Hari Sabtu, pagi-pagi lagi Chen Ming telah bersiap menunggu Dilla untuk keluar bersama. Seperti yang dijanjikan mereka berdua bertemu dengan Ara di One Utama.
"Dilla!" jerit Ara apabila melihat dia berjalan dengan Chen Ming. "Ming! Lama tak jumpa," kata Ara lagi. Dia berpelukan dengan Dilla seumpama bertahun tidak ketemu. "Kau nampak kurus!"jerit Ara kegembiraan.
"It is one hell of a company! Teruk aku dikerjakan kat situ." sambut Dilla ketawa bersama dengan Chen Ming.
"Ok, mula-mula jom kita duduk. Aku ada surprise untuk kau!" kata Ara sambil menarik Dilla duduk di salah sebuah kafe ternama di situ. Chen Ming hanya mengikut sahaja dua orang rakan yang seperti sudah setahun berpisah. "Aku bukan datang sorang tau! Aku datang dengan peminat kau!"
"Peminat?" kata Chen Ming dan Dilla serentak.
"Tu, cuba pandang belakang," tunjuk Ara. Mereka berdua berpaling dan melihat seorang lelaki yang memegang jambangan mawar yang besar bersama satu teddy bear yang comel.
"I think I know who you are," kata Dilla tersenyum.
"Chak! Surprise!" jerit Ikmal ceria. Dia nampak lebih matang sekarang, clean cut tiada lagi jambang dan rambut yang tidak terurus. "I missed you but I know you don't miss me at all," katanya sambil menghulurkan jambangan tersebut.
"You look handsome today," puji Dilla ikhlas.
"Betul?" tanya Ikmal dan Dilla mengangguk. "Ni, macam kenal," dia menunjukkan jarinya kepada Chen Ming.
"Chen Ming, Yang Dipertua Majlis Siswa 2012." Chen MIng menghulurkan tangan tanda sebagai salam perkenalan.
"Hai! I am Ikmal and I am in love with Dilla since orientation week," kata Ikmal terus terang. Chen Ming terkedu dengan kenyataan berani Ikmal.
"That makes the both of us,"jawab Chen Ming sambil memandang Dilla yang tersenyum kambing mendengarkan dua lelaki mencurahkan perasaan di tempat yang penuh sesak di hadapan kawan baiknya. Ikmal yang tadi tersenyum terkejut dengan ucapan Chen Ming. Dilla bangun dan menjemput mereka berdua supaya duduk. Ara ternganga melihat dua orang lelaki yang cuba merebut hati Dilla Riana. Ara menggelengkan kepalanya. 'Aku dah banyak kali cakap kau tu cute Dilla kau tak percaya!'katanya dalam hati.
"Hari ni, harijadi Ara!" kata Dilla mengubah topik. "Nah ini hadiah kau, aku beli semalam." Dilla menghulurkan satu kotak cantik berwarna ungu.
"Apa ni?" tanya Ara teruja.
"Buka jelah," jawab Dilla. Ara membuka kotak cantik dan menjerit.
"Cantiknya! Thank you so much," dia terus memeluk Dilla erat. "Chen Ming bukan your birthday jugak hari ni?"tanya Dilla. Chen Ming ketawa.
"Mana tau?"tanya Chen Ming.
"Apa yang kami tak tau pasal you? You were her centre of universe,"jawab Ara mengusik. Dilla mendesis memberi amaran kepada Ara.
"Tengok," kata Ikmal mencelah. Ara menunjukkan hadiah itu kepada Chen Ming dan Ikmal.
"It is actually a USB pendrive locket. Warna rose gold ni aku tau kau suka. Aku tempah online, dan ini adalah suasa. Aku simpan duit nak bagi ni untuk kau. Selamat harijadi kawanku Zahara Othman. Semoga persahabatan ini kekal ke jannah," Dilla dan Ara berpelukan. Ada titisan airmata di mata masing-masing.
"Girls. All they do is cry when they are happy, cry even more when they are sad," kata Ikmal tak semena-mena. Chen Ming ketawa.
"I couldn't agree more."
"Shut up!" serentak laungan dari Dilla dan Ara.
"Sorry! So nak makan apa? I pergi order. Hari ni I belanja you all makan," beritahu Chen Ming.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...