Pagi Jumaat, aku gerak ke sekolah lambat sikit dari biasa. Ala hari ni bukan ada morning prep pun, perhimpunan pun takda. Selalu pagi Jumaat sekolah akan buat bacaan yaasin dekat dewan sekolah, so ambik kesempatan la datang lambat sikit. 'Apa nak jadi la ko ni Blue', kata hati kecil.
"Eh tu bukan mamat green monster ke? Ala da kedepan sangat la pulak dia. Baru nak skodeng rumah dia kat mana." bebelku sendirian bila ternampak mamat mata hijau semalam.
Sampai je dekat dewan, mata aku melilau dok cari member2 aku. Boleh pulak time tu ternampak ratu gedik sekolah. Sapa lagi kalau bukan Melina, main jeling jeling pulak. Juling teros baru taw. 'Istighfar2, tak baik menyumpah Iris Kayla Raisya' hati kecilku berkata. Lantas aku melangkah ke arah Qai yang sedang melambai lambai.
************
"Ko taknak turun rehat ke?" tanya Awen padaku.
"Malas la weh, baik aku siapkan homework. Senang aku nak ulangkaji bende lain malam karang." jawab aku bersungguh.
"Betol nie? Kalau Melina datang kacau ko macam mana?" tanya Qai pula. Risau sangat dia lepas Mai cerita pasal kejadian semalam kat diorang. Diorang pun tak sangka Ad sanggup buat aku macam tu. Tapi bagus jugak jadi macam tu, sekurang kurangnya takde la terus terusan aku kena tipu dengan Ad tu.
"Dah kenapa pulak dengan dia. Takde apa la, takkan la dia nak cari pasal lagi dengan aku. Aku tak nak dah pakwe dia tu, kalau dia tak percaya aku boleh je buat pengumuman yang aku ikhlas sedekah bekas aku tu kat dia." terang aku panjang lebar.
"Perghh ayat ko, tak boleh blah. Ok la, ok la.. kalau ada si Melina tu datang cari pasal karang cakap dengan kitorang. Biar kitorang pegi belasah dia cukup2." tambah Awen lagi. Ayat dia lagi tak boleh blah, mengalahkan gengster pulak.
************
Langkahku atur lagi ke kelas 5 Sains. Hati kecil berdoa mintak2 takde la si Ad tu dekat dalam kelas. Ni semua pasal nak pulang buku mamat ni la ni. Mataku hala ke buku Sejarah di tangan. Nak dibiarkan, kesian pulak nanti kalau dia kena marah dengan teacher Meng sebab takda buku. Yela cikgu Sejarah kitorangkan sama, so aku taw la teacher Meng tu macam mana.
Sampai kat kelas 5 Sains yang selang dua buah kelas dari kelas aku, teros aku hendap ke dalam. Ok cun Ad takda kat dalam, yang ada cuma sorang budak tengah tidur. Ada dekat sekolah boleh tidur, nak tidur pergi balik rumah la. Eh sempat pulak nak bebel, lantak dia la, kan waktu rehat ni.
Kaki ku sambung melangkah ke papan organisasi mencari susunan kedudukan pelajar dalam kelas. Aku scan laju laju, hah jumpa pun. Amirul Hayyan Rizqi, aku sebut perlahan, nama sedap pujiku dalam hati. Aku kira kedudukan dari depan dekat rajah tu dan ulang semula dekat susunan meja kelas. Ekele, dia rupanya yang tidur tu. Buat muka kerek sikit, jom kita pi sana.
"Woi bangun la, tidur je keje ko." aku hempas buku tu atas meja. Hehe kesian dia terperanjat.
"Ish ko ni jebon, pekak telinga aku la ko hempas buku tu." tempelak dia sambil menggosok gosok telinganya. Aku hanya tayang barisan gigi yang putih. Iklan colgate kejap huhu.
"Sorry tak sengaja, nah buku ko. Betol kan ni nama ko?" tanya aku nak dapatkan kepastian. Yela mana taw salah orang.
"Owh ko yang curi buku aku rupanya, patot la aku cari tak jumpa. Lain kali kalau nak pinjam cakap, jangan main curi2." katanya. Ewah sesedap ajinamoto dia je tuduh2 aku. Aku tempeleng karang baru tahu.
"Orang dah tolong pulang terima kasih takda tetiba kena tuduh. Ko yang tinggalkan buku ni kat tepi jalan haritu eh. Dia yang cuai kata kita yang curi, eee dia ni kang." tegasku dengan tangan yang dah get ready nak luku kepala dia, tapi tak luku pun. Acah acah je.
"Yeke, aku yang tinggalkan eah. Ok, ok.. letak jela kat situ." katanya lagi dengan mulut dimuncungkan ke hujung meja. Diletakkan semula kepala atas meja. Takkan nak sambung tidur balik kot.
"Itu jew?" tanya aku sebelom dia sempat sambung tidur.
"Dah tu ko nak apa lagi?" tanya dia pulak dengan mata yang sedia tertutup.
"Terima kasih takda?" orang dah tolong sikit pun tak hargai.
"Ish, bising betul. Nah ambik ni, pergi main jauh jauh. Aku nak tidur la." dia letakkan lollipop di atas meja kemudian ditutupnya muka dengan beg. Aku tercengang sendirian. Macam ni punya orang pun ada ke. Whatever la. Aku ambik lollipop tadi dan kembali ke kelas. Geram2 pun, rezeki jangan ditolak hehe.
Elok aku nak balik kelas, boleh pulak terserempak dengan pasangan belangkas gedik tadi. Aku buat dont know jela, bukak lollipop masok kat dalam mulut. Lagi nikmat daripada pandang diorang tu, buat loya tekak je. Sampai kelas Mai terus terjah aku.
"Ko pegi mana weh, ko jumpa Ad dengan pempuan gedik tu ke?"
"Takda la. Saja jalan makan angin." malas cite panjang, kang diorang banyak tanya pulak.
"Mana ko dapat lollipop tu, ada lagi tak?" tanya si Awen. Hishh memang pantang nampak gula betol minah ni.
"Sorry, green monster bagi satu jew." jawab aku sambil tersengeh. Ai, takkan suka kot Blue oi. Budak bertiga tu dah tercengang tak faham. Hurmm lantak korang la.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...