"Hai korang." jerit Awen bila sampai depan pintu rumah aku.
"Waalaikumussalam." jawabku dari dalam lebih kepada memerli sebenarnya.
"Ko saje je kan Ris." kata Awen. Merajuk dah tu.
Sengaja aku jemput diorang datang sebab aku dah pindah rumah dah. Bukan pindah mana pun, pindah rumah Miyo dekat sebelah ni je pun. Kak Lisa yang suruh duduk situ, sayang rumah terbiar katanya. Kak Una duduk dengan Kak Lisa dekat Penang.
Miyo dah start uruskan anak syarikat dekat JB ni. Kak Una tolong Kak Lisa dekat Penang. Mama masih uruskan syarikat Papa. Mama mintak aku ambik alih tapi aku taknak. Miyo pulak tawarkan diri nak uruskan syarikat Papa tu. Kalau boleh dia taknak aku kerja, lagi2 kalau dah ada anak. Perghh suke2 hati dia je. Syarikat dia kat Jb ni pulak dia boleh suruh kak Fina or Kak Fiza yang ambik alih.
"Sihat?" tanya Qai bila dia datang menghampiri ku.
"Alhamdulillah sehat."
"Bila nak ada baby?" tanya Mai pulak.
"Banyak lah ko punya baby."
"Lambatnya." katanya lagi.
"Sayang jom." sampuk Miyo yang datang dari belakang.
"Pergi mana?" polos aku bertanya. Orang datang rumah dia pulak nak ngajak pergi kemana.
"Buat baby." selamba dia menjawab. Terbeliak mata aku. Budak2 ni dah terburai ketawakan aku.
"Tak menyempat ko kan." kata Mai lagi.
"Eleh ko jugak yang kata lambat sangat tadi kan." balas Miyo.
"Tu lah dia manusia, belom kawen dia tanya bila nak kawen. Bila dah kawen tanya bila nak ada anak pulak." tambah Qai lepas tawanya berhenti.
"Kan, aku pun dah naik muak orang isyik tanya bila nak kawen." kata Awen pula.
"A'ah ko dengan Izwan kan. Senior si Iris dengan Qai dulu. Bila nak kawen? Jangan lama2 tak elok taw tak." kata Mai lagi.
"Ntah lah. Tapi dia kata nak hantar rombongan meminang dah." jawab Awen. Tak sangka dia sangkut jugak dengan crush dia tu.
"Wah nak ikut jejak Iris dah. Kita jugak yang membujang kan Mai." kata Qai.
"Eleh korang berdua ni bukan takde orang yang nak. Korang je yang jual mahal." sampuk aku sambil menatang dulang air dari dapur.
"Lelaki ni menyusahkan taw tak." kata Mai lagi.
"But not my husband." jawabku sambil menyambut huluran dulang berisi kek coklat dan kek lapis di tangan Miyo.
"Wah so sweet sayang." kata Miyo sambil menyumbat mulot aku dengan kek coklat.
"Dah jom r balik." kata Awen sudah bangun dari duduknya.
"Ada orang jelez la." kata Miyo dengan isyarat mata menunjuk ke arah Awen.
"Mau tak jelez. Tak pe tak lama lagi turn aku pulak." balas Awen.
"Whatever. Jom minggu depan pergi Sabah." ajak Miyo. Aku memandang Miyo pelik.
"Sabah?" tanyaku.
"Ko ajak kitorang?" tanya Qai.
"Honeymoon ke?" tanya Mai.
"Ko nak belanja ke?" tanya Awen.
"Iye Sabah. Ajak korang sekali la ni. Bercuti je, kalau honeymoon ajak korang ape kejadahnya. Aku belanja la, kalau taknak takpe." 4 soalan dijawab sekali gus. Teror laki aku ni
"Nak." jawab mereka bertiga serentak.
"Nak pergi ke tak?" tanya Miyo memandang mukaku.
"Kenapa Sabah?"
"Urmm ada agensi pelancongan bagi offer dekat kak Una haritu. Kak Una amek 10 tiket then 5 dia bagi saya. So saya ambik lah." jawab Miyo.
"Sepuloh?" tanya mereka bertiga serentak.
"Iye beli banyak dapat murah lah. Lagi pun ade potongan lah. Heboh nau korang ni." balasnya lagi
"Orang kaya. Usahawan muda, boleh la. Kita ni dikatanya heboh." sampuk Mai. Laju tangan Miyo mencampakkan bantal kecil kearahnya.
"Sakit sengal." kata Mai lagi.
"Nasib baik aku baling bantal. Kalau aku baling pinggan ni, kenyang ko 10 hari." jawab Miyo.
"Hish nak gaduh aje." dulu sampai sekarang bertekak je diorang berdua ni.
"Laki ko ni ha." kata Mai.
"Sape mula dulu." kata Miyo pulak.
"Whatever." jawab aku, Qai dengan Awen serentak. Lantas kami bertiga bangun menuju ke dapur. Masak lagi bagus. Gaduh lah budak berdua kat depan tu.
**************
Akhirnya selamat kami sampai ke Sabah."Mai pergi sana jom, tengok laut." ajak Awen.
"Nak ikot Qai?" tanya Mai.
"Takpe korang pergi lah." kata Qai.
"Jangan pergi jauh sangat, aku pergi ambik kunci bilik." kata Miyo pada budak bertiga tu sebelum berlalu menarik tangan aku ke kaunter.
"Sayang tengok tu, Qai kena ngorat." kata Miyo masa kami mengambil kunci. Kelihatan seorang lelaki berdiri berhampiran Qai.
"Qai tu bukan tak lawa. Dia je yang taknak dekat orang." jawab aku memandang ke arah Qai.
"Kenapa erk?" tanya Miyo.
"Tak taw." jawabku pendek.
"Sape tadi Qai?" aku bertanya bila dah sampai dekat Qai.
"Ntah, salah orang." jawab Qai.
"Salah orang ke, nak ngorat ko?" tambah Miyo pula.
"Salah orang lah, aku pun tak kenal." jawab Qai lagi.
"Dah, nah kunci bilik. Aku naik dulu, papehal wasap." pesanku bila kunci bilik sudah diserahkan pada Qai.
"My hero tunggu apa lagi. Bawak beg ni." arahku pada Miyo.
"Taknak tolong ke? Berat. Sayang bawak batu eah?" kata Miyo membuatkan Qai ketawa.
"Batu ape bendanya. Barang awak lah yang belambak dalam ni. Packing mengalahkan perempuan." Bebelku.
"Iyeke?" Tanyanya dengan senyum kambing.
"Yela, mengada. Ni ada roda gunalah." kataku sambil menarik beg menuju ke lif.
"Mengada dengan bini sendiri takpe." jawabnya sambil berjalan memeluk pinggangku. Hishh tangan tak reti duduk diam betol.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...