Minggu depan dah cuti study week seminggu. Lepas tu final exam sem 5. Then cuti sem 2 bulan. Yahooo lepas tu dah naik sem 6.
"Weh esok sebelom balik cuti study week kita pergi sagil dulu nak tak? Aku teringin nak mandi air terjun lah." tanya Mai.
"Boleh jugak. Kita pun dah lama tak lepak luar sama2 kan." tambah Qai pula.
"Ko macam mana Ris?" tanya Awen.
"Aku tak boleh join la. Papa outstation 3 hari ni, Sabtu baru balik. Takot Mama tinggal sorang kat rumah. Kalau lepas final boleh la." jawab ku memandang mereka meminta simpati.
Walaupun mandi air terjun tak lama tapi dengan budak2 ni bukan boleh caya, sekali diorang ajak overnight macam masa bercuti dekat Pd hari tu. Kononnya nak mandi laut je, rupanya diorang ajak aku menangok tepi pantai sampai besok pagi.
"Owh ok lah. Kita tunda sampai lepas final." jawab Mai tersenyum memandang ku.
"Thanks guys. Love you." kata ku manja.
"We knows." jawab mereka bertiga serentak sebelom ketawa kami bergabung.
"Weh Qai assignment ko dengan dak Adib hari tu macam mana ok tak?" tanya ku pada Qai.
Dalam diam si Adib tu ada peminat rupanya. Sebabkan aku kata yang Adib tu pakwe aku kat Izwan habis dah kecoh dalam kalangan budak2 akaun. Gila betol si Izwan tu. Bende kecik pun nak kecoh. Dah tu si peminat Adib ni datang serang aku pulak. Kebetulan aku tengah teman Qai siapkan assignment tu. Habis lunyai kertas tugasan kena siram dengan air. Dia fikir tu kerja aku agaknya.
Masa kejadian tu Adib pergi tandas kejap. So masa perempuan tu tengah siram air, Adib boleh sampai pulak. Perghhh memang kena makan penampo budak tu. Habis dimaki makinya perempuan tu. Penyudahnya perempuan tu kena siapkan semula assignment yang dia dah rosakkan. Selebihnya aku tolong lah sikit. Yela salah aku jugak sebab mengaku yang Adib tu pakwe aku.
Tapi si Adib tu ada mental sikit agaknya. Boleh dia berterima kasih pulak kat aku sebab mengaku yang dia pakwe aku. Makin ramai yang mengaku suka dekat dia lepas dah taw yang dia dah 'berpunya' katanya. Rupanya ramai yang crush dekat Adib ni. Tapi sebab Adib solo so diorang tak risau. Bila dah timbul gossip kononnya Adib tu aku yang punya so ramai pulak yang meroyan. Haha dari zaman sekolah sampai ke Uni. Memang mangsa gaduh orang jela aku ni.
"Siap dah. Miss Bad pun bagi kelonggaran sikit sebab minah tu mengaku sendiri dia yang rosakkan assignment kitorang." jawab Qai sambik mengunyah biskut lexus. Minah ni memang suka simpan stok biskot.
"Tak sangka pulak aku yang si Adib tu ramai peminat erk." sampuk si Mai.
"Adib tu boleh tahan lah orangnya. Cuma dia tak suka menunjuk. Low profile kononnya. Bandingkan Izwan dengan Adib, aku rasa ok lagi si Adib tu." tambah Qai membela Adib. Yela dia lagi kenal Adib tu macam mana. Lebih kurang macam aku dengan Miyo time sekolah dulu. Tapi Qai anggap kawan je. Dia dari sekolah dulu mana nak dekat dengan lelaki.
"Eh apa bandingkan dengan buah hati aku pulak. Bandingkan lah dengan orang lain." bentak Awen bila dengar nama Izwan disebut.
"Tak abis2 Izwan ko tu. Tapi dengar cita, bila dia tak dapat Iris dia nak try Qai pulak." kata Mai menambah cerita.
"Yeke?" tanya Awen dengan mulot yang melopong.
"Tak de maknanya lah. Ko dengar lah cakap Mai tu, dia bukan boleh caya pun." saja nak menyakat Awen lah tu. Kitorang yang budak accounting pun tak taw. Dia yang bahagian management pulak boleh taw. Nampak naw menipunya.
"Jahat lah ko Mai." muncung itik Awen dah keluar. Haishh tak berubah2 budak2 ni. Aku bangun lalu mencapai lattop diatas meja.
"Email lah tu." celah Mai memandang ku.
"Sebok lah ko." jawabku pendek.
"Kirim salam." serentak Qai dan Awen berkata. Terburai tawa kami.
From: Miyo Hayyan.
Hai my girl..
Wow tak sangka ada jugak yang minat dekat ko erk. Kan aku dah cakap dulu. Bandingkan ko dengan aku dekat sini mesti ko lagi hot. Aku kat sini takda orang nak pandang pun :(.. tapi tak kesah pun.. :D.. Aku harap ko boleh tunggu aku eah. Tunggu sampai aku balik ye. Tak lama setahun je lagi. Lepas tu aku janji aku balik Malaysia teros. Aku sambong degree dekat sana. Ko jangan nakal2 taw. Aku kat sini makin busy la. Sibuk dengan syarikat tu lepas tu exam lagi. Ko jangan muak tunggu aku pulak. Ingat kalau ko tinggalkan aku, aku rendam ko dengan pakwe ko dekat dalam tasik.. aku buat betol2 aku tak main2. Ok lah jaga diri baik2 ye. Jaga mata jaga hati. Jangan nak menggatal mengaku orang lain jadi boyfriend ko lagi.. Ingat tu..
Love from UK, Miyo
Haha lawak je Miyo ni. Lepas hari assignment Qai kena sabotaj tu aku pun cerita lah dekat Miyo. Tu yang dia tahu aku mengaku Adib tu pakwe aku. Dia cakap yang dia setuju nak belajar selok belok syarikat Papa dia. So bila dia kata dia sibuk jadi aku faham lah.
To: Miyo Hayyan
Hui my baby boy..
Dont worry la, hati aku dah terkunci dengan nama ko je :p .. Aku kat sini sentiasa ingat kat ko. Aku tak menggatal la hai. Takda yang menarik pun budak2 dekat sini. Aku nak yang spesis mata alien macam aku jugak. Kalau ko sibuk aku faham, tak payah la tiap kali ko send email dekat aku ko nak mintak maaf. Aku ok jela. Kalau ko isyik mintak maaf je nampak macam kejam sangat aku ni tak faham ko. Haha ingat lagi erk dengan rendam tasik ko tu. In syaa Allah aku setia tunggu ko kat sini. Aku tunggu sampai ko balik ok. Member2 kat sini kirim salam dekat ko. Ko pun jaga diri dekat sana. Kirim salam dekat Kak Una dengan Kak Lisa.
Miss you, Kayla
Lattop aku matikan dan aku letakkan semula di atas meja. Phone pula aku capai.
"Dah puas lepas rindu ke?" perli Mai.
"Belom. Nak lepas rindu dekat bauh hati pertama pulak." jawabku selamba keluar dari bilik. Gayut dengan Papa pulak lah. Mama conferm2 dah tidur malam2 gini.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...