Tiga tahun kemudian..
"Weh Iris ko takde kelas ke hari ni?" tanya Qai padaku setelah masok ke dalam bilik.
"Patotnya ada petang karang tapi cancel. Kenapa?" tanyaku semula.
"Takde ape, saje tanya. Tengok ko dok melengkor je dari tadi. Sakit mata aku taw tak." terang Qai.
Well dah bertahun berlalu kan. So sekarang aku sudah bergelar mahasiswi Sem 5 di UITM Segamat, Johor. Nama je dalam Johor, kalau nak balik rumah mau makan 3 4 jam jugak.
Alhamdulillah keputusan SPM aku agak cemerlang jugaklah dulu, so aku sambung belajar dalam Course Acounting jew. Sama dengan dak Qai. Awen dengan Mai pulak amek Course Office Management and Technology. Muak nak sambung akaun katanya. Suka hati korang lah kan. Tapi kira rezeki jugaklah sebab kitorang 4 orang still boleh bersama lagi.
Hah lagi satu yang paling penting, bila dah masok Uni, dah takde yang panggil aku Blue termasok budak 3 orang ni. Nama panggilan ditukar kepada Iris. Kenapa tukar? Saje je, dah matang lah katakan. So taknak guna nama panggilan budak2 lagi. Ada readers yang nama gelaran dia Blue ke? Kalau ada Author mintak maaf ye.. huhu bukan niat Author nak mengutuk..
Ok sambung balik sembang si Qai dengan Iris ni..
"Kelas ko habis pukul berapa?" tanya ku pada Qai.
"Pukul 2 karang lepas tu sambung pukul 4 sampai 6. Mengantok lah aku jawabnya." ok kitorang ni roomate je bukan classmate. So jadual lain.
"Alololo sian dia. Sabau jelah ye. Ke nak tukar jadual dengan aku?"
"Ko saja je nak sakitkan hati aku kan. Taw lah jadual ko tersusun cantik. Tak macam aku punya, melopong lepas tu padat padat padat." mula dah membebel mak nenek ni. Aku bangun dari katil lalu aku capai lattop di atas meja belajar.
"Ko bebel2 pun bukan boleh berubah jadual ko tu." jawabku pula. Email Miyo aku buka. Hurmm masa baru pindah selalu jugak kitorang berbalas ym. Tapi bila dah sambung belajar ni jarang2 dah kami berbalas email. Kadang2 seminggu sekali baru muncul.
"Bukak email kesayangan lah tu." kata Qai.
"Taw takpe." balasku pendek.
"K lah aku nak tidur. Nanti pukul 12 kejot eah kita pergi makan. Kirim salam kat Miyo sekali." pesan Qai sudah menutup mukanya dengan bantal.
From: Miyo Hayyan
Assalammualaikum my sweetheart..
Sihat tak hari ni? Sorry dah jarang send email dekat ko. Tapi jangan risau, walaupun aku jarang send email tapi hati aku sentiasa ingat dekat ko. Waaaa cair tak? Haha.. Hurmm aku nak bagitaw ni. Akak aku suruh aku mula belajar selok belok syarikat arwah Papa dekat UK ni. Senang nak uruskan bila aku dah habis belajar nanti. Aku tak kesah nak belajar tapi ko tak rasa yang bende tu akan menyusahkan aku ke. Aku takot aku tak boleh nak focus dengan belajar semua lah. Ko rasa apa aku patot buat?? Help me please..
Love from UK, Miyo
Tersenyun sendiri aku membaca email Miyo. Yes panggilan kitorang masih tak bertukar, still kau aku. Aku pun lebih selesa macam ni. 'Hurmm kalau betol dia selalu ingat aku bagus lah' kata hatiku. Aku membelek gelang tangan pemberian Miyo. 'Rindu ko Miyo'.
To: Miyo Hayyan
Waalaikumussalam my dear..
Alhamdulillah aku sehat je dekat sini. Its okey, janji ko tak lupa dekat aku sudah. Hahaha cair dah aku...
Hurmm aku rase tak salah pun kalau ko cuba dulu. Betol ape yang Kak Lisa cakap tu, senang untuk ko handle syarikat tu nanti. Ko kan lelaki, takkan tu pun tak boleh buat kot.. ceh nak pressure sikit kononnya. Dont take serius sangat lah. Cuba dulu, kalau rase tak boleh bagitahu la kak Lisa. Takkan lah dia tak faham. Maybe Kak Lisa fikir ko boleh buat sebab tu dia dah suruh ko belajar dari sekarang. Chill la, dia baru suruh belajar lah, bukan dia suruh ko uruskan teros pun. Okey?? Senyum sikit, takmo muka ketat2, tak hensem nanti.. huhu. Ade apa2 bagitahu aku taw. Hurmm lupa pulak yang Qai kirim salam dekat ko. Jaga diri dekat sana ok..Miss you, Kayla
Hurmm macam ni lah Miyo. Ada aja bende yang nak di adu nya. Ingat lagi masa dia baru sampai UK. Dia ngadu yang kak Lisa suruh dia sambung bisness padahal dia dah ada cita2 nak sambung bahagian kedoktoran. Tapi lepas di pujuk akhirnya dia sambung jugak bidang bisness. Miyo ni kadang memberontak je lebih, tapi last2 dia ikutkan jugak kehendak orang.
Cehh cakap orang lebih, aku pun lebih kurang je sebenarnya. Yela Papa pun suruh aku ambik bisness jugak sebelum ni, senang nak uruskan syarikat dia nanti. Tapi aku berkeras jugak nak ambik bidang akaun. Syarikat Papa nanti macam mana? Hurmm biarlah Papa yang uruskan. Tapi aku janji aku akan kerja dengan Papa jugak nanti. Kalau Papa dah tak boleh nak uruskan nanti biarlah suami aku pulak yang uruskan kan. Kenyet mata sikit.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...