Okey hari ni start aku pratikal dekat MM Holding as an accountant. MM Holding tu syarikat arwah Papa la. Nasib baik nama syarikat bukan Mokthar Holding. Kalau tak kantoi aku prac dekat syarikat family sendiri. Qai pun prac dekat tempat aku jugak, yela syarikat ni kan banyak deparment so tak pelik la kalau ada lebih accountant pun.
"Ok Iris, Qai kalau ada apa2 masalah boleh rujuk Kak Nani. Dia banyak pengalaman dalam bidang ni." pesan Puan Maliza sebelom dia menghilang ke dalam biliknya. Sape lagi Puan Maliza tu kalau bukan Mama. Dekat ofis agak2 la nak panggil Mama kan. Untung bila tak campurkan hal peribadi dengan kerja. Tak sorang pun yang tahu aku ni anak pemilik syarikat. Hehe so alang2 boleh skodeng sekali. Pastu report dekat Mama kan.
"Hai, jom akak bawak ronda2 pejabat dulu." ajak Kak Nani memperkenalkan aku dengan Qai pada pekerja2 di syarikat MM Holding. Boleh tahan besar jugak syarikat Papa ni. Patot la madah busy je dulu.
"Ok meja Iris satu level dengan Akak. Qai pulak dekat tingkat bawah ok." Well aku dekat sini sebagai penolong akauntan and Qai pulak sebagai kerani akaun. Ape beza dia? Hah beza dia aku kena buat kira2 untung rugi belanja syarikat. Si Qai pulak lebih pada bahagian HR la. Uruskan hal kewangan pekerja.
"So boleh la mulakan kerja sekarang." tambah Kak Nani lepas habis menerangkan segala hal syarikat.
"Weh karang lunch naik atas taw." pesan ku pada Qai.
"Buat apa?" tanya Qai.
"Keluar lunch dengan aku la. Nak buat apa lagi." alahai Qai ni. Slow lah pulak first day kerja ni.
"Owh. Tapi kenapa aku yang kene naik atas? Pintu keluar dekat bawah kan. Ko la turun bawah jumpe aku." bantah Qai pula.
"Ala tak salah pun kan kalau ko naik atas." tambah ku lagi.
"Banyak ko punya tak salah. Ngelat ko kan. Aku taknak naik atas, nanti terserempak dengan Puan Maliza. Seram." jawab Qai mengundang gelak tawa ku.
"Eherm2 nak kerja ke nak berborak ni?" tegur suara di belakang ku.
"Eh Puan. Maaf nak kerja lah ni." jawab aku dengan Qai serentak.
"Dah pergi tempat masing2 cepat." arahnya pula.
"Ui, garang. Memang seram." sempat aku perli perlahan sebelum berlalu. Terburai tawaku dengan Qai. Mama sekadar tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
**************
"So macam mana?" tanya Qai tiba2.
"Macam mana apa?" soalan dijawab dengan soalan, perkara biasa lah tu.
"Tunang ko la, ada contact ko tak. Dah seminggu tunang kan?" Qai menjelaskan lagi soalannya tadi.
"Owh, ingat kan ape tadi. Takde pun." balasku malas sambil menyuapkan nasi ayam kedalam mulutku.
"Aik takde jugak. Memang sape yang ada hubungan dengan ko ni jenis yang tak suka ber-contact ke ape?"
"Maksud ko?" ayat berbelit minah ni.
"Yela Miyo da last contact dengan ko, dapat tunang tak contact lansung." amboi perli mendalam dia ni.
"Ntah la Qai. Lantak diorang lah. Urmm pliss tak payah ungkit pasal Miyo lagi. Aku dalam proses nak lupakan dia ok." pintaku pada Qai.
"Orait. Sure, no problem." jawab Qai pendek.
"Hurmm pasal tunang aku tu, aku tak taw la kenapa dia tak contact aku. Tapi Kak Mira rajin jugak tanyakan kabar aku. Tah2 si Riz tu pun kena paksa tunang dengan aku jugak kot." tebakku beserkap jarang.
"Mandai je ko ni. Tapi mana taw betol erk."
"Ko ni nak mengiyakan ke atau nak menafikan sebenarnya?" tanyaku memandang serius muka Qai.
"Ntah aku pun tak taw. No komen." penyudahnya.
"Kalau kena luku dengan aku, sia2 je ko ni taw." aku acah2 marah si Qai ni. Hishh tak tetap pendirian betol.
"Ala gurau pun tak boleh." muncung itik dikeluarkan.
"Lawa sangat la muncung tu."
"Sebab lawa la aku buat." jawab Qai selamba. Dimuncungkan lagi mulutnya kedepan. Terburai gelak tawa kami berdua.
"Hah sebelom terlupa. Awen dengan Mai ajak shopping hujung minggu." tambah Qai.
"Orait, no problem. Nanti aku tanya Mama dulu." jawabku meneruskan lagi suapan di mulut. Borak dengan Qai, nasi pun boleh jadi kering.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...