Ara, Dilla dan Ikmal yang baru sahaja tiba dari Kedah semalam pergi ke kelas terakhir untuk semester ini. Kepenatan masih terasa dan bagi Dilla kepulangannya ke kampung ibarat hujan jatuh ke pasir, tiada maknanya. Dia masih bergelar tunangan Razlan Shaari Adham. Makin difikirkan makin bercelaru. Terasa sesak nafas dengan pertalian ini. Begini perasaan bila dipaksa membuat sesuatu di luar kemahuan fikirnya.
"Baiklah, students. The list of companies has been finalised and the ones who are going for internship have been chosen. Please check your names on my door. Oh,yes! Please take note of who your supervisors are and please don't forget to write you latest phone numbers. Any questions?" Panjang lebar bicara Prof Madya Abdul Samad. Secara beramai-ramai menjawab tidak. Pensyarah itu memberikan kata-kata semangat dan meminta pelajar semua bersurai dan bersedia untuk kehidupan yang baru.
"Ke manalah kita ya?" tanya Ara sambil menghirup air masak yang dibawanya.
"Aku sangat berharap kita dapat bersama. Tapi kalau tak kita boleh tukar suka sama suka kan?" jawab Ikmal ceria. Selepas balik dari Kedah, Ikmal merasakan yang Dilla kurang sifat agresifnya dan boleh berbicara seperti seorang sahabat baik. Makin dikenali Dilla Riana, makin dia menyenangi gadis itu. Biarlah kawan-kawannya mengejek sukakan gadis montel. Tapi bagi dirinya, biarpun Dilla begitu, dengan ketinggiannya tidaklah nampak begitu ketara.
"Yang kau senyap je ni kenapa Dilla? Kau jugak yang tak sabar-sabar nak pergi praktikal," tanya Ara. Mereka beriringan ke bilik pensyarah tadi. Dari kejauhan kelihat ramai yang sudah tahu tempat praktikal mereka. Ada yang melompat gembira, ada yang moyok dan ada yang sedih.
"Di mana pun aku tak kisah. Tiada kepentingan bagi aku. Kalau dapat ke Sabah lagi baik. At least aku boleh merajuk dengan mak ayah aku. Biar duduk senyap kat ceruk hutan mana."
"Kau ni tak baik berdendam dengan mak ayah sendiri," pujuk Ara. "Depa tu lah yang sayang kau dari kecik. Kau tu bongsu, perempuan pulak tu. Kau ingat depa boleh ambil ringan ka pasal hidup kau?" katanya lagi. Dilla hanya mendiamkan diri. Semangatnya hilang bersama berita pertunangan itu. 'Aku hanya mahu menakluk dunia, salahkah aku? Kenapa mesti aku ada ikatan dengan sesiapa?' Dia bermonolog di dalam fikirannya. Ikmal berlari ke papan kenyataan kerana dia sudah tidak sabar untuk mengetahui ke manakah haluan perjalanannya nanti.
Ikmal melompat kesukaan. Dia berlari semula kepada Ara dan Dilla yang melangkah perlahan.
"Amacam? Suka sangat aku nampak," tegur Ara.
"Mau aku tak suka? Aku bersyukur sangat. Allah sangat memahami perasaanku," kata Ikmal menadah tangan. Ara merasa sangat pelik, dia sendiri berlari ke papan kenyataan itu. Dia ketawa dan menggelengkan kepala. Dia berlari semula kepada Dilla dan Ikmal.
"Patutpun!" kata Ara menampar lengan Ikmal sekuatnya.
"Kau ni dah kenapa? Kau ni kurus macam lidi tapi kau punya tangan itu macam besi. Sakit tau!" marah Ikmal mengurut lengannya.
"Kau pun sama, menerima dengan penuh gembira?"tegur Dilla. "Aku dapat company mana?" tanya Dilla kepada Ara.
"Cybernetics Global SB."
"Kau?"tanya Dilla kepada Ara.
"Teguh Holding PJ," jawab Ara.
"Kau pulak?"tanya Dilla kepada Ikmal.
"Apa kata kau pergi check!" saran Ikmal ceria. Lama Dilla menjeling Ikmal. 'Macam ada udang di sebalik batu je, mamat ni,' kata hatinya. Dia melangkah terus ke papan kenyataan dan diikuti oleh Ara dan Ikmal. Sampai sahaja di situ, dia meneliti senarai nama. Setibanya pada nama Ikmal Hisham Ismail, dia menepuk dahinya sendiri.
"Ikmal Hisham Ismail, Cybernetics Global SB. Biar real," kata Dilla mengeluarkan keluhan berat.
"Kita memang berjodoh, kan?" kata Ikmal gembira.
"Jangan lebih-lebih. Peratus menyampah aku dekat kau kurang 5% je ya."
"Oh, sebelum ni berapa peratus?" tanya Ikmal menguji.
"100%," tegas Dilla.
"Habis sekarang, 95%?" balas Ikmal.
"Setiap kali kau buat aku marah, 5% tu senang je nak naik," kata Dilla memberi amaran.
"Kau tau tak bila kau marah pipi kau tu jadi merah. Dah macam kuih pau aku tengok. Cubit sikit," Ikmal bergurau. Dilla tanpa perlu berkata apa-apa lagi menendang kaki kanan Ikmal.
"Amacam, ada rupa pau lagi ke sekarang?" pertanyaan Dilla yang tidak memerlukan jawapan kerana Ikmal sudah mengaduh kesakitan. "Dah aku penat, aku nak balik berkemas, esok lusa aku pasti mak ayah aku datang."
"Jomlah Dilla. Lagipun tak ada apa aktiviti penting pun selain dari maklumat ini. Aku pun nak berkemas. Mak aku kata abang aku akan datang ambil esok. Eh, kalau tak muat kereta aku tumpang kereta kau boleh?"
"Barang kau tu buat garage sale lah...tak payah nak bawak balik semua. Takkan nak angkut baldi buruk tu bawak balik," kata Dilla.
"Yalah, yalah," akui Ara. Mereka melangkah beberapa tapak tetapi dikejar Ikmal.
"Sampai hati korang tinggalkan aku kesakitan macam tu. Korang ni tak ada perasaan ke?" tegur Ikmal ala merajuk. Ara dan Dilla berpaling kepadanya dan mereka berpandangan sesama sendiri. "Korang tengah buat apa ni?" tanya Ikmal lagi. Ada bahasa rahsia dua kawan baik yang dia masih belajar untuk memahami. Mereka terus berjalan tanpa mempedulikannya. "Hei, tunggulah. Aku minta maaf. Jangan macam ni," Ikmal menjerit dan berlari ke arah mereka yang sudah jauh meninggalkannya.
Razlan mundar-mandir di kamarnya. Dia membuka komputer riba dan menekan facebook. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan menjadi seorang 'stalker'. Kalau dulu, biarpun dia mempunyai akaun Facebook tidak teringin untuk dia membaca update apalagi hendak menaikkan update. Tapi hari ini, dia menjadi stalker Dilla Riana. Nampaknya gadis ini setiap hari meng-update statusnya. Hari ini gambar beramai-ramai di dewan kuliah kerana hari terakhir. 'Oh, hari ni last day ya,' dia bicara sendiri.
Ada satu gambar yang meletakkan tag atas nama Dilla Riana. Gambar Ikmal tersenyum manis di sebelahnya dan Ara di sebelah lagi dengan caption, Together forever. "Siapa dia ni? Boyfriend dia ke?" tanya Razlan kepada dirinya sendiri. "Baguslah macam tu, dah tentu dia sendiri tak rela nak jadi tunang aku, kan?" katanya lagi. "Aku tak perlu nak risau kot, mesti dia akan berkomplot dengan aku untuk memutuskan pertunangan ini." Razlan menggeliat dan buat pertama kali dalam minggu ni, bahu terasa ringan dan dadanya lapang. "Kesian, mama dan ayah, Dilla tak mahu jadi menantu sebab hatinya dah ada pilihan," kata Razlan sambil ketawa. 'Ya, aku tak perlu rasa tertekan,' bisik hatinya lagi.
Selepas itu, dia melihat jam yang baru menunjukkan 10 malam. 'Alang-alang menjadi stalker apa kata aku browse semua gambar-gambar budak montel ni,'katanya sambil melihat gambar-gambar Dilla Riana. Tiba-tiba dia melihat gambar-gambar Dilla Riana sewaktu kanak-kanak. "Oh, ini dia Dilla Riana baru aku ingat. Masa kecil memang comel dah besar memang besar orangnya," dia bercakap dengan diri sendiri. Dia terketawa kecil. Stressnya berkurangan malam ini.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...