Bab 51

3.2K 132 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, tiba lah masa untuk aku dengan Miyo berbincang. Sampai bila aku nak mengelak dari dia kan. Lagipun bukan salah dia sepenuhnya. Salah aku jugak yang suka sangat buat keputusan melulu. Lepas sarapan dia ajak aku pergi tasik. So aku ikot jela.

"Nak bincang apa?" kataku setelah kami melabuhkan punggung pada kerusi dibawah pohon teduh.

"Kayla marah saya?" Dia mula bertanya.

"Mula2 marah la jugak. Tapi bila difikir2 balik bukan salah errr.." tergantung sat ayat aku. Nak panggil dia ni ape erk?

"Nak aku kau pun boleh, tapi tu kalau time kita berdua je macam sekarang. But better tukar saya awak teros, lebih elok untuk husband and wife macam kita ni." katanya seperti faham masalah yang melanda otak aku tadi.

"Ok, so sambung balik lah. Hurmm marah memang marah, tapi bila fikir balik bukan salah awak sepenuhnya pun. Salah saya jugak sebab tak tanya Mama betul2 yang Mama nak kawen kan saya dengan sapa." jelasku.

"La selama ni awak tak taw la saya yang nak kawen dengan awak? Masa tunang pun awak tak taw ke?" tanyanya terkejut.

"Tak pun. Yela Kak Lisa cakap nama dia Mira pastu dia kata maaf sebab Riz tak dapat datang. So mana la taw Mira tu kak Lisa, Riz tu awak." bebel ku lagi.

"Awak pulak bantai boleh hilang macam tu je masa saya cakap saya nak tunang dah." tambahku lagi.

"Larhhh Kak Mira dengan Lisa tu orang yang sama la, nama dia Amirah Alisa. Riz tu pun nama saya jugak Rizqi, Hayyan Rizqi. Email awak tu saya baca, saya fikir memang masa tu awak belum tahu la. Masa tunang saya ada suruh kak Una kirim salamkan. Saya mintak maaf sekali sebab saya tak dapat datang." kata Miyo lagi.

"Yang mengada pergi tukar2 nama buat apa. Masa kak Lisa sarung cincin tu dia kata Riz tak datang so saya memang agak nama tunang saya Riz la. Masa Kak Una cakap Miyo pulak mintak maaf sebab tak datang saya fikir awak memang dah abaikan saya tau tak. Sejak berbulan2 awak tak contact saya, saya fikir awak memang dah abaikan saya." kata ku dalam esak tangisan yang tiba2.

"Jangan lah nages." kata Miyo mengesat air mataku yang jatuh berjurai.

"Saya sibok sangat masa tu, saya bukan ada niat nak abaikan awak. Saya betul2 niat nak kawen dengan awak je masa tu." tambah Miyo lagi.

"Hurmm Kak Una dah cerita." kataku perlahan.

"Tapi yang nak susah payah macam tu buat apa. Bukan saya tak boleh nak tunggu awak pun."

"Memang lah awak boleh tunggu. Tapi saya yang tak boleh tunggu. Lagi2 bila awak kata awak cuma ada saya dengan Mama je." katanya lagi. Aku sekadar memandangnya sayu.

"Maaf, saya susahkan awak." lirih aku bersuara.

"No, bukan salah awak. Kehendak saya sendiri." jawabnya sambil mencapai tangan ku.

"Ape pegang2 ni." gertakku.

"Eleh dah halal dah pun kan. Jangan kata pegang tangan, buat macam ni pun boleh." jawabnya sambil mencium laju pipiku. Ok terbuntang mata aku kejap, laju tangan mencubit perutnya.

"Memang lah dah halal, tapi cover la sikit. Orang tengok, ingat diorang taw ke kite ni laki bini." Miyo memandang sekeliling.

"Kami dah halal. Dia ni bini saya." jerit Miyo selamba. Perghh tak reti malu betol. Aku tutup muka jela. Sekurang2 nya orang boleh tengok inai merah dekat jari aku ni kan.

"Selamat pengantin baru bro. Moga kekal bahagia hingga jannah." jerit tah sapa2 dari kawasan berdekatan.

"Terima kasih." jawab Miyo pula. Laju aku capai tangan Miyo ajak beredar dari situ. Hishh laki sapa la ni tak reti malu betol.

************

Malam tu aku dengan Miyo solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Sah2 lah Miyo imamnya, takkan aku pulak yang nak imam kan. Insan kedua yang Imamkan aku lepas arwah Papa. Aku capai tangan Miyo lalu aku mencium hormat, husband kan. Miyo lantas mengucup dahiku. Aku nikmati perasaan syahdu yang aku lepaskan masa pembatalan air sembahyang semalam.

"Besok kita pergi fitting baju ok. Kak Mira nak buat masjlis sanding dekat hotel." kata Miyo semasa aku sedang menyidai telekong.

"Hotel?" tanyaku pendek.

"Yup, Kak Mira tambah anak syarikat dekat JB ni. Nanti saya yang akan urus kan. Sekali dengan majlis perasmian, Kak Mira nak buat maslis sanding kita sekali." terang Miyo.

"Tapi saya malas nak pilih baju la wak." aduku sambil duduk di sebelahnya di sofa.

"Amboi, dulu2 takde berangan nak pakai baju pengantin yang macam mane ke?" tanya Miyo bermain2 dengan rambutku yang dilepaskan.

"Urmm dulu ade lah. Tapi lepas dah pergi butik semua macam sama je."

"Owh, tapi sebenarnya saya dah pilih baju untuk awak pun. Awak tinggal ukur je besok. Yela kalau awak ade baju angan2 awak mesti awak dah pakai semalam kan. So untuk majlis ni, awak kene pakai baju angan2 saya lah." tambah Miyo lagi.

"Erk, macam tu pun boleh eah. Awak pun ade baju angan2 jugak eah?" macam perempuan betol dia ni.

"Mesti lah ada. Ingat perempuan je yang boleh berangan. Lelaki pun boleh ok."

"Hurm yelah. Eh cincin kita same eah?" tanya ku bila terperasankan cincin kahwin kami di jari manisnya.

"Teroknya dia ni, baru perasan ke." kata Miyo semasa aku membelek2 cincin kami.

"Semalam marah mana nak perasan." selamba aku menjawab. Terburai tawanya.

"Cantik, pandai awak pilih. Hah, asal semalam tido kat sofa?" tanya ku lagi.

"Dah awak marah kat saya, takkan saya nak tido sebelah awak. Tak pasal2 kena tendangan kuda nanti."

"Ish, marah2 pun takde lah sampai saya nak tendang suami sendiri."

"So malam ni boleh la saya tido dengan awak?" tanya Miyo dengan kening yang dijongket2 kan. Tangan dah naik ke pinggang memelukku erat.

"Gatal. Tido je boleh." kataku cuba melepaskan pelukannya. Segan weh sebenarnya.

"Memang lah saya nak tido je, awak fikir ape sayang?" aduh dia ni, mau aku tarik balik kata2 aku yang tak sanggup nak tendang suami sendiri tadi kang.

"Ape2 jela awak ni. Jom turun makan." terburai lagi tawa Miyo. Haishh sabau jela.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now