Bab 47

2.6K 119 0
                                    

Lagi sebulan je aku dah nak kawen. Tapi persiapan ape pun aku tak buat. Nak tunggu Mama membebel baru nak bergerak. Minggu lepas Mama dah kasi duit from bakal menantu dia, suruh pergi beli hantaran katanya. What, dia ingat aku takde duit ke nak beli sendiri. Tapi aku guna jugak duit tu, rezeki jangan ditolak orang kata. So aku beli la hantaran semua dengan dak Qai.

Lepas dah beli, urusan post mengepost semua Mama yang uruskan. Pelikkan, tak boleh ke dia datang sini ambik barang2 ni semua. Kalau payah sangat pun aku boleh jela hantar ke Penang sana. Ni nak post2 bagai. Dah lah selama aku jadi tunang dia ni, dia langsung tak contact aku. Kenal lagi lah tak. Masa tunang dulu pun Mama tukar barang melalui Kak Mira je. Ishh macam mana nak kawen ni. Boleh bahgia ke?

"Iris dengar tak mama tanya ni?" tanya Mama bengang dengan sikapku.

"Ape Maa?" memang saje cari pasal. Tadi Mama ajak pergi fitting baju kawen. Aku ikot jela, tapi dari tadi Mama je yang pilih. Aku dok temenung fikir hal negara ni hah.

"Iris nak berapa pasang baju nanti?" Mama ulang semula soalannya.

"Uishh sepasang je cukup la. Sanding sehari je kan. Bukan 10 hari." jawabku selamba.

"Memang la sanding sehari je. Malam berinai, potong kek taknak salin baju ke?"

"Owh kena ada malam berinai ke Maa?" polos aku bertanya.

"Taknak pun tak pe." jawab Mama masih membelek baju pengantin.

"Kite buat doa selamat dengan kenduri arwah Papa jela Maa." cadangku.

"Ok jugak. So baju malam berinai tak payah la kan. Baju nikah, dengan sanding. Potong kek nak tukar baju ke?"

"Tak payah la. Leceh."

"Ok, so lepas nikah terus tukar baju sanding. Hurmm photoshoot pandai2 mak andam la ye?" tanya Mama lagi.

"Ha yela. Mama bincang lah nanti. Iris ikot je." dah macam kerbau cucuk hidung pulak aku ni.

"Mama tak sangka yang Iris dah nak kawen." kata Mama.

"Iris lagi tak sangka yang Iris nak kawen Maa." memang tak sangka sangat2.

"Kalau Papa ade mesti dia happy kan Iris dah nak kawen." kata Mama tiba2.

"Iye2 je Mama ni, tah2 Papa tak kasi pun Iris kawen muda." aku cuba perli Mama, yela Mama yang beria nak aku kawen.

"Hello nak salahkan Mama lah tu suruh dia kawen. Papa dengan Mama memang nak Iris kawen awal ok. Supaya bila Papa dengan Mama dah takda, ada orang yang boleh jaga Iris. Tapi Mama tak sangka yang Papa akan pergi dulu sebelum Mama." terang Mama beriak sedeh.

"Sorry Maa." kesal dengan kata2 yang aku lemparkan sebentar tadi.

"Its okey. Tapi kesian jugak dekat bakal menantu Mama. Ingat kawen dengan Iris dapat tumpang kasih sayang Papa. Rupanya Iris pun dah takda Papa." tambah Mama lagi. 'Owh kira Riz dah takde ayah la?' gumam hatiku.

'Ko taknak amek taw pasal tunang ko ke?' tiba2 hatiku berkata2.

'Ah biarlah. Nanti dah kawen boleh kenal lagi.' jawab mindaku.

'Kalau dia taw ko macam ni, mesti dia fikir ko kawen sebab terpaksa.' kata hatiku lagi.

'Biarlah, mana taw dia pun kawen terpaksa jugak. Kalau betol jodoh aku dengan dia and jodoh kami kuat, lepas kawen pun boleh suai kenal. Bercinta lepas nikah lebih sweet ape.' kata mintaku pula.

'Whatever lah. Jangan menyesal kemudian hari sudah.' stop lah bersangka buruk wahai hatiku.

'Its okey. Aku yakin dengan pilihan Mama.' muktamat jawapan dari minda. Tapi bukan selalu jawapan muktamat datang dari hati ke? Ah lantak lah.

"Amboi tengok, dia termenung lagi tu." sekali lagi Mama tegur bila aku tak jawab pertanyaannya.

"Hah.. Mama tanya apa?" tanya ku sambil menggaru2 kepala yang tak gatal.

"Ni gaun nak yang mana?" Mama ulang semula soalan tadi.

"Owh, Mama pilih la mana2. Iris ikut je." jawabku selamba.

"Ni Mama ke Iris yang nak kawen." tanya Mama membelek gaun yang lain pula.

"Memang la Iris yang nak kawen. Tapi Iris nak pakai baju yang orang pilihkan. Iris taknak lah cantik kat mata Iris je, tapi buruk dekat mata orang." terangku lagi. Jawapan bernas, padahal memang malas nak ambik kesah pasal kawen2 ni.

"Huh ade2 je kamu ni." balas Mama pendek.

*************

"Ris ko tak pelik ke dengan tunang ko tu?" tanya Qai semasa kami sedang mengubah hantaranku. Baru semalam barang2 ni sampai dari Penang. Macam mana aku post barang2 aku, macam tu jugak lah dia post barang2 dia.

"Nak pelik kenapa?"

"Yela, takde pun ura2 nak berkenalan dengan ko?"

"Dia tanya Mama la kot. Macam Kak Mira tanya2 pasal aku. Ala tah ape dia pun ikut cakap kak Mira suh tunang dengan aku." tebak ku beserkap jarang.

"Mandai je ko. Takkan lah Kak Mira tu geng dengan Mama?" tanya Qai lagi.

"A'ah erk. Takkan Kak Mira yang muda tu geng dengan Mama." ulangku semula.

"Ko tak tanya Mama ke?" tanya Qai lagi.

"Tak r, malas." jawabku selamba.

"Terok lah ko ni. Bakal laki ko kot." melopong mulot Qai bertanya.

"Ala aku tawakal jela. Aku berserah pada takdir. Mana taw memang tertulis yang Riz tu betol jodoh aku. Doa yang baik2 sudah la. Alang2 tak kenal ni, buat2 tak kenal jela. Bercinta lepas nikah tu lebih indah." jawabku panjang lebar. Laju Qai mencampak kuntuman bunga plastik lepas mendengar jawapan aku.

"Tak cukup bunga ni nanti, siap ko." ugutku.

"Dah tu ko jawab main2." muncung itik dah keluar.

"Hello, aku jawab bende betol ok."

"Whatever lah. Tapi kan, haritu cincin kita tak beli kan. Kira cincin dia yang beli lah eah?" tanya Qai lagi. Bila la dia ni nak berhenti tanya. Mulot tu ada aje bende yang nak ditanya la.

"Hurmm yela kot. Takkan la dia nak suruh aku post cincin sekali hari tu. Ko ni pun."

"Kira dia tahu la saiz jari ko?"

"Ko tengok cincin tunang ni. Ade dia datang ukur jari dulu ke? Tak kan. Memang elok muat2 masa Kak Mira sarong time tunang haritukan." jawabku malas.

"Mana dia taw saiz jari ko erk?"

"Lelaki ni kadang2 saiz jari kelingking diorang sama macam saiz jari manis kita. Tak pun dia ukur jari Kak Mira la kot."

"Yeke?"

"Eh penat lah aku nak jawab soalan2 ko ni. Lagi sekali ko tanya, aku potong lidah ko." ugut ku sambil mengangkat gunting besor depan mata dia.

"Tanya sikit pun nak marah."

"Sikit tengkorak hang. Dari tadi ko dok tanya taw. Jenuh aku nak jawab. Kot tanya soalan yang aku taw jawapan takpe la jugak. Ni terpaksa fikir pulak sebelom jawab." bebel ku sebelum meneguk sirap ais di depan mata. Haus ko layan si Qai ni.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now