Razlan sudah terlepas dari tahap kritikal dan kini hanya melakukan rawatan susulan. Menurut Doktor Helmi mungkin dalam masa seminggu dia boleh dibawa pulang.
Dilla masuk ke bilik diiringi oleh Chen Ming. Dia yang baru sahaja tiba malam sebelumnya segak berkemeja putih dan berseluar jeans.
"Pakcik..maaf saya baru tiba semalam. Pakcik apa khabar?"tegurnya mesra.
"Sudah beransur baik tapi taklah segagah dulu,"jawab Encik Said tersenyum.
"Tuan Razlan,"tegur Chen Ming melihat Razlan baru sahaja masuk berkerusi roda. Dia membantu Razlan naik ke katil. Dilla hanya tidak mengendahkan Razlan atas sebab dia tidak mengenali dirinya siapa. Hanya tahu nama tapi bukan orangnya. "Tuan,terima kasih kerana selamatkan Dilla," kata Chen Ming sambil tunduk hormat.
Razlan hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak membalas kata-kata itu kerana kehadiran Chen Ming kurang disenanginya.
"Ming, he doesn't remember me," kata Dilla dengan suara yang sedikit kuat.
"What do you mean?"tanya Ming kehairanan.
"Selective amnesia,"jawab Dilla sambil menjeling ke arah Razlan. "He can remember everyone but me. It is good though. Taklah aku rasa bersalah sangat."
Chen Ming menoleh ke arah Razlan dan Razlan pura-pura tidur.
"Unbelievable,"kata Ming berbisik.
"Chen Ming, dah terlanjur datang pakcik nak tanya satu perkara."
"Apa dia pakcik?"
"Betul ke Chen Ming ada melamar Dilla?" Encik Said berterus-terang.
"Ayah!"terkejut Dilla mendengarkan pertanyaan itu. Chen Ming ketawa gemuruh.
"Betul pakcik."
"Tak menyesal ke? Dilla ni tomboy sikit."
"Dia sempurna di mata saya," kedengaran ikhlas Chen Ming menjawab Encik Said. Razlan yang pura-pura tidur dalam diam hatinya menggelegak. Biarpun begitu, dia masih mengharapkan Dilla memaafkan dan menerima dirinya.
"Kalau macam tu, pakcik izinkan jika Dilla menerima lamaran Chen Ming tu."
"Aduh...!sakit,"jerit Razlan. Chen Ming berlari ke katil sebelah.
"Tuan, tuan," sapanya cemas.
"Encik Razlan,"kata Dilla. "Kenapa ni?"
"Dada saya...." Jawab Razlan kesakitan.
"Aku pergi panggil doktor!" Kata Chen Ming berlari keluar. Selang beberapa saat, dua jururawat dan seorang doktor bergegas masuk.
Mereka meminta Chen Ming dan Dilla keluar apabila langsir kubikel ditarik.
"I hope nothing serious," bisik Chen Ming kepada Dilla. Dilla tidak dapat berkata apa-apa kerana semua detik Razlan ditikam di matanya.
Airmatanya turun bak mutiara.
"Kau ni kenapa?"tanya Chen Ming. Encik Said hanya memerhatikan sahaja keadaan itu.
"Aku yang bersalah. Aku yang buat dia jadi macam tu," jawab Dilla seperti berbisik. Chen Ming mengeluarkan saputangan dan memberikannya kepada Dilla.
Dilla banyak menangis ketika bermula di cybernetics semua kerana CEO Razlan Shaari.
"Don't worry. He is in good hands.,"pujuk Chen Ming memandang Dilla dengan simpati. Tirai dibuka semula dan Razlan nampak lebih tenang.
"Err doktor," tegur Chen Ming. "Tuan Razlan macamana?"
"Kami beri dia dos yang lebih sikit. Kalau boleh biarkan dia berehat tanpa gangguan,ya?"jawab doktor muda itu. Dilla menarik nafas lega.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...