"Iris baju Iris Mak Ton gantung dekat bilik iron ye." kata Mak Ton semasa lalu di ruang tamu rumah Mama. Kitorang dah start duduk rumah Mama dah.
"Terima kasih Mak Ton. Maaf susahkan Mak Ton." kataku pada Mak Ton. Dia sekadar mengangguk sebelum berlalu ke dalam biliknya.
Aku mintak tolong Mak Ton ironkan baju untuk ke majlis Awen besok. Rasa tak larat pulak nak iron sendiri. Nak tengok kaki sendiri pun dah tak nampak sekarang ni. Nak mintak tolong Miyo? Mau terbakar baju aku tu nanti. Iron baju kemeja dia tahu lah.
"Sayang serious ke nak pergi majlis Awen besok?" tanya Miyo melabuhkan punggung disebelahku.
"Iyelah. Saya betol nak pergi lah. Awak tak nak pergi sudah, biar saya pergi sendiri." jawabku sedikit sebel. Masok ni dah 18 kali dah dia tanya soalan yang sama.
"Cuba sayang bangun sekejap." kata Miyo.
"Kenapa?" tanyaku pula.
"Cuba jelah. Banyak tanya betol." Lantas aku menghulurkan tanganku padanya.
"Tolong lah." pintaku.
"Tengok, nak bangun pun mintak tolong kita. Ada hati nak pergi sendiri." owh dia kenakan aku rupanya.
"Sampai hati." kataku sambil berpeluk tubuh.
"Alololo tak nak la merajuk. Tak comel dah dia. Ok2 kita pergi ye esok." kata Miyo cuba memujukku.
"Taw takot. Tanya lagi sekali awak tido luar hari ni." ugutku.
"Hurm yelah2. Susah dapat bini degil ni." Kata Miyo pasrah. Aku tersenyum sumbing je.
"Awak." panggilku
"Apa?"
"Cuba ambikkan remote tu." pintaku. Lepas dia dah ambikkan dia duduk semula.
"Awak." sekali lagi.
"Ape?"
"Ambikkan air tu pulak." pintaku dengan senyuman manis dibibir.
"Macam2 hal." katanya sambil menghulurkan botol air masak padaku. Lepastu dia baring atas riba aku pulak.
"Awak, awak."
"Ape lagi?" tanyanya memandang mukaku.
"Baring sini lah. Kebas kaki saya." kataku meletakkan bantal kecil disebelahku. Dia turutkan jugak.
"Awak, awak, awak."
"Apa lagi sayang oi.." tanya Miyo meleret.
"Air, air.."
"Tu kat tangan tu kan air."
"Bukan2, ni air ni." kataku panik menunjukkan air yang melimpah di punggungku. Tegak Miyo bangun dari baringnya.
"Macam budak2 la sayang ni, minum air pun boleh tumpah." bebel Miyo. Dia bangun dari duduknya pula, konon nak tolong kemas lah.
"Bukan air masak lah. Ni air ketuban. Air ketuban dah pecah. Panggil Mama, panggil Mama. Cepat sakitttttttt.." jeritku, laki kat sebelah pun macam hampeh.
"A.. air, bu.. bukan minggu depan ke sayang?" aduh sempat pulak dia tanya.
"Mana saya taw anak awak nak keluar awal." jawabku sedikit terjerit menahan sakit.
"A.. abis tu.. nak.. nak buat apa ni?" tanya Miyo gelabah. Haishh laki sapa lah ni.
"Panggil Mama." jeritku sambil menggenggam kuat tangannya. Dia turut mengaduh sama.
"Iris apa jerit2 ni?" tanya Mama dari hujung tangga.
"Maa Kalya Maa, Kayla.." dah gagap pulak laki aku ni.
"Kayla apa?" tanya Mama lagi.
"Iris nak beranak dah Maa." jeritku lagi. Tangan Miyo masih dalam genggaman. Nasib lah kalau patah.
"Hah? Ha tunggu kejap Mama ambik tudung. Miyo cepat Miyo." kata Mama.
"Cepat apa Maa?" tanya Miyo bendul.
"Cepat pergi hospital lah."
"Hah ye ye." jawabnya.
"Kunci kereta mana, kunci?" tanyanya pula.
"Ya Allah menantu aku ni pun. Dah biar Mama yang bawak kereta. Kamu teman Iris dekat belakang. Kak Ton cepat jom." arah Mama membantu Miyo memapah aku ke dalam kereta. Mak Ton bawak barang2 baby. Nasib dah siap kemas semuanya.
**************
Dalam pukul 12 aku sampai hospital, lepas tu dalam 4 jam kena tahan dekat ward sebab pintu belom terbukak sepenuhnya akhirnya pukul 5 aku ditolak masok dalam labour room. Sempat aku mintak maaf dekat Mama, Mak Ton dengan Miyo. Tepat azan subuh berkumandang lahirlah penerus generasi aku dengan Miyo.
"Terima kasih sayang sebab sudi lahirkan zuriat saya." kata Miyo syahdu di telingaku. Miyo melangkah keluar dari labour room.
"Kayla selamat lahirkan kembar sepasang." kata Miyo pada Mama. Miyo teman aku dalam labour room. Tu pun Mama yang paksa masok.
"Alhamdulillah." ucap Mama dengan Mak Ton serentak.
"Kejap lagi diorang pindahkan dekat ward." kata Miyo lagi. Kemudian nurse panggil Miyo mintak sahkan jantina dan azankan baby.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...