Bab 12

3K 151 1
                                    

"Hai." tegur seseorang dari belakang.

"Hai." jawabku beserta senyuman di bibir. Hurmm baju KRS, nampak segak pulak. Sempat ko menelek kan.

"Ko ok tak ni?" dia bertanya.

"Aku ok jew, kenapa?" tanyaku pelik. Nampak aku tak ok kew?

"Eh takda apa, saja tanya." jawab dia menggaru kepala. Hurmm macam2 dia ni.

"Bila nak tunaikan request aku?" tanya dia lagi tentang sesi pemandu pelancong tu.

"Hurmm petang karang la, sebelom waktu koko petang. Ko datang kelas aku." arahku padanya. Dia hanya menganggukkan kepala.

"Weh, aku nak panggil ko ape erk?" akhirnya boleh jugak aku tanya soalan ni.

"Panggil aku Miyo je." jawabnya pendek.

"Miyo? Mana datang Miyo tu, macam pelik jew?" puas aku fikir ni.

"Ewah suke hati cakap pelik, ko tu orang panggil Blue lagi pelik." Amboi aku balik yang kena. Lantak lah, janji tak pening aku nak panggil ko ape. Author pun dah penat nak fikir kata ganti nama untuk ko haha. Boleh pulak macam tu.

***************

Kebiasaannya sesi p&p pada hari rabu akan tamat pada pukul 2 petang dan sambung dengan aktiviti kokurikulum pada pukul 3. Tapi Cikgu Baizura guru Math keluar awal hari ni, ada urusan lain katanya. Laju Mai dan Awen berkumpul di meja aku dengan Qai. Siap bawak kerusi kau. Memang lama la nak bergosip tu.

"Ish, aku sakit hati betol dengan minah gedik tu la." kata Mai dengan nada geram. Geram sungguh tu.

"Sapa?" tanya Qai pendek.

"Si Melina Latifa tu la." jawab Awen pula. Malas aku nak ambik port, baik kemas beg lagi bagus.

"Hurmm kenapa dengan dia?" tanya Qai lagi.

"Ada ke dia serang Blue time kitorng pergi tandas rehat tadi." kata Mai bersungguh. Qai menarik aku supaya mengadap mukanya.

"Betol ke?"

"Hurmmm."

"Dah tu ko lawan tak?" tanya Qai.

"Blue nak melawan? Dia bantai buat muka dont know dia tu jela. Kalau aku yang kena tadi memang dah teleng kepala budak tu aku tempelengkan. Kecik besar, kecik besar je aku nengoknya." jawab Mai memotong percakapanku.

"Ko tak melawan Blue?" tanya Qai tak percaya. Yela aku bukan jenis budak pasif yang diam je bila kena sound. Tapi tadi aku malas nak melayan perempuan tu, kalau aku layan sampai bila pun tak habis. Alasan dia nanti, aku nak rebut pakwe dia. Huh, dah basi la alasan tu.

"Dah tu ko nak suruh aku buat apa, nak suruh aku teakwando dia, ke nak gusti dengan dia. Tak kuasa la aku, aku bukan budak kecik macam dia. Dia tu yela tak matang lagi." jawab aku tenang.

"Hah cakap pasal tak matang, ada ke patut si Melina tu suruh Blue cari pakwe baru sebagai bukti yang Blue ni tak terhegeh dekat pakwe dia. Tak ke gila dia tu, dah sawan agaknya." Tambah Mai lagi dan ia cukup untum membuatkan mulut Qai ternganga besar.

"Eh dia ingat Blue ni perempuan murah macam dia ke, tergedik gedik nak cari pakwe. Pakwe dia sekarang ni pun, dia rembat pakwe orang lah." Marah Awen pula.

"Aku rase dia saja nak malukan Blue la. Yela kan sekarang dia da dapat Ad, lelaki paling hensem dekat sekolah ni. Betol tak aku cakap?" Mai membuat kesimpulan.

Hurmmm kesimpulan untuk si Melina nak malukan aku tu mungkin betol. Tapi untuk kenyataan yang Ad paling hensem agak tidak tepat. Kalau sebelom ni mungkin iye, tapi sekarang dah tak lagi. Kataku dalam hati beserta ketawa kecil.

"Abis ko nak buat apa Blue?" tanya Qai memandang muka aku.

"Ntah, lantak dia la. Malas la aku nak layan dia tu." balas aku perlahan.

"Mana boleh, nampak sangat yang ko nak mengalah dengan dia. Tak boleh tak boleh, kita kena cari jalan jugak. Aku nak ko cari pakwe sekarang jugak." kata Mai laju.

"Ewah ko ingat aku ni apa, petik jari sepuluh yang datang? Lagipun tak nak la aku mainkan perasaan orang semata mata nak layan permainan si Melina tu." bantah aku.

"Ala aku tak suruh pun ko mainkan perasaan orang. Hah tak pun ko pakat la dengan sapa sapa suruh jadi boyfriend tipu ko. Saja nak tunjukkan dekat Melina yang ko ada pakwe. Kira macam kawan tapi mesra la, gitu." cadang Mai. Huiii bersinar sinar mata si Mai bagi idea.

"Hah yang tu aku setuju." jawab Qai dan Awen serentak. Amboi, sah kawan kawan aku ni dah tak betol.

"Korang ni gila la. Bagi idea merepek repek. Mana aku nak cari 'kawan tapi mesra tu' ?" Tanya aku pada diorang. Saja aku tekankan perkataan kawan tapi mesra tu. Diorang ingat senang nak cari.

"Hai." sayup sayup kedengaran suara di belakang.

Macam aku kenal suara tu. Amboi suara dia pun ko dah kenal. Detik hati ku. Budak bertiga tu dah ralit pandang belakang aku. Mata pun dah tak berkelip dah. Ish ish ish... kan aku dah cakap tadi. Kalau dulu, iya si Ad yang paling hensem tapi sekarang dah tak lagi. Hah baru nak percaya cakap aku. Aku tengok jam di pergelangan tangan. Pukul 2 dah, patot la dia datang.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now