih ketawa.

"Perlu la, mana boleh kitorang biarkan Blue kalah dengan perempuan gedik tu. Lagi pun takda la kitorang nak carikan Blue ni pakwe betol betol. Pakwe tipu tipu dah la, teman tapi mesra gitu." terang Qai pula. Aku tak boleh nak cakap apa dah. Macam mana la diorang ni boleh cerita semua sekali dekat si Miyo ni.

"Hah, ko tak boleh ke tolong Blue?" tanya Awen selamba. Perghhhhh tambah tebal lagi muka aku ni. Rasa macam nak aje aku sumbat penumbuk dalam mulot Awen ni.

"Sorry, aku tak campur hal perempuan." jawab Miyo bersahaja. Huh nasib baik dia jawab gitu, kurang sikit malu aku. Budak bertiga ni dah tunjuk muka cemberut diorang dah. Macam masalah ni masalah diorang pulak.

"Hishhh apela korang merepek ni. Dah jom, cakap nak aku tunjukkan kawasan sekolah ni." ajakku pada Miyo. Saja nak ajak dia blah sebelom budak ni bukak cerita lain nanti. Diorang betiga dah pandang aku sedeh dah.

"Jom la sekali." ajakku pada budak bertiga tu pulak. Teros tersengeh, ceria semacam. Macam macam la diorang ni.

*************

"Hai kak Blue, jumpe lagi kita ye." tegur si Melina. Hishh macam mana la dia ni boleh ada kat sini. Buat semak je. Sejak bila pulak berakak akak dengan aku, saja nak nganjing la tu. Budak budak ni lama lagi ke kat dalam toilet tu. Dilihatnya aku tak melayan, lagi dia cari pasal.

"Ko saja nak menyombong dengan aku kan. Ko ingat ko bagus sangat lah." Uiii dia dah main kasar dah.

"Ko kenapa, apa masalah ko sebenarnya. Aku tak kacau ko kan, tak payah la sebok nak tanyang muka ko depan aku." tempelak aku pulak, tak boleh sabar dah. Muka dia pun dah tak keruan dah kena sembur dengan aku.

"Tak cari masalah ko cakap, masalah sekarang ni ko tu bajet ko bagus sangat. Ko bajet ko hot, walaupun Ad dah tinggalkan kau tapi ko boleh belagak biasa biasa je kan. Sebab ko rasa ko boleh rampas Ad semula dari aku kan. Ko masih tergila gila dekat Ad lagi kan, mengaku jela weh." makin tinggi suara perempuan ni. Semua mata dah memandang ke arah kami.

"Apa bende yang ko merepek ni. Aku tak hingin pun la dekat pakwe ko tu. Takda makna dah aku nak tergila gila kan dia. Tak da faedah nya pun." balas ku lagi. Hishhh sabau jela aku dengan dia ni.

"Ah kau, mulot boleh la cakap lain. Dalam hati ko sapa yang tahu. Ko dengar sini eh, aku takkan benarkan ko rampas Ad dari aku." Ewah meroyan dah minah ni, orang dah cakap tak heran dia nak warning 2 pulak.

"Eh perempuan ko pehal cari gaduh dengan kawan aku hah. Kalau setakat Adrian tu, kawan aku boleh dapat lagi bagus la. Apa yang ada dekat mamat jambu tu." Haa Mai dah berbunyi dah. Tepat pada masanya ko datang Mai.

"Kalau macam tu ko suruh la kawan ko tu buktikan. Aku nak dia cari pakwe baru, baru aku percaya yang dia takda hati dah dekat Ad. Lain lah kalau dia dah tak laku sangat kan. Boleh la aku pertimbangkan macam mana nanti." taknak kalah nampaknya minah gedik ni.

"Ishh kurang ajar lah mulot ko ni, takpa aku akan pastikan yang dia akan dapat yang lagi bagus dari Ad." marah si Qai pula. Ni kalau dibiarkan memang takkan habis lah.

"Dah dah tak payah layan dia lagi. Jom kita pergi." pujuk ku perlahan. Awen memaut tangan Qai dan aku paut tangan Mai.

"Kenapa dah takut ke. Jangan lupa buktikan dekat aku." sempat lagi dia pesan. 'Bukan masalah aku takot gila. Aku malas nak bertekak dengan kau'. Jawab aku dalam hati.

"Kenapa ko tak lawan dia Blue?" tanya Mai masih tak puas hati.

"Kitakan dah besar, lagipun diam tu adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Diam bukan bermakna kita kalah atau salah kan. Dia budak lagi, tak matang. Banyak makan dakwat sotong agaknya." aku luahkan apa yang tersirat dalam hati. Diorang dah bantai tergelak dah.

"Hurmm betol lah tu." Awen mengiyakan kata kataku.

"Dah jom teman aku beli airkrim dekat koperasi, aku lapar." aku mengajak mereka.

"Jom aku belanja." ajak Miyo memotong ke hadapan. 'Lorhhh dia ada ke dari tadi. Agak agak dia dengar tak kitorang bising bising tadi. Mestilah dengar erk? Dah nama pun bising'. Hatiku berkata kata.

Lepas beli aiskrim kitorng naik balik ke kelas, kitorang pun dah tunjuk kawasan sekolah dekat Miyo. Huishhh boleh dikatakan dekat setiap pelosok tempat yang kitorng pergi, tak lepas lah dari pandangan mata orang. Faham lah yang diorang pandang Miyo kan. Sapa yang tak nak pandang kalau orang hensem lalu. Hensem yang unik pulak tu. Unik sebab mata dia tu la. Jalan dengan aku pulak, lagilah bertambah unik. Si biru dan hijau haha. Berangan tak sudah la ko Blue oi. Walaupun hampir satu sekolah dah tahu kewujudan Miyo, tapi aku pasti, minah gedik tu mesti tak tahu lagi kan?

************
Author belnje pict Logan Lerman kat atas tu..

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now