Bab 9

3.1K 156 0
                                    

Huarghhhhhh!!! puas menggeliat, guling2 sesedap rasa. Habis bantal2 jatuh kebawah dengan cadar semua tertanggal. Hishh kalau mak mertua nampak ni, kompom kena reject jadi menantu. Kejap lagi la kemas, mandi, solat subuh dulu.

Siap mandi, solat, kemas bilik semua, aku pun turun ke bawah.

"Morning Maa, Paa." aku pelok cium mereka berdua. Ingat, kasihi lah kedua ibu bapa korang sebelom terlambat ok. Jangan nanti bila diorang dah takde baru nak mnyesal. Eh sempat bertazkirah la pulak.

"Morning." jawab mereka serentak.

"Iris takda kelas tambahan ke hari ni?" tanya papa.

"Takda paa, tunda hari Isnin. Balik lambat la jawabnya Isnin nanti." jawab aku beserta keluhan.

"Tak baik mengeluh, cikgu tu pun nak cuti jugak. Lagi pun tahun ni last kan Iris buang2 masa dekat sekolah tu. Percaya la cakap mama, nanti da habis sekolah mesti rindu saat2 kelas tambahan, balik lambat tu semua taw." terang mama padaku. A'ah kan, tahun depan aku dah tak sekolah. Nak pergi mana erk? Macam tak best la pulak nak habis sekolah ni.

"Iyelah mama ku sayang." aku berikan senyuman manis pada mama.

"Papa tak pergi mana mana ke hari ni?" tanya ku pada papa.

"Papa ada kelab golf kejap lagi." hurmmm berangan lagilah nak ajak papa pergi jenjalan.

"Iris nak ikot ke?" tanya papa lagi.

"Taknak la, bosan jew. Bukan ada kawan pon dekat sana, nanti kena kawan dengan Uncle2." selorohku dan disambut gelak tawa papa dan mama.

**************

"Weh ko ok tak?" tanya suara dari belakang. Oh green monster rupanya. Apa dia buat dekat sini, skodeng aku ke? hati kecil tertanya tanya.

"Ko buat apa kat sini?" terlepas jugak soalan tu.

"Aku nak pegi basoh baju dekat tasik tu hah." jawab dia selamba. Biar betol mamat ni. Eh yang ko pun nak percaya cakap dia kenapa. Marah aku dalam hati.

"Dah terang terang sini tempat orang jogging, ambik angin pagi, boleh lagi ko tanya soalan macam tu." dia jawab jugak soalan aku sebab aku hanya diam tak cakap apa. Aku cuma terangguk angguk kepala tanda faham jawapan dia.

"Angguk2, aku tanya ko ok ke tak ni?" dah geram la tu aku tak layan soalan dia tadi.

"Iye aku ok." jawab aku pendek lantas bangun dari atas pejalan kaki itu.

Lepas papa keluar ke kelab golf, aku minta izin mama nak keluar jogging kat tasik. Tu dah memang rutin tetap aku tiap hujung minggu kalau takda kelas tambahan. Tapi nasib malang pulak minggu ni, si Melina gedik boleh datang serang aku dekat sini. Mentang2 la aku selalu datang sini sorang, dia boleh siap bawak geng2 gedik dia nak sound2 aku jangan kacau pakwe dia tu. Dia ingat aku takot, setakat geng gedik dia yang berdiri pun terlentok liuk tu, aku naik tangan sekali da boleh jatuh taw.

Ee tolong la, takda makna aku nak terhegeh2 dekat pakwe dia tu. Takot pakwe dia lari dekat aku balik la tu. Kalo betol pun aku tak hingin la. Sebelom dia blah tadi sempat dia tolak aku lagi. Kaki aku pulak terpijak tebing pejalan kaki, apa lagi, memang gedebusshhh la aku jatuh terduduk. Kesian punggung aku, minggu ni je da berapa kali aku jatuh terduduk.

"Berangan lagi !!" Eh ada lagi mamat ni kat sini.

"Budak2 tu kenapa dengan ko? Ko kacau diorang eh?" main serkap jarang nampak. Sebok betol.

"Takde keje la aku nak kacau diorang, diorang yang kacau hidup aku. Orang nak jogging pon tak senang. Tu kan kekasih hati si Adrian, sebok suruh aku jangan terhegeh hegeh kat pakwe dia lagi. Bila masa tah aku terhegeh hegeh." terang aku pada mamat tu dengan nada tak puas hati.

"Owh, budak yang ko gaduh dekat depan kelas aku tu ke?" eh mana dia taw...

"Mana ko tahu hah?" laju aku bertanya.

"Time korang gaduh tu, aku ada la dalam kelas tu. Bising je, aku nak tidur pun tak senang." jawab dia dengan muka selamba. Owh dia ada time tu.

"Betol ke Adrian tu pakwe ko?" tanya dia lagi bila tengok aku diam.

"Hurmmm, sebelom dia tipu aku la. Sekarang tak dah."

"Abis betol ke ko terhegeh2 dekat Adrian tu lagi?" eh bila dia ni nak berhenti tanya la....

"Mana ada, aku tak hingin pun dekat si Ad tu lagi. Budak tu tuduh aku nak pergi cari Ad time yang aku pulang buku ko tu." terang aku lagi. Suke hati minah tu je nak tuduh2 aku.

"Ko nampak minah gedik tu datang dekat aku dari mula tadi kan?" tanya aku laju. Dia hanya mengangguk angguk tanda iya.

"Dah tu kenapa ko tak datang terus? Kalau tak boleh ko back up aku tadi?" tanya aku pada dia. Kalau dia datang awal sikit tadi, ada la jugak bukti yang aku tak pergi cari Ad time tu.

"Sorry aku tak campor hal perempuan." jawab dia kerek. Ada jugak yang kena luku ni karang.

"Dah la, aku nak balik. Makin lama aku duduk dekat sini, makin sakit hati aku taw tak." aku tunjukkan muka sebel dekat dia. Dia bantai gelak je dekat aku. Hishh memang sah mental budak ni.

"Sebelom tu aku nak tanya, apasal ko suka tido dalam kelas?"

"Mana ada aku tido dalam kelas?"

"Habis yang waktu rehat tu?" laju aku sangkal jawapan dia.

"Waktu rehat je pun, bukan waktu belajar. Aku tak taw nak pegi mana la, nak buat apa. Aku bukan ada kawan pun dekat sini." jawab dia secara terang. Aku anggukan kepala tanda faham.

Dekat sekolah tu memang lambat nak terima kehadiran budak baru, aku pun tak tahu kenapa. Lagi la kalau mamat ni masok kelas 5 Sains tu, dah sah sah si Ad yang konker kelas, memang tak kan ada kawan la dia. Tapi aku tak, kalau orang nak kawan dengan aku, aku ok je. Eh engkau pulak yang sebok, ko nak kawan dengan dia cakap jela Blue oi. Tak payah nak ayat berkias kias sangat la.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now