"Assalamualaikum. Maa Iris dah balik." aku melangkah ke dapur. Kalau balik sekolah memang Mama dekat dapur jela pun.
"Waalaikumussalam." sahut semua orang. Amboi ramainya yang jawab. Mama buat pesta ke kat dapur.
"Eh kak Una. Kak Fiza dengan Kak Fina pun ada?"
"Iris dah kenal Fiza dengan Fina?" tanya Mama padaku.
"A'ah jumpa dekat Tebrau semalam." jawabku pendek.
"Iris balik awal takda kelas tambahan ke?" tanya MAma lagi. Mata ku larikan dari pandangan kak Fiza yang tengah jongket2 kan kening dia tu.
'Aduh dia nak bahan aku pasal semalam lagi ke?' hatiku bertanya. Teringat tentang kejadian semalam.
"Best siot cerita Deadpool tu." kata Mai memuji filem yang ditonton tadi.
"Hurmm not bad lah. Tapi wayang sampingan tadi lagi best." sampuk kak Fiza memandang ku dengan pandangan yang sukar di fahami.
"Wayang sampingan?" tanya Awen pula.
"A'ah. Aksi dua insan bersuap2 popcorn." terbuntang mata aku memandang kak Fiza. 'Dia nampak?' Terkekek2 dia ketawa disambut pulak dengan tawa Qai. Kak Fina tersenyum2 je. Aduh, kalau nak sumbat muka dalam beg agak2 muat tak. Malunya....
"Ala biasa lah. Diorang nak bermesra terlebih mesra lah tu." jawab Miyo selamba. Konon2 nya kak Fiza tengah cakap pasal orang lain lah. Padahal bukan dia tak tahu kak Fiza cakap pasal kitorang sebab dia pun sama dah tersengeh malu tadi.
Makin galak pulak ketawa kak Fiza dengan Qai. Mai dengan Awen terpinga2 tak faham. Huh nasib baik lah diorang tu focus gila dekat cerita tadi.
"Iris Mama tanya ni, Iris dengar tak?" tanya Mama lagi bila soalannya sebentar tadi tak berjawab.
"Hah, Mama tanya apa Maa?" kalut aku bertanya kembali.
"Ya Allah berangan pulak budak ni. Mama tanya takda kelas ke hari ni?"
"Owhh takda Maa." jawabku dengan tangan menggaru2 kepala yang tak gatal.
"Iris kenapa? Tak sihat ke?" tanya Mama yang melihat aku serba tak kena ni.
"Eh tak lah, Iris sihat je".
"Iris teringat buah hati eah?" tanya kak Fiza mengenyetkan sebelah matanya. Melopong mulot aku memandang kak Fiza, Kak Fina kat sebelah dah tertawa kecil.
"Iris ada buah hati?" tanya kak Una pula.
"Ish mana ada. Memandai je kak Fiza ni taw. K lah Iris naik atas dulu." laju aku berlalu dari dapur, lagi lama aku kat situ macam2 boleh jadi. Terdengar tawa kuat Kak Fiza. Fuhh.. lega. 'Gelabah lah ko Iris, lek2 sudah la' getis hatiku. Ah diam ko, sebok je.
*************
"Yuhuu, boleh akak masok?" tanya kak Una di muka pintu bilikku. Yela aku tak tutup pintu pun tadi.
"Masok lah kak. Kak Fiza dengan Kak Fina mana?"
"Diorang dah balik la Iris. Ikut Kak Yaya pergi bakeri." jawab kak Una. Telekung yang aku gunakan tadi aku sangkut semula pada penyidai dan aku baring disebelah kak Una yang sedang duduk di katil ku.
"Owh. Akak tak pergi sekali?"
"Tak lah, kejap lagi si budak bujang tu balik, rumah takda orang pulak." jawabnya lagi.
"Manje erk kak si Miyo tu." terdengar suara halus kak Una ketawa.
"Mana taknya Iris, Papa dengan Mama akak meninggal masa tu dia baru 7 tahun. Lepas tu terus di dibela kakak2 dia ni. Kawan pulak masa tu dengan Fiza, Fina tu. Sebab tu dia serasi dengan perempuan. Manja tu sebab dia anak bongsu agaknya. Kebetulan pulak duduk sorang dengan kak Lisa, menjadi2 lah dia." terang kak Una.
"Kak Lisa akak sulung kak Una eah?" aku bertanya inginkan kepastian. Yela tak pernah dia sebut pun nama tu sebelum ni.
"A'ah. Sekarang dia dekat UK, Miyo datang sini sebab kak Lisa tak duduk Penang lagi. Lepas Miyo habis SPM Miyo dengan akak pun kena pergi UK jugak. Kak Lisa suruh sambung belajar dekat sana." cerita kak Una tanpa di minta. 'Miyo nak pergi UK?' 'Kenapa dia tak pernah cerita pun.'. Hatiku tertanya2.
"Sempat pulak dia termenung. Betol lah ni Iris dah ada buah hati eah?" tanya kak Una cuba bergurau.
"Eh tak lah kak. Yela SPM dah nak dekat, maknanya tak lama lagi la Iris dapat luang masa dengan akak." lirih aku berkata.
"Ada fikir macam tu pulak. Tak lama lah akak pergi, dalam 2 tahun setengah macam tu. Nanti akak balik la sini semula." pujuk kak Una.
"Abis syarikat papa akak dekat Penang sapa uruskan kak?" aku bertanya cuba membuang rasa sedih di hati. Ko nak sedih kenapa Iris. Sebab kak Una ke sebab Miyo sebenarnya ni?
"Hurm sekarang ada orang kepercayaan kak Lisa yang urus. Lepas ni mungkin kak Wani kot yang uruskan. Yela dia kontrak guru dekat sini pun 5 bulan je Iris sebab tu kitorang ikut dia datang sini. Kak Yaya dengan Kak Ayu pun mungkin ke Penang jugak nanti. Tambah cawangan kat sana. Kesian dekat kak Wani tinggal sensorang nanti." tambah kak Una lagi.
"Lepasni Iris dah takda kawan lagi la. Semua nak pindah."
"Ala sedih pulak adik akak ni. Dont worry nanti akak balik sini jugak. Asalnya kitorang datang Jb ni sebab kak Lisa suruh kak Wani survey tempat untuk tambah syarikat anak dekat sini. Senang kalau nak rujuk projek baru kak Lisa nanti."
"Owh, terer erk kak Lisa tu. Muda2 dah uruskan syarikat besar."
"Terpaksa Iris, kalau dia tak uruskan sapa lagi nak uruskan. Lagipun dia tak urus sorang, ada penasihat arwah papa tolong dia. Akak pun kena sambung belajar bisnes sebab kak Lisa suruh la. Miyo tu nanti mesti kena jugak, dah tentu2 dia sorang je waris lelaki yang Papa akak ada."
"Wow bakal2 bisnesman bisneswoman muda lah family akak ni." selorohku.
"Ish takda lah. Iris pun apa kurangnya. Anak tunggal bisnesman. Kalau bukan Iris sapa lagi yang kena uruskan syarikat Papa tu?" tanya kak Una tentang diri ku.
"Ntah la kak." aku menayangkan sengehku. 'In syaa Allah Papa akan panjang umur nak uruskan syarikat sampai aku kawen. Nanti biar laki aku yang uruskan syarikat Papa tu.' hehe.
"Abis tu Iris nak jadi apa?"
"Iris nak jadi akauntan, takpun arkitek ke." jawabku pendek.
"Hah kena lah tu dengan syarikat Papa. Syarikat pembangunan kenalah ada akauntan atau arkitek kan." kata kak Una lagi.
"Kerja dengan syarikat Papa mungkin boleh kak Una. Nak uruskan tu, Iris tak berapa minat lah." terangku pula. Kak Una hanya mengangguk2 kan kepalanya.
"Eh ok lah, akak balik dulu eah. Bising pulak budak bujang sorang tu nanti." kak Una meminta diri.
"Jom. Iris pun nak turun makan." lalu aku dengan kak Una turun ke bawah beriringan sebelum kak Una pulang ke rumahnya.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...