Lima bulan telah berlalu. Kini aku sudah berada di Sem 6, lagi dua bulan aku praktikal. Mama sekarang dah ada peneman dekat rumah, so aku tak risau sangat kalau tinggalkan Mama untuk balik belajar.
Aku duduk termenung di meja study. Gambar Miyo dan aku semasa ditasik dipandang lama. Miyo pulak langsung dah tak reply email2 aku. Last dia reply time aku cuti sem hari tu. Qai yang sedang baring di katil datang menghampiri.
"Ko kenapa Ris? Ada masalah ke? Kalau ada kongsi la dengan aku. Tu pun kalau ko tak kesah."
"Tak de apa. Aku teringat kat arwah Papa je."
"Teringat arwah Papa tapi kenapa tenong gambar ko dengan Miyo? Ko rindu dia ke?" tanya Qai menebak isi hatiku.
"Ko rasa Miyo betul jujur ke dengan aku. Ke dia saja main2 kan perasaan aku. Ntah2 dia pasang awek lain dekat UK sana." aku meluahkan rasa hati pada Qai.
"Kenapa ko fikir sampai macam tu, sebab dia jarang reply email ko kew?" tanya Qai lagi, aku hanya mampu memandang Qai sayu.
"Ko jangan macam ni. Mana tahu dia tengah busy ke, kita dekat sini pun boleh tahan busy nya. Kan dah final sem ni." kata Qai lembut cuba memujuk hatiku.
"Yela busy2 kita pun boleh je aku hantar email dekat dia, takkan dia tak boleh nak luangkan masa nak reply." rajukku.
"Kita lain Iris, dia lain. Ko tak ingat ke yang dia kena sambung belajar dekat UK sebab nak urus syarikat arwah Papa dia. Dalam masa study dia jugak kena ambik tahu selok belok syarikat Papa dia tu. Ko lupa eah, ko kena sabar Ris. Mungkin dia nak betol2 focus untuk masa depan korang bersama nanti. Kita mana tahu." terang Qai lagi. Aku mengesat air yang mula mengalir di tubir mata. Sungguh aku rindu dengan dia, rindu masa kami bersama zaman sekolah dulu. 'Kau tak rindu dekat aku ke Miyo'? Tanyaku di dalam hati.
"Dah la dari ko menung macam ni baik ko ikut aku dengan Awen keluar kejap lagi. Kitorang nak pergi cari buku untuk assignment dengan projek akhir nanti." aku angguk setuju.
**************
"Weh aku pergi cucuk duit sekejap taw. Korang gerak Popular dulu. Nanti jumpa dekat sana." kata Qai berlalu pergi.
"Ko kenapa Iris, muram je?" tanya Awen prihatin.
"Takda apa. Aku pening kepala sikit." sambil tangan membelek2 buku yang tersusun rapi di depan mata.
"Eleh, ko tak payah bohong aku la Ris. Aku kenal ko bukan semalam. Ko rindu dekat Miyo? Ke ko teringat arwah Papa?" Huhu nampak sangat eah. Aku tanyang gigi, malu sendiri.
"Teringat kat Papa pun ye, rindu Miyo pun ye jugak. Tapi dia tak rindu aku." aku buat2 muka sedeh.
"Mengada la ko ni. Tak baik cakap gitu, mana ko taw dia tak rindu ko. Ntah2 dia tengah tergolek berguling2 kat sana sebab rindu ko..Korang bercinta bukan baru 2,3 bulan. Nak masok 3 tahun dah." tergelak aku dengar ayat Awen. Tak boleh aku bayangkan Miyo tengah tergolek guling2 kat sana. Mesti comel kan hahahaha.
"Eh tu Qai kan. Kenapa dengan dia?" aku menunjuk arah Qai pada Awen. Kelihatan Qai sedang mengibas2 bajunya.
"Sapa laki tu? Jom2 kita pergi sana." ajak Awen. Belom sampai sana, lelaki itu telah berlalu pergi. Sempat juga dia menghulurkan sesuatu pada Qai.
"Weh Qai sapa tu? Bapak hensem." sampuk si Awen. Ternyata ada tisu dan kad nama di tangan Qai. Disebut nama pemilik kad tersebut.
"Qairul Syafiq? Sapa? Aku kenal ke?" Amboi dah macam pegawai penyiasat pulak dak Awen ni.
"Ntah tak kenal. Jalan laju semacam lepas tu terlanggar aku. Habis basah baju aku. Naseb air mineral je." kata Qai masih mengelap bajunya yang basah menggunakan tisu tadi. Mulut masih mengomel2 menyumpah mamat tadi.
"Kad ni?" tanya Awen bila Qai mula bergerak ke hadapan.
"Ko ambik la, buat kenangan."
"Ko taknak, hensem kot. Ko nak Ris?" Eh aku pulak.
"Taknak aku. Miyo aku lagi hensem."
"Cehhhhhh.... Miyo aku." ulang Awen dan Qai serentak. Tersembur gelak kami bertiga. Kurang sikit rasa gundah gulana dalam hati ni. Cinta jarak jauh memang menguji kesabaran. Tiba2 phone aku menjerit minta dijawab. Tertera Mama di skrin telefon.
"Assalamualaikum Maa."
"Waalaikumussalam. Iris, hujung minggu ni Irs ada apa2 urusan tak?"
"Takda. Kenapa Maa?"
"Iris balik ye sayang. Mama ada bende nak bincang."
"Cakap dekat phone je tak boleh ke Maa?"
"Tak, hal penting. Lagi pun Mama rindu anak Mama la. Bukan reti nak balik rumah pun." tergelak aku mendengar kata2 Mama. Tak sampai sebulan pun lagi lepas kali terakhir aku balik jb haritu.
"Yela2 nanti Iris balik ye." jawab ku sebelum mematikan panggilan.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...