Selesai sudah majlis aqiqah buat anak2 aku malam ni. Mama jemput ahli surau dan ahli persatuan dia untuk mengadakan majlis ni. Buat sekali dengan kenduri arwah Papa. Kalau Papa ada mesti dia seronok dia dah jadi atuk macam mana Mama gembira bila dia dah jadi Nenek.
"Sayang menong apa tu?" tegur Miyo menghampiri aku yang sedang memangku Iman. Aman ada dekat Mama. Lantas Miyo membawa Iman dalam dakapannya. Kesiankan aku yang belum habis berpantang mungkin.
"Takde apa. Teringat dekat arwah Papa je." jawabku jujur.
"Sedekahkan Al fatihah. Doa supaya Papa ditempatkan dikalangan kekasih Allah." pesan Miyo. Sungguh sejak dah jadi Papa ni. Nampak Miyo semakin matang.
"Pandang saya macam tu kenapa?" tanya Miyo pelik.
"Tak boleh ke? Suami saya hensem sangat hari ni." kataku dengan mata yang sengaja dikenyitkan.
"Ai saja nak goda saya ke ape? Nak bagi Iman adik eah. Sabar2 lah sayang. Awak tu belom habis pantang lagi." celoteh Miyo.
"Eee kesitu pulak dia." Miyo mengaduh bila kena sepit ketam aku. Melalot sape suruh.
"Sakit lah sayang." adu Miyo dengan muka comel dia.
"Gatal lagi." kataku.
"Dah makan?" dia bertanya lagi.
"Belom."
"Nak makan?" aku sekadar mengangguk.
"Tunggu sini. Saya pergi ambik." kata Miyo berlalu ke dapur. Macam ni lah dia hari2. Kadang2 dia bergilir2 dengan Mama ke pejabat. Nak jaga aku pantang katanya. Kadang2 dia menghabiskan masa menjaga Aman dan Iman. Aku cuma dibenarkan untuk menyusukan mereka saja. Baik tak baik laki aku ni. Bersyukur sangat dapat suami macam Miyo ni.
Lepas makan kami naik ke atas dengan kembar kami. Miyo menyuruh aku tidur dulu sedangkan dia tidurkan si kembar. Aku sekadar memerhatikannya dari katil. Alhamdulillah si kembar tak banyak ragam dan memang senang Miyo nak menjaga diorang.
************
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Aku bangun, tengok Miyo takda dekat sebelah aku. Aman pun takda dekat tempat tidur dia. Aku melangkahkan kaki ke luar. Kelihatan Miyo sedang mendukung Aman sambil mulut mengalunkan zikir2 indah.
"Kenapa tak tidur?" tanya Miyo bila melihat aku yang sedang berdiri di muka pintu.
"Tak boleh tidur." jawabku sedikit berbisik. Takut Aman terjaga.
"Kenapa? Sakit?" tanya Miyo risau.
"Bantal pelok saya hilang." kataku manja memaksudkan Miyo sebagai bantal pelok aku. Miyo sekadar tersenyum manis.
"Alolo kesian dia. Meh sini." kata Miyo menarik aku duduk di sofa. Dia melangkah ke bilik dan meletakkan Aman kembali di tempat tidurnya. Kemudian dia keluar semula.
"Meh peluk bantal awak ni." kata Miyo menarik aku dalam pelukannya. Aku tertawa halus, begitu juga dia.
"Tak penat ke?" tanyaku padanya. Kepala aku lentokkan pada dadanya.
"Penat apa?" soalan dipulangkan soalan.
"Jaga Aman dengan Iman sampai lewat pagi ni?"
"Tak lah. Saya suka. Diorang makin besar sayang. Nanti diorang dah besar saya dah tak boleh nak dodoi diorang lagi." jawab Miyo bersahaja.
"Terima kasih sebab sudi tolong jagakan diorang." kataku lagi.
"Anak saya jugak. Setakat jaga je tak boleh lawan masa awak sakit nak lahirkan diorang sayang. So saya yang patut berterima kasih dekat awak." balas Miyo.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...