Bab 22

2.8K 122 1
                                    

Pagi Sabtu, ada bengkel Add Math dekat sekolah. Semua budak 5 Sains dengan 5 Akaun wajib datang. So muka aku pun harus ada lah kan.

"Weh Blue sini!" jerit Mai dalam dewan tu. Amboi dia ingat kitorang je agaknya yang ada dalam dewan tu. Habis semua mata tertumpu dekat aku. Aku lajukan langkah. Naseb tak tersandung, kalau tak lagi tebal muka aku.

"Ko pehal jerit2. Malu doh orang tengok." sebel rase hati ni.

"Owh kuat eah aku panggil ko, aku ingat biasa2 je." biasa2 je dia cakap. Sampai luar dewan taw boleh dengar. Awen dengan Qai dah bantai tergelak. Mai menggaru2 kepala. Aku menapak ke kerusi kosong.

"Ko pon duduk sini jugak?" tanyaku pada Miyo. Awal gile dia sampai, patut tak terserempak tadi.

"Salah ke aku nak duduk sini?"

"Tak pun, tanya je." ku tayangkan barisan gigi putihku padanya.

"Tak payah nak iklan colgate sangat lah. Pergi depan sana, daftar lepas tu amek fail." mata ku halakan ke hadapan.

"Ko tolong daftarkan boleh tak?" muka dikerutkan sedikit. Ada si mamat kasanova lah kat depan tu. Malas betol aku nak hadap muka dia.

"Ewah banyak cantik muka ko, daftar sendiri la." jawab Miyo selamba. Budak bertiga tu macam seronok pulak tengok drama kitorang berdua.

"Huh mintak tolong pun tak boleh. Aku memang cantik pun lah." jawabku selamba sambil bangun ke depan.

"Perasan." kata Miyo perlahan tapi masih boleh aku dengari.

Terukir indah senyuman dibibir sepanjang langkahku ke meja pendaftaran. Sampai kat situ senyuman aku matikan. Terus aku capai pen dan aku tuliskan namaku. Bila tangan nak capai fail ada tangan lain yang menghulurkan.

"Nah, for you." kata Adrian. Romantik la konon nak tolong hulur2 fail gitu.

"Its ok." jawab ku pendek sebelom mengambil fail lain yang tersusun elok di dalam bakul. 'Aku boleh ambik sendiri lah, aku nak fail biru, yang pergi hulur fail merah buat ape'. kataku dalam hati. Kelihatan Adrian bermasam durja dibelakang.

*****************

Peserta bengkel di berikan masa rehat selama 30 minit. Makanan dah disediakan. So masa 30 minit tu adalah masa nak makan or nak p toilet.

"Iris tolong hantarkan air mineral ni dekat kantin. Takot kat sana tak cukup air pulak." pinta Cikgu Ikin guru AddMath. Penceramah bengkel dengan cikgu2 lain makan dekat ruangan guru di kantin. So aku yang baik hati ni pun tolong lah kan.

"Aduh kene pergi sorang la ni." kataku perlahan. Budak bertiga tadi dah pergi toilet dah, muke diorang memang muka toilet. Takda tempat lain dah nak pergi, balik2 toilet, tak toilet kantin. Miyo pulak tolong Cikgu Ikin angkat barang dekat belakang dewan.

Ni lah padah kalau duduk meja depan dalam dewan, mesti kena tolong cikgu. Tapi takpe, dapat pahala. Nak tak nak aku angkut jugaklah air mineral tadi. Bukan banyak naw, 5 botol je pun. Langkah kaki ku atur ke kantin. Lepas dah kasi air dekat Cikgu Baizura aku pun berlalu balik ke dewan semula. Semasa lalu di belakang bilik perdagangan terasa tanganku di rentap kuat.

"Ish apa ni, lepas lah." kataku perlahan tapi tegas. Yela kalau cakap kuat2 kantoi nanti dengan cikgu, lain pulak halnya.

"Kejap Iris, saya nak cakap dengan awak." kata Ad masih memegang tanganku.

"Nak cakap, cakap jela. Tak payah nak pegang2." Tegasku lagi tapi tak di ambil peduli oleh Ad, makin diketatkan pegangan tangannya.

"Jangan melawan Iris, lagi ko melawan lagi sakit nanti." kata Ad sudah berkau aku. Pandangannya lain macam, tak seperti Adrian yang aku kenal.

"Lepas Ad, awak nak apa ni. Jangan la buat saya macam ni." kataku perlahan, air mata yang ingin menitis aku tahankan. Adrian merapatkan mukanya dengan ku. Terasa deras nafasnya di pipiku. Aku menjatuhkan pandangan ke kaki. Namun Adrian mengangkat kasar meminta aku memandang matanya.

"Aku nak ko Iris. Aku mintak baik2 supaya tinggalkan budak bajet bagus tu tapi ko degil. Ko tetap nak dekat dia. Agaknya kalau aku dah rosakkan ko baru aku dapat ko kot." aku menepis kuat tangannya yang naik mengelus pipiku.

"Tolong la jangan macam ni Adrian. Saya dengan Miyo takda apa2 pun. Kitorang kawan je." aku berterus terang dengan Ad mengenangkan tingkahnya yang semakin tidak terkawal. 'Ya Allah tolong lah hambamu ini.' doa ku dalam hati. Air mata yang di tahan sudah mula menitis.

"Ko tak payah tipu aku la Iris, tengok layanan ko dekat dia tengok dia mesra dengan ko, ko cakap tu kawan. Aku tak bodoh la Iris." tambah Adrian dengan gelak yang sukar diduga. Di tolak kuat tubuhku ke dinding. Ditahannya kedua bahuku dengan tapak tangan nya.

"Tolang la Adrian, saya tak tipu awak. Saya dengan Miyo takda apa2." kata ku dalam esak yang menjadi2. Takut dengan Adrian yang dihadapanku kini.

"Shuuuu jangan nanges sayang, ko taw tak aku sayang sangat dekat kau." kata Adrian sambil mengesat airmata ku yang berjuraian.

"Tapi awak yang tinggalkan saya. Awak lupa ke?"

"Memang, tapi aku dah tinggalkan Melina. Dah takda guna aku nak kekal dengan betina tu, dia bukan setia dengan aku pun. Lagipun semua barang dia aku dah rasa lah." melopong mulut Iris mendengar pengakuan Adrian. Dia pernah sentuh Melina?

"A..aw..wak d..ah sen..sentuh Melina?" tergagap2 aku bertanya.

"Hei sayang, jangan lah marah. Bukan aku yang nak, dia yang bagi. Rezeki depan mata jangan ditolak sayang." Gila Adrian ape kejadahnya aku nak marah.

"Ko nak rasa sayang? Kita ringan2 ye." tambah Ad merapatkan mukanya dengan mukaku. Makin ku ronta makin kuat tolakan tangannya ke bahuku. Kakinya memijak kedua kakiku agar tidak dapat bergerak.

"Jangan Adrian! jangan!" kataku kuat berharap ada yang mendengar jeritanku. Adrian merapatkan bibirnya ke dahiku. Dikucup pula kedua pipiku. Sebelah tangannya dilepaskan dan ditahan pula bahuku dengan sikunya. Tidak sempat menjerit mulutku dikatop dengan tapak tangannya.

"Jangan bising2 sayang. Nanti ada orang dengar." kata Adrian lagi. Aku cuba menolak tubuhnya tapi tidak mampu melawan kekuatannya. Semakin deras airmata ku mengalir.

"Adrian jangan buat saya macam ni Adrian. Tolong lepaskan saya. Jangan buat saya macam ni." lirih ku bersuara. Mungkin tidak difahami kerana mulutku dikatop kuat. Perlahan2 dialihkan tapak tangannya dari mulutku dan disambar pula bibirku.

"Menagis kenapa sayang. Jom lah kita mesra bersama. Kenapa? Ko takut boyfriend ko marah ke? Jangan risau, kalau dia buang ko, aku ada sayang."

Didekatkan pula bibirnya dileherku yang berlapis dengan tudung. Diselaknya tudungku menggunakan mukanya. Aku hanya mampu menangis dan menangis. Segala rayuan yang ku luahkan disebalik tapak tangannya tidak didengari. Serasanya aku tidak mampu lagi berdiri. Kaki ku sudah tidak merasakan apa. Kepalaku berpusing akibat esakan dan nafas yang tidak mencukupi. Aku dah tak kuat, akhirnya aku rebah pengsan.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now