Bab 19

2.9K 151 2
                                    

"Weh Blue ko tak rasa ke yang ko dengan Miyo tu nampak sepadan?" tanya Mai padaku.

"Apa punya soalan la ko ni." malas aku nak layan sebab aku sendiri pun tak tahu.

"Ko tak suka kat dia ke? Aku rasa ko dengan dia padan sangat." tambah Qai pula. 'Yeke aku dengan dia nampak padan'. Blue bertanya dalam hati, tapi mulut laju menyangkal.

"Takde maknanya la. Aku rasa aku dengan dia biasa2 je".

"Ke kau nafikan perasaan ko sebenarnya. Takda ke ko rasa syok ke rasa berdebar ke bila dia dekat dengan ko?" tanya Mai lagi.

Owh kalau kite rasa syok or berdebar time orang tu dekat dengan kita maknanya kita suka kat orang tu la eah? Haha mengarut la.

"Apa bende la korang ni, aku dengan Miyo kawan jela. Tak lebih pun. Dah lah, tak payah r cite pasal ni. Dia dah banyak tolong aku taw, kalau dia dengar apa korang cakap ni and then dia rasa tak selesa macam mana. Kesian dia taw." terang aku pada mereka.

"Iyelah, tapi last question untuk ko. Kalau Miyo pulak yang anggap ko lebih dari kawan macam mana? Ko nak terima dia?" amboi takda soalan lagi susah ke nak tanya.

'Hurmm tapi betol ke aku takda perasaan langsung dekat dia? Kalau dia pulak ada perasaan dekat aku macam mana? Tapi perasaan berdebar yang datang dekat aku sebelum ni apa maknanya?' bermacam soalan yang bermain difikiran saat ini.

"Ishhh aku pun tak tahu lah. Dah lah malas fikir." tanpa sedar ayat itu yang telah aku luahkan.

"Haaaaa ko sebenarnya suka dekat dia Blue." kata Awen pula. Whatever la, suka hati korang la nak cakap apa malas aku layan.

****************

"Iris tolong cikgu hantar buku ni dekat bilik guru sekejap." pinta Cikgu Baizura.

"Orait." jawabku pendek dan mula melangkah keluar dari kelas.

Dalam perjalanan ke bilik guru aku terpandangkan Melina mendekati seorang lelaki. Siapa? Miyo. Iye itu Miyo, walaupun dia membelakangkan aku tapi aku taw tu dia. Melihatkan aku mendekati mereka laju Melati memaut lengan Miyo.

Satu perasaan aneh muncul. Marah? Ye aku marah. 'Ko cemburu ke Iris' tanya hatiku. Ntah aku tak tahu, tapi perasaan dia sama macam apa yang aku rasa bila kali pertama aku melihat Ad dengan Melina dulu. Sakit, sakit sangat. Namun aku gagahkan juga langkahku. Kemudian aku mendengarkan sesuatu yang membuatkan hati aku kembali tenang.

"Tolong lepaskan tangan aku boleh?" tanya Miyo pada Melina. Kerana malu ditegur begitu Melina melepaskannya.

"Kenapa abang pilih Blue, dia tak sesuai dengan abang? Dia tak sayang abang pun, dia gunakan abang je untuk buktikan yang dia taknak dekat Adrian lagi. Tapi sebenarnya dia nakkan Adrian lagi bang. Kenapa abang tak nampak semua tu?" tanya Melina dengan suara mendayu sedih. Eleh mendayu sangatlah kan, sedeh sangatlah kan, menyampah.

"Melina aku ni lagi kenal Kayla dari ko kenal dia. Ko nak kata dia gunakan aku terpulanglah pada ko. Ko nak kata dia tak sayang aku, pun ikot suka ko lah. Tapi satu je aku nak cakap dekat ko, kalau susun sepuluh kali kau dan satu Kayla, aku tetap pilih Kayla. Dah tak payah heboh2 pasal orang, ko sendiri pun bukan baik sangat. Kalau betol Kayla nakkan Adrian lagi, baik dia terima je Adrian masa Adrian ajak dia couple semula semalam. Kenapa? Terkejut? Aku pun terkejut jugak tapi aku tak kesah pun sebab Kayla pilih aku dari pilih Adrian tu. So aku mintak tolong sangat2, tolong jangan ganggu Kayla lagi. Jaga lah Adrian ko tu baik2 ok. And lagi satu, pesan dekat Adrian, Kayla aku yang punya." Miyo meneruskan langkah memasuki bilik guru.

Perasaan aneh muncul lagi, jantung aku berdegup laju mendengarkan kata2 Miyo.
'Dia bela aku daripada tuduhan Melina?'
'Dia berlakon ke?'
'Dia pilih aku berbanding Melina?'
'Iye memang betol aku dengan dia berlakon tapi dia lega sebab aku pilih dia berbanding Adrian?'
'Betol ke apa yang aku dengar?'
'Dia maksudkan ke apa yang dia cakapkan tu?'
'Kayla aku yang punya'
Berkali2 ayat yang sama berulang difikiran Blue. 'Kayla aku yang punya'
Tersedar dari lamunan bila ada suara yang meregus marah.

"Puas hati ko sekarang?" tempik Melina.

"Ko dah kenapa?"

"Ko dah rampas Adrian dari aku, ko nak buat tak tahu pulak. Memang dasar perempuan tak tahu malu ko ni !" pekik Melina lagi. Nasib pintu bilik guru tertutup rapat. Kalau tak memang kena dah.

"Apa maksud ko?" merepek apa minah ni.

"Adrian mintak putus dengan aku semalam. Bila dengar Miyo cakap yang Adrian nak balik dengan ko memang sah lah ko yang hasut Adrian kan!" Melina dah mula meroyan. Adrian ko dah tambah lagi masalah untuk aku.

"Apa kena mengena dengan aku pulak. Aku tak tahu apa2 pun." tegasku membela diri.

"Dah lah ko, tak payah nak tunjuk baik sangat lah. Ko dengar sini baik2 disebabkan ko dah rampas Adrian dari aku, sekarang aku akan rampas Miyo dari ko." mendengar kata2 Melina hati aku jadi tak keruan.

"Ko pehal weh, ko yang rampas Adrian dulu dari aku. Sekarang aku dah taknak dekat dia pun apasal ko nak tuduh aku yang rampas dia dari ko?" tegas aku pula. Mana boleh macam tu. 'Tapi Iris kalau betol ko takda perasaan dekat Miyo kenapa ko nak marah Melina pulak?' tanya hatinya.

"Talk to my hand Blue." kata Melina sambil berlalu pergi.

"Tak, aku takkan benarkan ko rampas Miyo pulak dari aku." nekad hati Blue. Eh, Blue memang suka dekat Miyo ke?

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now