20

933 43 0
                                    

Setelah apa yang Razlan cuba memperlakukan, Dilla berlalu dari situ  tanpa ada perasaan menyesal atau terkilan atas tindakannya sendiri. Ya, nampaknya Razlan sudahpun memakan umpannya. Dia hanya perlu mengemaskan lagi perancangannya. "Razlan Shaari, aku minta maaf dari awal sekiranya permainan ini menjadi agak kasar. Hidup aku adalah milik aku dan milik Allah. Bukan milik kau," bicaranya sendiri.  

Dia terus ke bilik Razlan bagi memastikan semuanya tidak perlu diperbetulkan lagi. 10 minit kemudian dia mengunci bilik CEO itu dan pergi ke lif untuk turun ke lobi. Apabila pintu lif terbuka, kelihatan Razlan berdiri keseorangan. Dilla mengucapkan salam dan mengatakan yang dia akan mengambil lif seterusnya dan Razlan tanpa memandang tepat ke wajahnya menekan butang menutup pintu lif.

'Kau melawan ya? Ini Razlan Shaari. Kau tu berhingus lagi jangan ingat kau boleh menandingi aku. Kau ingat aku nak sangat? Kau tak ubah seperti barang yang tiada siapa boleh memiliki kecuali aku,' desis hati Razlan. Dia turun ke lobi dan David telah pun menunggu di pintu lif.

"Kereta tuan sudah pun berada di pintu masuk," ucap David pendek. Razlan mengangguk. Dari ekor matanya dia melihat Chen Ming menanti Dilla di ruang legar. Lif satu lagi berdenting. Dilla Riana keluar dari lif tersebut tanpa mengucapkan apa-apa kepada Razlan. Dia berjalan dengan pantas meninggalkan Razlan di belakangnya.

"Love!" panggil Chen Ming romantis. Dilla melambai tanda dia mendengarnya.

"Love, konon," kata Razlan dengar tak dengar. 

"You mesti penat kan? I hantar you balik ok?" mesra nada suara Chen Ming.

"Penat, dukung I boleh?"gurau Dilla lagi. Razlan yang berada di belakang ketawa mengeji.

"Hai, badan macam anak badak boleh ke orang dukung?" perli Razlan kuat-kuat. Chen Ming  dengan pantas mengendong Dilla di dalam dakapannya seperti sehelai daun sahaja. 

"Ming!" terkejut Dilla dengan tindakan Chen Ming itu.

"I will be your champion my lady," kata Chen Ming tersenyum. Razlan yang baru sahaja merasa seperti tamparan demi tamparan dirasakan sejak 15 minit yang lalu menolak Chen Ming dan Dilla ke tepi kerana tidak mahu melihat wajah-wajah menjengkelkan itu lagi di hadapannya. Hampir terjatuh mereka berdua tetapi kegagahan Chen Ming mengatasi segala. Melihat Razlan sudah pun memandu keretanya, Chen Ming meletakkan Dilla ke sofa. Mereka hanya berpandangan dan beberapa ketika ketawa besar.

"Ming, you didn't have to do  that! Berat I ni tau," kata Dilla apabila selesai ketawanya.

"I am serious when I said I wanted to be your champion," balas Chen Ming. Dilla tersenyum.

"You are my champion. You selamatkan I banyak kali. You're a good friend Ming," puji Dilla. Chen Ming terdiam.

"A friend? I thought I was your crush?"

"You were. And you will always have a special place in my heart," kata Dilla perlahan.

"Come on, I will take you home." Perlahan sahaja suara Chen Ming. Dia tidak mahu mendengar kata-kata yang dia hanya kawan kepada Dilla. Dilla tiba di apartmennya tepat jam 9.30 malam setelah menikmati makan malam yang lebih sempurna dari di atas bumbung itu tadi. Alangkah terkejutnya kerana melihat rakan serumahnya sudah pun pulang  dari tugasan luar.

"Dilla, kan?"

"Ya, sepupu Farah kan? Yuni," Mereka ketawa. Semasa Dilla masuk ke apartment itu yang menyambutnya adalah bapa Yuni.  Yuni ada tugas di Sabah selama 2 minggu dan baru kini mereka bertemu.

"I penatlah, kita sembang esok sahaja?" tanya Yuni. Dilla bersetuju kerana dia juga sudah kehabisan tenaga. Keesokan paginya Yuni menyediakan sarapan di meja makan dan menjemput Dilla untuk bersama bersarapan.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now