Terasa sakit pergelangan tangan yang digenggam kuat. Aku meronta2 minta diri dilepaskan. Semakin kejam diri diperlakukan oleh manusia yang telah dikuasai oleh nafsu. Aku terjatuh, tak kuat kaki menahan. Esakan semakin kuat. Kudrat terakhir aku gunakan untuk meminta pertolongan.
"Tolong! Tolong! Lepas tolong lepaskan!"
"Iris, Iris bangun sayang. Mama ni." lantas aku mencelikkan mata memandang sekeliling. Deras airmataku mengalir bila terlihatkan Mama di depan mata.
"Maa Iris takut Maa." erat aku memeluk Mama. Seakan terasa lagi pegangan kuat Adrian di tangan ku.
"Dah2 jangan risau sayang. Mama ada, takkan ada yang berani kacau Iris lagi." tambah Mama dengan esakkannya. Aku menagis kuat. Pelukan Mama aku lepaskan. Lututku rapatkan ke dada, mata memandang keliling persis orang ketakutan.
"Iris bertenang ye, Mama ada dekat sini sayang." pujuk Mama cuba membawaku kembali dalam pelukannya.
"Iris tidur ya. Mama teman Iris tidur. Iris demam ni sayang." tambah Mama lagi.
"Taknak Maa, taknak. Iris takut."
"Takpe sayang, takda apa nak ditakutkan. Papa ada sini teman Iris. Iris tidur ye. Papa jaga Iris." tambah Papa yang baru sampai terdengarkan jeritank.. Dibaringkan semula aku di atas katil.
"Papa teman Iris ye." kataku memandang Papa.
"Ye sayang, Papa jaga Iris, takda siapa berani dekat dengan Iris." tambah Papa lagi duduk disampingku. Tanganku digenggam erat dan dielus lembut. Lantas aku menutupkan semula mataku.
****************
Aku celikkan mata bila terasa seseorang memegang tangan ku.
"Ko dah bangun Blue?" tanya Qai perlahan. Aku mengukirkan senyuman kecil padanya.
"Ko nak air?" tanya Mai pula menghulurkan segelas air suam padaku. Ku sambut hulurannya itu.
Terlihat kelibat Miyo cuba mendekatiku. Laju aku memeluk Qai dan meminta Qai menyuruh Miyo menjauh. Semua mata memandangku terkejut. Mungkin tak sangka dengan penolakanku menerima lawatan Miyo. Sesungguhnya aku masih fobia teringatkan perlakuan seorang lelaki terhadap diri ku semalam.
"Its okey, aku faham keadaan dia." kata Miyo memahami.
"Kayla kalau dah ok nanti Miyo datang melawat ye." tambah Miyo sebelum beredar. Aku memeluk Qai erat. Berjujur airmata ku jatuh.
"Ad Qai, Ad, dia buat tak senonoh dengan aku." tangis ku lepaskan ke bahu Qai.
"Shuu jangan nanges Blue. Aku ada ni. Jangan risau ye." kata Qai mengusap2 belakangku. Matanya dihalakan ke arah Mai dan Awen di depan. Mereka sama mengalirkan airmata seperti ku. Pelukan ku lepaskan dan memandang Qai tepat ke matanya.
"Di..di..dia, a..a..aku, d..ah " pandaganku jatuhkan ke bawah.
"Tak Blue, tak. Dia tak sempat sentuh lebih2 Blue. Miyo datang tolong ko." jawab Qai seperti memahami apa yang ingin aku tanyakan.
"Mi..miyo?" tanyaku minta penjelasan.
"Ye, ikutkan masa tu, waktu rehat dah habis, tapi ko tak balik dewan lagi. Cikgu Ikin cakap ko hantar air mineral dekat kantin. Miyo pergi cari ko. Dia lalu tempat tu tengok Ad tengah buat tak senonoh kat ko. Ko dah terbaring dekat kaki lima Blue. Tapi Miyo sempat halang, dia tolong ko. Terok Ad kena belasah." cerita Qai tentang kejadian selepas aku pengsan semalam.
Terbayang wajah sunggul Miyo bila aku menolak kehadirannya tadi. 'Terima kasih Miyo sebab selamatkan saya' kata hatiku.
"Kitorang mintak maaf Blue. Kitorang tinggalkan ko sensorang." kata Awen dengan tagisan halusnya. Aku memeluk Awen sebagai balasan untuk menyatakan yang dia tak salah.
"Kenapa dia buat aku macam tu?" lirih suaraku bertanya.
"Sebab dia binatang Blue." jawab Mai marah.
"Lepas dah kena belasah dengan Miyo semalam boleh dia kata dia tak sengaja. Dia tak dapat nak kawal diri dia. Dah selalu sangat buat maksiat agaknya." hambur Mai lagi. Marah sangat tu.
"Dah la, ko lupakan semua yang dah jadi ye Blue." tambah Qai pula.
"Ayah dia pun dah mintak maaf dekat Papa ko. Papa nak buat laporan polis tapi kenangkan masa depan Ad dan nama sekolah Blue. So Ad cuma dibuang sekolah." kata Qai lagi.
"Ko jangan marah Papa ye Blue sebab tak sumbat Ad dalam lokap." tambah Awen polos. Tersenyum Blue mendengar kata2 Awen.
Aku tahu Papa buat benda yang betul. Walaupun macam tu aku tetap takkan maafkan apa yang jantan tak guna tu dah buat dekat aku. Mata ku halakan ke cermin dihadapanku. Terlihat kesan biru merah dileherku kesan dari gigitan Adrian. Lantas aku meminta Qai mencapai selendang dan aku belitkan ke leherku. Jijik aku tengok. Mai, Qai, Awen hanya memandang diam apa yang aku lakukan.
"Ko nak makan Blue?" tanya Qai melihatkan suasana yang sunyi.
"Kalau ko nak makan, aku pergi ambik kan. Mama dah masak bubur tadi." tambah Awen pula. Aku hanya menganggukkan kepala. Lantas Awen dan Mai turun meninggalkan aku dengan Qai sendirian.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...