Kelas tambahan Sejarah pada hari esok, Sabtu dibatalkan. Yang tu seronok, yang tak seronoknya kelas tu diganti pada petang ni. Yang membuatkan dia lagi jadi tak best sebab kitorang kena bergabung dengan kelas 5 Sains. Ape la nak main gabung2 kelas teacher Meng ni. Buat jela macam hari tu, tunda ke petang Isnin. Tak boleh ke? bebelku dalam hati.
"Apa yang Iris fikir sampai berkerut kerut muka tu?" tanya mama di meja makan.
"Takda apa la maa, pelik je dengan teacher Meng tu. Kenapa dia tak nak ganti kelas esok ke Isnin petang jew? Kenapa dia nak buat petang ni jugak?" tanya ku pada mama.
"Ishh ada tanya mama pulak, mana mama tahu. Bersangka baik jela Iris, mungkin dia ada urusan lain hari Isnin nanti. Betol tak mama cakap?" aku hanya mengangguk kepala mendengarkan jawapan mama itu.
"Dah makan cepat, nanti lambat pulak ke kelas tu karang." tambah mama lagi. Iris malas nak hadap muka Ad la mama!! jeritku dalam hati. Hurmm bencinya. Tak suka tak suka.....
**************
Dengan langkah yang malas aku menuju ke sekolah. Haishh kalau ikot hati nak ponteng pun ada. Tapi nanti mesti mama membebel. Kenapa la aku bagitahu mama yang hari ni ada kelas ganti, kalau mama tak tahu kan senang. Dalam sebok berfikir, ada manusia ni dok sergah aku dari belakang. Sapa lagi kalau bukan si green monster.
"Ko kalau tak sergah aku tak sah eah?" tanya aku geram. Terdengar tawa dari mulut dia. Ingat kelako la tu. Nasib aku ni takda masalah jantung taw.
"Dah tu aku panggil dari tadi ko buat dont know je, aku sergah la. Ko berangan ape hah?" Owh yeke dia panggil aku. Hehe aku tengah fikir masalah dunia sekarang ni.
"Hurmmm sebok la ko. Ko buat apa kat sini hah? Ko ikot aku eah? Ke ko ngintip aku?" tanyaku serkap jarang.
"Eeee tolong lah, takda maknanya aku nak intip ko, nak ikot ko. Besar sangat ke masalah ko ni, sampai boleh ko tanya aku soalan yang tak masok akal tu. Dah tentu tentu kita ada kelas Sejarah kan. Aku nak pergi sekolah la, nak pergi mana lagi." jawab Miyo panjang lebar. Hah main serkap jarang lagi, kan dah kene perli dengan dia.
"A'ah la, aku lupe yang ko ni kelas 5 Sains." aku menggaru kepala yang tak gatal.
"Ko duduk dekat sini eah? Rumah ko dekat mana?" tanya aku padanya.
"Kenapa ko nak taw, ko nak skodeng aku eah?" tanya dia dengan kening yang dijongket jongketkan sekali.
"Eeee takda masa nak skodeng ko la. Aku tanya je."
"Iyelah. Urmmm aku duduk dekat belakang sana tu." tangan ditunjukkan ke arah deret rumah seberang sana. Bukan situ kawasan rumah aku ke? Belakang yang mana satu dia ni. Banyak belakang kat situ. Ah malas la tanya, nanti dia tuduh aku macam macam pulak.
Dalam bebel bebel tak sedar pulak yang kitorang dah masok kawasan sekolah. Teacher Meng cakap kelas hari ni buat dekat bilik perdagangan sebab bilik tu besar, so boleh la gabung dua kelas sekali. Miyo hanya mengikut langkahku, yela dia bukan tahu pun bilik pedagangan kat mana. Sampai je dekat bilik tu aku tercari2 kelibat member2 aku. Tiba tiba aku rasa semua mata memandang ke arah aku.
"Weh asal diorang pandang aku semacam je? Ada apa apa ke kat muka aku?" tanya aku pada Miyo sedikit berbisik. Miyo memandang mukaku.
"Tu hidung kau."
"Hah kenapa hidung aku? Ada apa?" laju tangan meraba raba hidung aku. Jangan kata ada taik hidung terjuntai pula. Malu aku woiiii !!!
"Ada dua lubang." Miyo sambung jawapan dia. Dia kenakan aku rupanya, kurang asam jawa betol.
"Bengong hidung memang la ada dua lubang." buku yang aku pengang ku hempok ke belakang bahunya. Tergelak dia sebab dapat kenakan aku. Takpa takpa, ada ubi ada batas. Tunggu masa ko nanti.
Kemudian aku melangkah ke arah member2 aku di meja hujung sana. Kebetulan ada dua kerusi kosong, aku ajak Miyo join sekali. Alah yang lain2 pun duduk terabur jugak, tak ikot kelas pun.
"Amboi korang berdua, dah macam sweet couple aku tengok." tegur Qai bila aku dan Miyo sampai di tempat mereka.
"Banyak ko punya sweet, sawit adalah." jawabku di sambut gelak tawa mereka berempat.
"Betol lah sweet, sebab tu semua mata pandang dekat korang. Lagi lagi si Ad tu, muka dia berubah terus taw tengok korang bergurau tadi." kata Mai pulak. Owh sebab aku datang dengan Miyo ke diorang semua pandang aku lain macam tadi. Ah lantak la, bukan aku buat salah pun.
Lepas habis kelas kami berlima lepak di taman permainan kawasan perumahan aku. Budak bertiga tu balik ikut pagar depan hari ni. Tengah best2 lepak tetiba hujan turun, lebat pulak tu.
"Aduh macam mana nak balik ni, tengok gaya macam lama lagi je nak berhenti." Mai dah mengeluh. Tu la, orang tua2 pesan kalau buat apa2 jangan suka melencong. Kalau tak melepak tadi selamat dah semua sampai rumah.
"Redah rumah aku jela. Rumah aku da dekat dah. Korang tunggu sekejap, kalau tak berhenti jugak korang ambik r payung." cadang aku kepada mereka.
"Boleh la, dari kene berteduh kat sini, sampai bila kan." jawab Qai pula.
"Ko Miyo macam mana?" tanya Awen pada Miyo.
"Takpa la korang balik dulu. Rumah aku pun dah dekat jugak." jawab Miyo selamba. Selamba selamba pun aku tengok dia macam dah menggigil jugak. Belom kena hujan pun dah menggigil ke.
"Betol ni ko taknak saing dengan kitorang?" tanya aku lagi inginkan kepastian.
"Ye takpa, korang gerak la dulu." jawab dia lagi.
"Ok la macam tu, kitorang gerak dulu. Balik hati hati." sempat aku berpesan. Budak bertiga tu dah melambai lambaikan tangan pada Miyo. Miyo hanya menganggukkan kepala.
Sampai kat rumah aku, hujan masih tak berhenti malah makin lebat. Kebetulan papa balik dari kerja. Jadi papa tolong hantarkan Mai, Qai dan Awen pulang ke rumah. Tetiba teringatkan Miyo, dia dah balik ke? Tanyaku dalam hati. Hurmmm risau jugak ko dekat dia rupanya.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...