Bab 42

2.4K 115 1
                                    

Keesokan harinya aku bersiap untuk pulang ke kolej. Terasa berat hati ingin berlama di rumah ini. Marah kah aku pada Mama? Aku sendiri pun tak tahu.

"Iris nak balik pagi ni jugak ke?" tanya Mama sayu kepadaku.

"A'ah Maa. Iris baru teringat yang Iris ada projek kena siapkan. Naseb baik classmate Iris ingatkan ingatkan malam tadi." bohong ku pada Mama. 'Maafkan Iris Maa'.

"Betol ni. Iris tak tipu Mama? Iris balik bukan sebab hal kita bincang semalam kan?" tanya Mama lagi.

"Iye Maa, Iris tak tipu Mama. Iris tak fikir pun lagi hal semalam tu." bohongku lagi. Sungguh aku tak dapat tidur satu malam sebab memikirkan hal itu. Apa yang patut aku lakukan?

"Iyelah. Tapi Iris taknak tunggu tengah hari dulu ke? Makan dekat rumah dulu. Mama masakkan?" pujuk Mama lagi supaya aku masih berlama di rumah.

"Maaf Maa. Iris takut tak sempat pulak." ujarku berkeras ingin teros pulang. Aku memerlukan masaku sendiri.

"Hah iyelah. Nak buat macam mana kan kalau dah terpaksa. Lain kali sebelom nak balik check jadual tu betol2 dulu." dah sambung dengan membebel pulak Mama ni.

"Iye Maa, Iris terlepas pandang pulak. Ok lah Iris mintak diri dulu ye." aku menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Iris fikirkan hal semalam tu elok2 ye sayang. Mama buat untuk kebahgian Iris. Bukan Mama nak rosak kan hidup Iris. Mama rasa ni adalah pilihan dan masa yang terbaik untuk Iris. Sebab tu Mama setuju dan Mama terima sayang. Iris fikir elok2 ye? Kalau Iris fikir Iris masih muda, Iris fikirkan Mama ye sayang." tambah Mama sebelum mencapai tanganku dan mendakap aku erat dalam pelukannya.

"InsyaAllah, Mama bagi Iris masa ye Maa." kataku sebelom menuju masok dalam perut kereta.

"Hati2 sayang." pesan Mama sebelun aku berlalu pergi. Menitis air mata yang singgah di tubir mataku. Apa aku nak buat ni?

*************

Aku berhenti sebentar di R&R yang terdekat selepas masuk ke lebuhraya tadi. Air mata yang tak tertahan berebut keluar akhirnya. Aku menagis semahu2 ku. Orang yang lalu lalang di luar kereta aku tidak pedulikan. Aku buntu, apa yang patut aku lakukan sekarang ni.

Kenangan aku bersama Miyo kembali menjengah kedalam mindaku. Aku tersenyum sendiri. Namun bila mengenangkan permintaan Mama, ibu kandungku sendiri, insan yang bersusah payah melahirkan aku, membesarkan aku, sanggupkah aku menolak. Kepala aku terasa berat. Dashboard aku buka dan minyak kapak aku capai.

"Aduh time2 ni pulak nak habisnya." rungutku dalam sedu sedan yang masih tersisa. Kepala semakin berat akibat banyak menagis dan kurang tidur. Aku mengesat airmata dan melangkah keluar untuk membeli minyak kapak.

Setelah membeli minyak kapak aku melangkah ke surau perempuan. Tudung aku tanggalkan sebentar. Niat dihati ingin melepaskan lelap sebelom meneruskan perjalanan. Puas terlelap aku bangun semula dan ingin beredar. Seorang wanita sebaya Mama mungkin sedang elok memerhatikan aku. Aku sekadar memberikan senyuman padanya.

"Dari mana, nak ke mana?" wanita itu bertanya.

"Dari Jb, nak ke Segamat." jawabku pendek.

"Owh baru masuk tol la kiranya ni?" dia bertanya lagi.

"A'ah." aku terus menyarungkan kembali tudungku.

"Anak ada masalah ye?" aku memandang semula ke arah wanita itu.

"Takde lah." aku berbohong. Namun tubir mataku terasa berat bila teringatkan yang aku juga telah berbohong pada Mama sebelum berangkat pulang tadi.

"Nama aunty, Maria. Nama anak siapa?"

"Nama saya Raisya." sengaja aku menggunakan nama itu.

"Kalau tak keberatan, ceritalah masalah Raisya. Aunty taw Raisya ada masalah kan?" tebak Aunty Maria. Tak semena2 jatuh lagi air mataku. Aunty Maria datang mendekat. Diusap2 belakang badanku. Terasa rinduku pada Mama. Maa maafkan Iris Maa.

"Sabar ye nak. Dalam hidup ni memang selalu ada dugaan atau masalah yang tak kita duga. Tapi kita kena redha, ingat lah bahawa Tuhan takkan duga kita kalau kita tak mampu nak hadapinya." pujuk Aunty Maria.

"Mama mintak Raisya bertunang dengan pilihan Mama. Tapi dalam hati Raisya ada orang lain Aunty." luahku tiba2.

"Kalau betul Raisya ada orang lain. Kenapa tak suruh orang tu datang jumpa Mama Raisya." tanya Aunty Maria lagi.

"Dia jauh Aunty, dia dekat UK." terangku.

"Raisya yakin dengan pilihan hati Raisya? Yakin dia jodoh Raisya?" aku terdiam sebentar. Teringat kembali ucapan doaku. Andai bukan jodohku aku redha.

"Raisya nak buat macam mana Aunty?" lirih aku bertanya memandang muka Aunty Maria.

"Raisya tanya pilihan Raisya betul2. Kalau betul dia nak Raisya, mintak dia jumpa Mama. Kalau dia jauh pun, Raisya masih boleh mintak dia hubungi Mama Raisya kan?" aku mengaggukkan kepala ku.

"Kalau dia mengambil masa maka pertimbangkan lah tapi kalau dia berdalih maknanya dia tak berminat nak menghalalkan Raisya." terang Aunty Maria. Aku hanya menunduk memandang lantai. Kalau aku hubungi Miyo cerita pasal ni, dia boleh terima ke. Kalau dia tak balas email aku jugak macam mana?

"Aunty bukan nak memandai2 Raisya. Aunty pun ada anak jugak. Selalunya pilihan ibu ni adalah yang terbaik. Takkan Mama Raisya nak serahkan Raisya pada orang yang bukan2 kan?" tambah Aunty Maria. Aku anggukkan lagi kepalaku.

"Raisya fikirkan elok2 ye? Seorang ibu boleh dibawa berbincang sayang." Aunty Maria sudah memelukku dalam dakapannya. Aku membalas pelukannya.

Setelah reda perasaan hibaku. Aku dengan Aunty Maria keluar menuju ke medan selera. Aunty Maria memunaikan solah dhuha ketika di surau tadi. Kemudian aku meminta diri untuk pulang ke kampus setelah bersarapan bersama Aunty Maria. Kira lama jugaklah aku terlelap tadi.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now