Bab 21

2.9K 156 2
                                    

Petang ni ada acara sukan tahunan sekolah. Ni jugak merupakan acara last untuk kami yang bakal menduduki SPM. Lepas ni dah busy dengan trial, kelas tambahan semua, huh bosan..

"Weh Blue, kitorang nak pergi jenjalan dekat gerai sana. Nak ikut tak?" tanya Awen.

"Takpe la korang pergi jela, aku tunggu sini." jawab aku yang sedang duduk di kerusi batu di tepi padang.

Sapu tangan kecil aku letakkan di atas kepala. Panas weh. Nak duduk bawah khemah, khemah dah penuh, dengan bau peluhnya nanti. Hui boleh pengsan. Dekat dewan pulak cikgu2 tengah sibuk uruskan hadiah2 lepastu ada acara apa tah aku pun tak tahu. Author saja nak suruh Blue duduk dekat tepi padang jugak sebenarnya huhu. Bila budak bertiga tu dah pergi, ada pulak manusia yang mendekati.

"Hai sayang, sorang aja ke?" tanya Adrian.

"Amende sayang2, sibuk dekat sini buat apa Adrian. Nampak dekat Melina karang macam2 dia tuduh saya. Pergilah tempat lain sana. Banyak lagi tempat lain awak boleh pergi." haisshhh semak betul.

"Saya dengan Melina dah takda apa2 awak. Saya nak balik dekat awak, kenapa awak taknak terima saya?" balik2 soalan tu jugak, orang dah taknak sebok terhegeh2.

"Sebab saya dah ada Miyo." jawab aku sambil tersenyum manis. Suke aku tengok muka pasrah si Adrian ni. Dulu ko jugak yang suruh aku lupakan ko kan. Sekarang ko rasakan.

"Uhurm uhurm.. elok lah dua merpati sejoli ni dah berbaik semula. Ko dah tinggalkan Miyo ke Blue?" tegur si Melina. Ada aja dia ni. Padan lah dia dua orang ni, suka sangat menyebok hal hidup orang.

"Apa ko merepek ni. Ko nak cakap aku tinggalkan Miyo semata2 untuk dia ni. Huh, mana mungkin." jari ku halakan ke Adrian. Aku sertakan sekali gelak yang dibuat2. Adrian dah terkulat2 kat sebelah aku.
"Yela sebab Miyo pun bukan setia dekat ko. Dia pun sama je macam Ad ni, menduakan ko. Baru tadi aku nampak dia jalan dengan perempuan lain." Yeke Miyo menduakan aku. Eh tapi Miyo bukan boyfriend betol aku pun, kire Miyo memang dah ada girlfriend kew?

"Eh ko suke hati pulak nak tuduh2 aku, ko yang ngorat aku dulu. Aku pulak tah kenapa bodoh sangat yang boleh ikot ko tu apasal tah." jawab Ad melawan kata2 Melina.

"Eh korang nak gadoh p cari tempat lain, serabot kepala otak aku la." aku mula bersuara.

"Ko serabut sebab Miyo menduakan ko yew?" tambah Melina lagi. 'Hurmm betol lah tu, tapi bukan sebab dia duakan aku, tapi sebab dia da ada girlfriend. Merana hati ni' kataku dalam hati.

Dalam hati tengah gundah tetiba terasa sesuatu di kepala. Laju aku meraba kepala, ada cap. Aku pusing belakang, Miyo rupanya.

"Panaslah sayang. Duduk sini buat apa?" tanya Miyo. Ku lihat Adrian dah menundukkan kepala, Melina pula sudah menarik muncung itiknya. Kenapa jelez?

"Takda tempat lain lagi la bie." selepas menjawab aku pandang kiri kanan. Mencari2 kot2 ada girlfriend dia seperti yang Melina cakapkan tadi.

"Ko cari bakal madu ko eah? Sabar kejap lagi dia datang." bisik Melina sambil tersenyum kambing. Hishh ada lagi dia ni. Taw2 je aku tengah mencari.

"Miyo!" laju kami semua memandang ke arah suara tersebut. Perempuan tu dah menarik Miyo jauh sedikit dari kami kemudian dia membisikkan sesuatu kepada Miyo.

"Hah tu dia dah datang." tambah Melina lagi. Haha lega hati aku. Hishh Melina ni tak habis2 nak memburukkan orang. Aku taw Miyo bukan macam Adrian. Miyo datang menghampiri aku semula.

"Sayang temankan kak Una pergi toilet boleh. Ade dia nak suruh Bie temankan dia. Tadi sebelum keluar taknak guna toilet siap2. Sibuk nak ikut Bie datang sekolah ni." adu Miyo padaku. Aku memandang Melina. Jelas kelihatan muka terkejut plus kecewa dia tu. Nak aja aku gelakkan dia.

"Miyo kutuk akak yew. Adik ipar akak ni yang ajak akak datang eah semalam." Kak Una dah mendekat. Adik ipar? Aku memandang Miyo, dia hanya tergelak kecil.

"Sayang ajak kak Una ke?" Miyo bertanya

"A'ah, saja." aku menunjukkan barisan gigi putihku padanya.

"Memandai aje." jawabnya sambil mengetuk muncung cap di kepalaku.

"Ishh Bie ni, habislah tudung sayang." aku membetulkan tudungku semula.

"Eh2 nak bergurau ke apa ke kejap lagi lah. Iris jom teman akak kejap." adusss lupa pulak yang kak Una ada. Malunyaa... selamba badak aku bahasakan diri sayang tadi.

"Hah jom2, Melina nak join sekali tak?" sengaja aku bertanya. Aku sertakan sekali ketawa kecilku.

"Eh takpa la, aku gerak sana dulu." jawab Melina meminta diri.

"Ni laki ko ni taknak bawak sekali ke?" tambah Miyo pula dengan jari yang ditunjukkan ke arah Ad. Melina menunjukkan lagi muncung itiknya. Kemudian Adrian sendiri yang mengangkat kaki berlalu pergi.

"Dah pergi la cepat, Miyo tunggu sini." Miyo berkata padaku dan Kak Una pula.

"Iris terkejut eah. Miyo dah cerita kat akak la yang korang kena berlakon tadi sebelum kitorang pergi tempat Iris. Tu yang akak panggil adik ipar." jelas kak Una.

"Terbaik lah kak Una. Suka Iris tengok muka Melina tadi. Terkejut habis dia." tambah ku pula.

"Owh tadi tu ke Melina. Hurmm memang gedik la kak Una tengok. Jalan pun melentok liuk macam orang patah pinggang jew. Tapi kenapa Iris tak cerita yang Miyo tu boyfriend olok2 Iris?" aku menggigit bibir bawah.

"Ala Iris takut akak fikir yang bukan2 pasal Iris. Iris takut akak fikir Iris gunakan Miyo je." terangku perlahan.

"Ish takdanya akak nak fikir macam tu. Lagi pun Miyo yang offer diri kan." tambah kak Una lagi. Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.

"Tapi kalau betol Iris jadi adik ipar kak Una pun apa salahnya, lagi akak suka." ternganga aku mendengar kata2 kak Una. Suka bukan main lagi. 'Tu pun kalau Miyo nak dekat Iris kak'.

"Ada2 je akak ni. Akak taw tak yang Melina tu nak try Miyo?" terbuntang mata kak Una mendengarnya.

"Ishh jangan harap boleh dapat, kalau dia tu nak jadi adik ipar kak Una, akak suruh Miyo pergi meminang sendiri. Tak sanggup kak Una nak pergi pinangkan." terburai lagi tawaku.

"Kalau dia yang meminang Miyo pulak macam mana?" konon2 nya perigi cari timba lah.

"Takde2 bagi free pun kak Una taknak dia jadi adik ipar Kak Una."

"Haha apa lah kak Una ni. Tapi kalau Miyo dah jatuh hati dengan Melina tu dia nak jugak takkan akak nak bantah lagi kot. Kesian dia."

"Akak kenal adik akak Iris. Dia takkan nak dekat Melina tu. Percaya lah." huhu hatiku berbunga2 saat ini.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now