Bab 4

3.5K 149 0
                                    

Hari rabu, aktiviti ape lagi kalau bukan kokurikulum kan. Tapi pagi ni kitorang ada acara padang. Acara padang ni wajib semua masok, tujuan dia nak kumpulkan mata untuk rumah sukan masing2. Lepas da kutip semua mata nanti ditambah pulak dengan jumlah akhir time sukan sekolah, so rumah mana paling banyak markah nanti, dia la yang menang. Aku dengan Qai rumah merah, Mai dengan Awen pulak rumah biru.

"Blue, Qai nanti lari jangan terkedek kedek tau." jerit Mai dan Awen serentak di barisan sebelah.

"Hello ni Blue ok, Iris Kayla tak pernah kalah." jawab aku dengan bangga. Memang aku tak pernah kalah pon dalam bab lari2 ni. Tapi aku jarang sertai acara akhir. Kalo acara padang ni boleh lagi sebab nak bersaing dengan budak 3 ekor ni huhu.

"Ok kita tunggu dan lihat." balas Awen pula.

"Awen, ko tu lari elok2, mata pandang depan jangan sampai tergolek lagi macam tahun sudah haha." tak sengaja aku pun terikot ketawa sama.

"Jahat la korang." Awen da tunjuk muncung itik dia, datang si Mai di jentik pulak muncung Awen, tambah cemberot muka dia.

Tiba pula giliran aku, Qai, Mai, Awen dan 2 wakil dari rumah kuning dan hijau untuk acara 400m. Pengadil garisan permulaan mula mengira.
~ Kegarisan ~ sedia ~ mula !! Tiupan wisel turut kedengaran. Peserta mula berlari. Sempat menoleh ke kanan, Qai disebelah aku. Muka Awen dan Mai tak kelihatan. Terus aku pecut dan akhirnya, haha Iris Kayla tak pernah kalah.

"Weh Blue laju gila la ko." tegur Qai tercungap2. Mai dan Awen dah terduduk mencuri nafas. Kemudian Cikgu Mus minta kami beratur mengikut giliran 1, 2, 3. Aku no 1, Qai no 2, budak rumah hijau no 3.

"Iris kamu tolong cikgu boleh?" tanya Cikgu Mus.

"Tolong ape cikgu?" tanyaku semula.

"Ni ambik borang ni lepas tu catat nama pemenang no 1,2,3 macam kat atas ni boleh?" terang Cikgu Mus. Aku mengangguk tanda paham.

"Hah Qaisara tolong Iris sekali ok. Cikgu nak uruskan acara lontar peluru lelaki kat sana." Qai mengangguk dan Cikgu Mus pun berlalu. Awen dan Mai tah mana dah menghilang.

********

Tamat dah acara 400m dari Form 5 sampai Form 1, baik lelaki mahupun perempuan. Cikgu Mus datang semula kepada kami.

"Kamu ambik borang ni tolong kasi dekat GPK Koko ok, ni upah dia." Cikgu menyerahkan borang lain beserta air kotak sorang 2 kepada kami.

"Ok cikgu, beres. Terima kasih." Jawab kami serentak.

Aku dan Qai mula menapak ke kawasan pejabat.

"Aduh nak kene naik tangga, tinggi pulak tu. Mau kurus jugak aku ni nanti." mulut dah start membebel, kerja tak ikhlas sungguh.

"Kurus amendenye Blue oi. Ko tu da tinggal tulang je taw tak. Kurus kering, rangka jew yang ade." jawab Qai terdengar bebelan aku.

"Kan? macam mana nak kasi gemok erk? padahal aku makan dah banyak taw."

"Ntah aku pun tak taw, ko ada bela saka kew?" tanya Qai ketawa besar.

"Tengkorak hang bela saka, kalo aku bela saka.... " belom sempat aku nak sembur si Qai tetiba.. gedebusssssshhh

"adoiii !!!" teduduk aku kat tangga, naseb tak tegolek ke bawah. Kurang asam punya mahluk asing. Punya beso tangga ni aku jugak yang dia langgar. Ah!!! habis borang tadi terabur dah, dengan air kotak aku sekali terbang, nasib tak pecah. Memamg nak kena dia ni.

"Blue ko ok tak ni?" tanya Qai. Tangan dihulur nak tolong aku bangun.

"Weh ko ni jalan pandang pakai mata ke pakai lutut?" tanya aku geram. Tiada jawapan dari mamat tu. Ligat tangan dia mengutip borang yang dah terabur tadi.

"Aku tanye, ko boleh buat dono jew kan." ish geram geram. Borang yang terabur tadi dia bagi dekat aku balik, dia ambikkan air kotak aku pulak. Muka dia selamba je tapi mata dia pandang bawah.

"Sorry." jawab dia sepatah, uihhh hati aku da terbakor dah ni. Dihulur pulak air kotak tadi pada Qai.

"Satu aku ambik, ganti dengan lollipop ni."dia ketawa kecil. Ternganga mulot aku dengan Qai. Perghhh selambe badak dia je, da langgar aku, air kotak aku pulak dia tibai.

"Takpa Blue sabo sabo. Esok lusa aku jumpa ko, siap lah." tangan mengurut dada, marah sangat tu.

"Budak mana tu hah? Form berapa erk? " tanya Qai pulak.

"Mana aku taw, kalo aku taw sekarang jugak aku p tibai dia." Qai dah bantai tergelak.

"Ko gelak kenapa?"

"Takde apa la, rasa macam kelakar pulak ko marah marah ni. Dah jom p hantar borang ni. Duduk sini lama2 kang ade lagi yang kena sondol." Qai gelak lagi.

"Hah gelak la gelak. Sat lagi ko yang aku sondol."

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now