Bab 39

2.4K 119 1
                                    

Sudah sebulan cuti sem aku berlalu. Selama sebulan ni aku sekadar temankan Mama dekat rumah je. Kekadang aku ada jugak ikot Mama ke pejabat. Tapi bosan yang amat. So aku lebih memilih untuk memerap dekat rumah.

Lattop aku capai dan email aku buka. Ada pun email dari Miyo. Sejak kebelakangan ni Miyo pon dah jarang balas email aku. Kalau sebelom2 ni dia balas seminggu sekali tapi sekarang nk dekat dua minggu pun belom tentu berbalas lagi.

From: Miyo Hayyan

Assalamualaikum sweetheart..

Sorry sebab aku dah jarang reply email ko. Lately ni aku busy dengan study lepastu nak kena belajar selok belok syarikat lagi. Sis cakap lepasni aku nak kena urus syarikat sendiri so makin terbeban aku rasa. Macam nak gugur dah rambut aku ni. Aku harap ko faham ye. And sorry again kalau aku lambat or tak reply email ko. Ko jangan fikir bukan2 pulak dekat sana ye. Aku akan berusaha untuk berjaya sebelom balik sana jumpa ko. Lagi satu, jangan lari taw kalau tiba2 aku balik sana aku dah takda rambut.. :D ngeeee

Love from Uk, Miyo

"Hurmm kesian ko kan. Takpe aku pun akan tunggu ko kat sini. InsyaAllah aku faham." gumam ku perlahan.

To: Miyo Hayyan

Waalaikumussalam my dear..

Its ok aku faham. Aku pun ada try tolong Mama uruskan syarikat Papa hari tu, memang agak mencabar. So aku salute dekat ko sebab ko still nak berusaha untuk teroskan. Aku doakan supaya ko berjaya ye. InsyaAllah aku akan tunggu ko balik. Aku dah takde sapa2 dah sekarang ni. Aku ada Mama, kawan2 dengan ko je. So aku akan tetap tunggu ko sampai ko balik. Fighting!! You can do it!! Kalau rambut ko gugur sampai botak pun aku tak kesah, sebab Yun Nam Haircare kan ada.. :D weheeeee

Miss you, Kayla

Tersenyum sendiri aku bila melihat screen lattop ku yang memaparkan gambar family. Di sudut kecil terselit gambar aku bersama Miyo di tasik. Tak dapat aku bayangkan kalau Miyo balik sini dia dah takda rambut.

'Rindu Miyo, rindu Papa jugak' desis hatiku disertakan bacaan Alfatihah untuk arwah Papa.

"Hurm2 senyum sorang2 nampak. Teringat buah hati ke?" tanya Mama dibelakang ku.

"Ish Mama ni, buat terperanjat Iris je taw." kataku pada Mama sambil menutup semula lattop ku.

"Hah nampak sangat mengelamun dia tu. Lama Mama diri depan pintu pun Iris tak sedar ke?" tanya Mama lagi.

"Iris sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Papa la Maa." terangku pada Mama.

"Owh, Alhamdulillah, moga Papa ditempatkan dikalangan kekasih Allah."

"Aamiin..." aku dan Mama sama2 mengaminkan doa Mama tadi.

"Hurm dah jom turun makan." ajak Mama memimpin tanganku ke bawah.

"Mama dah masak ke? Kenapa tak panggil Iris turun?" tanya ku bila tahu Mama masak sorang2. Ni kalau dekat rumah mak mertua mau kena cop pemalas. Tapi bakal laki aku yatim piatukan. Ngeh, ngeh, ngeh..

"Mama masak simple je. Tak payah nak kecoh sangat la." balas Mama pula. Terburai tawa kami di dapur Mama.

**********

"Miyo sehat Iris?" tanya Mama tiba2 semasa menonton tv.

"Miyo?" tanya ku lagi. Apasal tetiba tanya Miyo pulak.

"Yelah, Miyo. Buah hati anak Mama ni kan." tambah Mama lagi. Melopong mulut aku mendengar kata2 Mama.

"Mana Mama tahu?" tanya ku polos.

"Eleh ingat dia aje ada kawan chatting. Mama pun ada ok." tambah Mama lagi. 'Mama ada kawan chatting?'

"Sapa kawan chatting Mama?"

"Kak Una la. Dia yang bagitahu Mama pasal Miyo dengan Iris. Sampai hati tak bagi tahu Mama ye. Nak rahsia2 pulak dengan Mama." kata Mama lagi. Seperti berkecil hati gamaknya.

"Ala Maa, Iris bukan taknak bagitaw. Irissss..." berjeda seketika ayat aku.

"Iris apa?" tanya Mama tidak puas hati.

"Iris malu." kataku sudah menekup muka dengan tapak tangan.

"Eleh dengan Mama pun nak malu konon. Nasib baik Una cerita dekat Mama, kalau tak sampai bila2 Mama tak tahu." rajuk Mama lagi.

"Takpe lah, sekarang dah tahu pun kan." aku cuba bergurau dengan Mama.

"Yela2. Hurmm Kak Una cerita Miyo tengah belajar selok belok syarikat ye?" tanya Mama lagi.

"A'ah, Kak Lisa suruh. Lepas habis belajar ni dia kena uruskan sendiri satu syarikat sebab dia satu2 nya waris lelaki." terangku pada Mama.

"Wah susah taw muda2 dah kena belajar urus syarikat. Mana nak belajar U lagi." tambah Mama.

"Tu la pasal." aku mengiyakan aja.

"Untung Mama dapat bakal menantu rajin. Pandai berdikari." ujar Mama tiba2.

"Ewah tetiba je Mama ni." potongku laju.

"Abis tu taknak ke?" tanya Mama dengan kening yang sengaja dijongkit2 kan.

"Saja la tu nak buat Iris malu."

"Mana ada, Mama cakap bende yang betol ape. Kalau panjang jodoh tak kemana kan." aku sekadar menganggukkan kepala sahaja.

"Tapi Mama pernah tengok muka Kak Lisa tak Maa?" aku bertanya bila teringatkan kakak sulong Miyo.

"Tak, dengar cerita Una, Lisa tu serupa je macam Miyo. Kenapa tanya?" Mama bertanya pula.

"Takde lah, tengok dari cara Miyo cerita, Kak Lisa tu macam garang je." ujarku lagi.

"Dia tak garang la. Dia cuma tegas. Yela dia muda2 dah kena tanggung adik beradik. Dia lah Mak dia lah Ayah. Mungkin sebab tu dia jadi macam tu." Terang Mama lagi.

"Betol, betol, betol."

"Jangan risau la. Kalau nanti dia jadi kakak ipar Iris, boleh la Iris kenal dia betol2." selamba Mama bercakap.

"Ada ke situ pulak Mama ni." Muncung itik aku tayangkan.

"Eh tak betol ke Mama cakap. Miyo bakal menantu Mama kan?"

"Papejela Maa." Malas aku nak layan. Nanti malu sendiri pulak.

'Alhamdulillah Mama suka dekat Miyo.' kata hatiku gembira. Bersorak lagu horray2 dia kat dalam tu.

Setiap kali selepas solat tak lupa untuk aku sedekahkan Al Fatihah buat arwah Papa dan doakan kesejahteraan orang di sekelilingku. Doa juga supaya disatukan aku dengan Miyo jika ada jodoh antara kami. Tapi jika tiada, kuatkanlah hati aku untuk redha dengan ketentuan Ilahi.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now