Bab 31

2.6K 132 1
                                    

"Iris dah siap belom. Cepat Papa dah tunggu dalam kereta tu." laung Mama dari bawah.

Amboi laju betol Papa masok kereta. Saja nak suruh aku kelam kabut la tu. Aku telek dulu muka depan cermin, lips glow aku calitkan sedikit. Pusing 2 3 kali, ok cun. Langkah kaki ku atur ke bawah.

"Wow anak Mama ke ni?" tanya Mama padaku.

"Eh taklah anak Papa." jawabku selamba.

"Ermm yela. Anak Papa jela." rajuk Mama disertakan dengan muncung di bibir. Aku dah tergelak dah.

"Yela2 anak Mama. K la Maa, Iris pergi dulu ye". tangan Mama aku capai dan pipi dilagakan.

"Have fun sayang. Nanti balik call Mama taw. Papa lepas ni nak keluar urusan kerja." pesan Mama lagi. Owhh patut lah laju je dia naik kereta, rupanya nak keluar jugak.

"Hujung minggu pun kerja ke. Mama ok ke tinggal sorang. Kenapa tak cakap awal2. Kalau Iris taw, Iris tak pergi dinner ni." tambahku lagi.

"Ala its okey la. Macam lah Mama ni budak kecik. Dah pergi cepat nanti Papa bising pulak." sambung Mama menghantarku ke depan pintu. Tangan dilambai2 sebelum kereta bergerak.

*************

Phone aku keluarkan setelah sampai ke sekolah.

"Manalah budak2 ni." bebelku sendirian.

"Wow Blue, cantik gile baju ko." sapa Awen dari jauh. Bagus muncul pun budak ni, tak payah susah2 aku nak call. Jimat kredit.

"Baju je lawa. Aku tak lawa?" tanyaku loyar buruk.

"Dia rabun sebab tu nampak baju je yang cantik. Mata aku elok so aku cakap ko yang cantik." sampuk Miyo dari belakang. Hurmm hensem dengan kemeja hitam, vest kelabu dan jeans. Simple but nice, kalah Edward Cullen. Haha..

"Uhurm uhurm tak payah la tenong lama2. Taw la hensem kan." tambah Qai memerli aku. Aduh termalu sendiri. Miyo sekadar menayangkan giginya.

"Bila korang sampai?" tanya ku cuba menghilangkan gundah di hati.

"Tu la deh, sebok naw tenong anak teruna orang sampai kitorang sampai pun ko tak perasan." tambah Mai pula. Aku pulak yang tayang gigi. Malas jawab nanti kena perli lagi.

"Dah r diri si lama2 buat apa. Masok dewan yuk. Nyamuk banyak doh." sampuk Miyo dengan tangan yang sebok menepis nyamuk.

"Jom aku dah jumpa meja kita tadi." kata Awen memulakan langkah. Satu meja ada 8 orang. Sebelum ni kitorang dah daftar dulu so setiap meja kira diorang dah letakkan senarai nama la.

"Weh kejap lagi ada persembahan. Kalo nak daftar boleh lagi kot. Kita nyanyi jom." ajak Mai.

"Jom." sahut Awen pula.

"Ko Qai?" tanya Mai pada Qai.

"Kalau Blue masok aku join." amboi nama aku pulak dia petik. Semua dah pandang menunggu jawapanku.

"Ui memang tak lah aku nak join." setakat karaoke jamban boleh la. Ni nyanyi depan orang, segan wehhh

"Ala tak sporting la ko ni." tambah Awen pula.

"Ajak Miyo ni ha." cadangku pula.

"Ewah aku pulak kena. Duet dengan ko aku nak lah." jawab Miyo dengan kening yang dijongkitkan berkali2.

"Cehhhhhhh." sampuk budak bertiga tu meleret2. Bengong Miyo. Buat segan aku je.

"Tak kuasa aku nak berduet dengan ko la." jawabku disertakan dengan kemutan di hidungku. Cube korang kemut hidung sikit. Comel tak? huhu

"Yela orang tak sudi, nak buat macam mana kan." kata Miyo dalam nada merajuk. Kami hanya menggelakkannya saja.

"Ko nak air tak. Aku ambikkan. Tunggu sini. Korang nak pergi ambik sendiri." tambah Miyo sudah bangun dari duduknya.

"Yelaaa ambik untuk buah hati dia je." sampuk Mai pula sudah bangun bersama Awen meninggalkan aku dengan Qai.

"Ko dengan Miyo still teman tapi mesra ke?" tanya Qai tiba2. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Tak terfikir nak pergi lagi jauh ke?" tanya nya lagi.

"Ntah aku mana2 pun ok. Aku ikot keputusan Miyo je." yela aku taknak la terburu2 macam masa aku dengan Adrian dulu. Tapi kalau Miyo ajak couple pun aku tak kesah. Tak ajak pun aku tak kesah jugak. Janji dia tetap dengan aku. Huuu gitu pun boleh erk..
_____________________________________________________

* Kat atas tu dress Blue masa dinner..

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now