Bab 30

2.7K 136 1
                                    

Hari ni merupakan last paper untuk budak2 Akaun. Dengan itu tamat jugaklah peperiksaan SPM dan sesi persekolahan kami. Miyo dua hari lepas dia dah merdeka dulu dah.

Hurmm cerita pasal Miyo, walaupun kami suka sama suka tapi kami ambil keputusan untuk kekal sebagai teman tapi mesra. Masa tu kami fikir biarlah kekal macam tu dulu sebab kalau dah suka dah sayang tak perlu nak bercouple pun takpe. Tapi tu masa 3 minggu lepas lah. Huhu

"Weh Blue, ko join tak annual dinner hujung minggu ni?" tanya Qai padaku.

"Hurmm tak taw lagi." jawabku pendek. Hujung minggu ni ada jamuan makan malam dan majlis perpisahan untuk budak2 Form 5. Maklum lah lepas ni dah tak jumpe lagi kan.

"Ala jom la pegi. Last kite kumpul dengan budak2 Form 5, lagi2 budak kelas kite taw. Aku pun nanti dah nak pergi PLKN." kata Awen cuba memujuk aku. Awen dengan Mai kena pergi PLKN, nasib baik aku dengan Qai tak kena. Haha tu lah sape suruh malas bersukan, kan nama dah naik untuk PLKN. Memandai je Author ni kan.

"Alololo kesian dia. Yelah2 kalau takde ape2 nanti aku join lah." jawabku disambut dengan senyuman manis daripada Awen.

"Jangan lupa ajak buah hati sekali. Dia pun dah nak ke UK kan." kata Mai pula mengingtkan pasal Miyo. Serta merta muka ku berubah ke riak sedih. Miyo dah nak ke UK. Huuuuu.... sedeh

"Ko ni Mai, ingatkan dia pasal Miyo je dah la. Takyah la cite pasal UK tu. Tengok muka dia ni, dah macam ayam berak kapur dah." seloroh Qai pula.

"Ala biala aku ingatkan pun. Nanti bila dah sampai masa Miyo nak kena pergi, takda lah si Blue ni meraung macam kena tinggal laki." tambah Mai lagi.

"Ah merepek lah korang ni. Jom Blue kita balik, tak payah layan diorang ni eah. Layan aku jew. Kite pergi dinner nanti nak pakai baju ape erk?" kata2 Awen membuatkan hatiku sedikit tercuit.

"Gile. Dinner lame lagi dah sebok nak pikir baju." kataku dalam gelak.

"Eh biar lah. Dinner kita hari Sabtu, hari ni hari Isnin. So 4 hari je lagi. Author kita pun dinner kolej lagi 3 bulan dia dah sebok cari baju nak pakai nanti taw." Ewah sesedap Awen jew kutuk Author ye. Blacklist nama dalam cerita ni karang baru taw. Tapi ape yang Awen cakap tu memang betol pun.. huhu

"Sesuke hati ko je kutuk Author kan. Ermm aku pakai baju yang papa bagi aku masa birthday aku kot."

"Huh dah ada baju rupanya patut lah tak heran nak cari baju macam aku ni. Tapi ok ke baju tu?"

"Ntah nanti aku tengok balik. Baju tu pun aku tak penah pakai lagi. Meriah sangat. Papa belikan masa dia outstation. Berkenan katanya." terangku pada Awen. Awen hanya mengangguk2 kan kepalanya.

*************

Knock knock..

Phone di atas meja belajar aku capai.

"Ui pakwe wasep le. Ape la dia nak ni." omelku sendiri sambil membuka aplikasi wasep.

Miyo: Hujung minggu ni pergi dinner tak?

- Urmm tak tahu lagi, kenapa?

Miyo: Ala pergi la, kalo ko tak pergi aku nak patner dengan sape?

- Owh kene ada patner ke? Asal aku tak taw pun?

Miyo: Ah ko tu tahu apa. Tema nanti pun tak tahu agaknya.

- Weh ada tema ke? (Emo muka terkejut gila gaban).

Miyo: Hahaha dah agak dah ko mesti terkejut punya. Takda tema pun lah sayang oi. Saja nak kenakan ko.

- Eee jahat2.

Miyo: Jahat2 pun buah hati sape? (Emo gelak guling2)

- Haha ntah la. Tak taw lah buah hati sape tu.

Miyo: Blah la ko tak nak ngaku, ok lah aku nak tidur. Jangan tak pergi pulak dinner nanti. Last aku nak luang masa dengan ko. Sehari lepas dinner aku nak pergi UK dah. Orait sayang, nite. Tidur mimpi aku. <3 <3

Lama aku tatap wasep Miyo tu. Macam blurr kejap otak aku. Kosong tak taw nak balas apa.

"Maknanya minggu depan Miyo dah takda dekat Malaysia lah?" kataku perlahan. Terasa sebak di dada.

"Takpa Iris, relakan dia pergi. Dia dah janji nanti dia balik kan." aku cuba berfikir positif. Terbit senyuman di bibir. Wasepnya aku biarkan tidak berbalas. Lampu bilik aku padamkan.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now