Bab 33

2.5K 128 0
                                    

Hari yang paling ingin dielakkan tiba juga akhirnya. Hari ni Miyo dengan kak Una akan ke UK. Lusa pulak kak Wani, Kak Yaya dengan Kak Ayu akan berpindah ke Penang. Hurmm time2 aku tak sekolah lah diorang ni nak pindah. Aku nak kawan dengan sapa lepas ni.

"Sapa yang hantar ke airport Una?" tanya Mama.

"Kak Wani Maa. Flight pukul 10 malam nanti." jawab kak Una.

"Sapa tunggu kat sana?" tanya Mama lagi.

"Kak Lisa dah ada kat sana Maa. Miyo sekolah sini sebab nak lepaskan SPM je. Kalau dia tak SPM lama dah sambung sekolah sana, Una pun takde kat sini jumpa Mama." terang kak Una.

"Owh, seronok lah Miyo lepas ni nak sambung belajar luar negara." mesra Mama menyapa Miyo.

"Takda lah Maa. Macam bosan je nak pergi sana. Nanti nak kena cari kawan baru lagi. Payah lah." jawabnya sedikit sedih.

"Ala kalau nak cari kawan dekat Malaysia memang lah susah sebab diorang pandang ko pelik, mata hijau. Kalau kat sana takda pelik dah. Jangan kata hijau, kelabu, merah, kuning semua ada." seloroh ku pula.

"Maa Miyo nak ajak Kayla pergi tasik kejap boleh?" tanya Miyo pada Mama. Aku memandang Miyo pelik.

"Nak buat ape?" tanya Mama.

"Saje, nak luang masa sikit." jawab Miyo menunjukkan barisan giginya. 'Perghh selamba gila dia cakap dengan Mama'. kata hatiku.

"Hurmm pergi lah." Mama menberikan keizinan.

"Lorh Mama tak tanya Iris pun nak pergi ke tak." konon membentaklah. Padahal dalam hati suka gila Mama kasi peluang p dating.

"Eh tak jadi lah Miyo. Iris taknak pergi pulak." kata Mama pada Miyo.

"Eh nak nak." laju aku melangkah sambil menarik hujung baju Miyo. Haha tebalkan muka je depan Mama dengan Kak Una.

**************

"Kalau aku dah pergi nanti ko jangan lupakan aku taw." kata Miyo bila kami dah sampai kat tasik.

"Iyew, In syaa Allah tak lupa. Takot ko je yang lupa dekat aku nanti." kata ku perlahan.

"Ishh mana mungkin aku lupa dekat ko. Ko kan satu2 nya buah hati aku." perghh tak malu ke dia cakap gitu. Tapi xpe, aku suka.. huhu

"Sekarang memang lah satu2 nya. Kat sana nanti tak ape dah jadi yang kedua ketiga agaknya."

"Kalau ko tak kesah aku on jew nak pasang lain." laju tanganku mencubit bahunya.

"Sakit la ngek." katanya setelah mengaduh sakit.

"Gatal lagi sapa suruh." muka padan muka aku tayangkan dekat dia. Terburai gelaknya.

"Ko jelez eah?" dia bertanya lagi. Aku biarkan soalan dia tidak berjawab.

"Ko jangan risau. Aku setia dengan ko. Ingat, mana ada langit biru situ ada padang hijau." katanya dengan kening yang dijongkit2 kan.

"Tak abis2 padang hijau dia tu." buat muka meluat sikit.

"Betol lah. Nanti jangan lupa hantar email dekat aku taw." pesannya. Aku hanya mengangguk kecil.

"Ko tunggu aku sampai balik sini semula kan?" tanya nya lagi.

"In syaa Allah.. Kalau ada jodoh tak kemana pun la." jawapan cliche. Tak taw nak jawab apa sebenarnya.

"Tapi kalau ko dah ada orang lain ko cakap dengan aku taw. Takpe aku terima nanti, jangan aku dah balik sini semula baru ko nak bagitahu pulak."

"Ade aku pulak yang kena. Ko tu pun sama, kot kalau dah jumpa awek mat salleh kat sana, dah taknak balik sini jangan tak bagi tahu pulak. Kesian aku jadi andartu nanti sebab tunggu ko." terdengar tawa halus Miyo.

"In syaa Allah tak. Tapi aku risau la. Ko kan hot mesti ramai nak usha nanti. Aku setakat mata hijau ni kat Malaysia memang la popular kalau dah sampai UK nanti tak laku pun. Sebab dah berlambak." katanya lagi dengan mulut yang sudah dimuncungkan. Tersembur gelakku.

"So ko nak kata peratus aku akan jumpe orang lain lagi tinggi la bandingkan ko?" tanya ku memandang mukanya. Hurmm lepasni dah tak dapat pandang muka dia dah.

"Taw takpe." jawabnya pendek.

"Jangan risau lah. Aku tunggu ko balik ye."

"Janji?"

"In syaa Allah."

"Ok. Kalau ko mungkir janji, aku humban ko dalam tasik tu. Sekali dengan boypren ko nanti." ugutnya menunjuk ke arah tasik.

"Perghh ganas gila."

"Ganas tak ganas. Dah janji kan." tambahnya lagi. Miyo bangun menyeluk poket seluarnya. Kotak kecil dia hulurkan padaku.

"Apa ni?" tanya ku.

"Tanda ko tu aku punya. Pakai sampai aku balik sini. Kalau ko ada orang lain nanti ko boleh tanggalkan." katanya sudah memakaikan gelang silver ke tanganku.

"Ada2 je ko ni. By the way thanks. Tapi aku takde ape pun nak bagi kat ko." kataku lirih memandangnya.

"Bagi hati ko dekat aku je dah cukup." katanya beserta sengehan.

"Uuuuiiii ayat takleh blah. Sejak bila pandai mengayat ni."

"Ala mengayat dengan ko je." terburai tawa kami bersama.

"Dah jom r balik." ajakku yang dah bangun dari duduk.

"Jom, tapi sebelom tu meh sini sikit." then dia snep selfie kitorang berdua.

"Nanti wasep dekat aku taw." arahku pula.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now