Bab 7

3.2K 160 1
                                    

Sejak kejadian tu aku langsung takda mood. Member2 tegur pun aku buat dont know je. Ni semua sebab dua mangkuk ayun tu la. Sakit hati aku, sakitnya tu di sini. Sampaikan time balik sekolah pun aku terus jalan menonong tanpa bersalaman dengan member baik aku, diorang pon naik pelik dah. Sepanjang perjalanan balik, rasa macam ada orang yang mengikut aku, tapi lantak la. Apa? Si Melina tu sampai upah orang suruh bunuh aku ke. Kalau betol memang sah dia dah gila. Ingat aku hadap sangat ke dengan Ad tu.

"Ish aku tak heran la dengan si Ad tu. Tak mati pun kalau dia tinggalkan aku. Perangai macam monyet, monyet pon lagi hensem lagi baik dari dia. Bodoh!! " jerit aku sekuat hati, lantakla orang dengar pun. Ada aku kesah, biar orang tahu Ad tu memang bodoh.

*********

"Iris mari turun makan." panggil mama di luar pintu bilik. Sejak balik tadi sampai sekarang aku tak turun bawah lagi. Mama panggil pun aku tak menyahut.

"Iris bukak la pintu ni." panggil mama lagi. Kerana tak sampai hati aku pun bangun membuka pintu.

"Kenapa anak mama ni. Iris tak sihat ke?" tanya mama kepada ku.

"Tak la maa, Iris ok. Cuma pening kepala sikit." bohong ku. Aku cuma takda mood jew. Sakit di hati masih menebal.

"Nak makan ubat. Kalau nak mama ambilkan?" tanya mama prihatin. Hurmm kesian pulak dekat mama. Ad punya pasal, mama pulak aku buat tak endah.

"Tak payah la maa. Iris dah sapu minyak angin, dah kurang sikit sakitnya. Iris mintak maaf sebab buat mama risau. Mama dah makan? Teman Iris makan jom, Iris lapar." pinta ku pada mama disertakan dengan sengehan menunjukkan barisan gigi yang putih.

"Hish macam macam la anak Mama ni." lantas ku pelok mama dan kami jalan beriringan turun ke bawah.

***********

"Hai my lovely boyfriend, En. Marzuki Mokhtar. Tengah buat apa tu?" laju kaki mengatur langkah ke arah papa di ruang tamu.

"Eh my princess dah turun, papa tengah semak tender papa sayang. Dah solat maghrib belom?" tanya papa pada ku.

"Dah papa." laju ku cium pipi papa.

"Sejak sejak nie papa isyik sibuk jew. Balik keje pun dah lewat malam, Iris rindu taw tak dekat papa." aduku pada papa. Lengan papa ku peluk erat. Nak manja la konon.

"Ala sorry la, papa ada projek yang kene papa siapkan. Kalau papa ada dekat rumah pun bukan Iris selalu layan papa. Terperap je dekat dalam bilik tu." jawab papa pula. Aku jugak yang kene. Tapi memang betol pun, kalau papa balik awal pun aku selalu duduk dalam bilik mengulang kaji, takpun aku terpaksa ke kelas tambahan. Maklumlah SPM dah nak dekat.

"Yela papa ku sayang. Iris jugak yang kena." jawab ku lagi, ada nada rajuk di situ.

"Dah dah tak payah nak berdating sangat kat situ. Mari makan, kejap lagi lauk dah sejuk." sampuk mama pula dari ruang makan.

"Pa, mama jelez la tu erk tengok kita dating." bisik ku pada papa, tapi agak kuat jugak la sampai mama boleh dengar. Haha bisik ape bende macam tu.

"Ewah ewah, mama jelez? Dia yang dok bekepit dengan pakwe mama dari tadi, nak cakap mama jelez pulak. Tak malu." jawab mama sambil mencuit hidungku bergurau. Mendengar ayat mama terus aku teringatkan kata kata Melina gedik pagi tadi. Terus berat rasa hatiku tapi aku tetap memberikan senyuman pada mama. 'Ingat Iris, hal Ad dan Melina takda kena mengena dengan orang lain, orang lain tak salah ok'. Kataku dalam hati.

**********

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku cuba mengerti.
Teramat sering kau membuat patah hatiku.
Kau datang padanya. Tak pernah ku tau.
Kau tinggalkan aku di saat ku butuhkan mu.
Cinta tak begini, selama ku tau.
Tetapi ku lemah karna cintaku padamu.

Lagu 'Jika Cinta Dia' nyanyian Geisha berkumandang di dalam bilik menandakan ada panggilan masok. Ewah lagu ni macam dok perli aku je. Lagi bertambah sakit hati aku ni. Aku pun menutup buku dan keluar ke balkoni untuk jawab panggilan.

"Weh ko pehal hari ni. Ko tak sihat ke? Ko sakit? Ke ko ade masalah?" tanya si pemanggil. Amboi laju pop pop pop macam popcorn.

"Hello tak reti nak bagi salam dulu ke. Terus terjah tanya macam macam soalan." tempelak ku pula. Terdengar tawa halus si pemanggil. Terkena batang hidung kan.

"Sorry Blue, Assalamualaikum." Kata si pemanggil masih lagi tertawa.

"Iye, Waalaikumussalam. Ko nak ape call aku memalam buta ni Mai. Takda keja lain dah?" tanya aku pada si Mai.

"Banyak ko punya malam buta, baru pukul 10.15 ok. Chill la.. bak kata orang, malam masih muda."

"Tengkorak hang malam masih muda." eh terkuat pulak cakap. Nasib baik kiri kanan takda orang. Makin kuat pulak si Mai ni gelak.

"Ko marah? Tak payah nak marah sangat la, nanti cepat tua. Aku tanya, ko kenapa dekat sekolah tadi? Lepas rehat mood ko kelaut je aku tengok. Ko datang bulan eh?" tanya si Mai tak puas hati. Ni selagi aku tak jawab ni, memang sampai besok la phone aku lekat kat telinga.

"Takda la, aku ok je. Cuma.. " teragak agak aku nak cerita.

"Cuma apa!! ?" tanya Mai kuat. Nasib tak tercampak phone aku.

"Sabar la senget, aku nak cerita la ni!! " jerit aku pulak. Lantak la bukan ada orang pun, lalu aku menceritakan kejadian pagi tadi pada Mai.

Habis cerita dia pun membebel2 la dekat aku sebab tak percaya pada sangkaan dia hari tu. Tapi bila dia dengar aku jawab nak tak nak dia pun bagi la nasihat, suruh aku sabar la, jangan berdendam la, kumbang bukan seekor la. Hishh macam la aku ni frust menonggeng sangat. Aku cuma kecik hati je sebab Ad sanggup tipu aku sedangkan aku percaya dekat dia. Bohong la kalau aku tak sedih, aku sayang kot dekat dia, nak dekat setahun setengah da kitorang bersama. Last 2 dengan minah gedik tu jugak dia main kayu tiga. Tapi aku dah nekad nak lupakan dia. Tiba tiba hati menjadi sayu. Lalu aku pandang bulan di langit. Cewahh..

Aku atur langkah nak masok ke bilik, tetiba aku terdengar bunyi petikan gitar. Aku perhatikan betol2 bunyi tu, betol bunyi gitar. Kalau bukan bunyi gitar tadi, aku lari dulu dah. Aku pandang kiri kanan, takda orang. Rumah Uncle Tan kosong, tengok lagi sebelah, rumah kak Una. Takkan kak Una pulak yang main gitar. Aku perhatikan lagi, memang ada orang dekat balkoni rumah tu, tapi sapa. Nak jerit panggil takut mama dengan papa pulak yang datang. Aku amati bunyi gitar tu. Best jugak, tetibe dia berhenti main, lampu balkoni terus tertutup. Hurmm baru nak dengar. Takpa la esok2 boleh dengar lagi, rumah kak Una je pon. Dah jom masok tidur.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now