"Dilla akan duduk di rumah tamu ," beritahu DAtin Jamilah ketika melihat Razlan masuk ke ruang tamu petang itu. Langkah Razlan terhenti. Dia memandang ibunya seperti tidak percaya.
"Mama, kami ni tak kawin lagi, nanti orang kata kami bersekedudukan pula. Lagipun takkan nak bagi dia buat macam rumah sendiri?" sindir Razlan.
"Mama yang plan semua itu. Mama akan beri sepenuh kebebasan kepada Dilla untuk keluar masuk kawasan rumah ini. Dia tidak perlu berada di sini jika dia tidak mahu. Mama dah buatkan pagar kecil di tepi rumah sekiranya dia tidak mahu menjejakkan kakinya di rumah ini," terang Puan Jamilah matanya masih menatap buku di hadapannya.
"Oh, dahlah tak bayar sewa, bil elektrik dan air free, boleh keluar masuk ikut suka hati. Untunglah dapat mama jadi bakal mertua," balas Razlan berdiri di hadapan ibunya.
"Mama bagi warning pertama dan terakhir. Jangan sakiti hati Dilla. Bukan dia yang hendakkan kamu, mama yang pilih dia,"kata Puan Jamilah memandang tepat kepada Razlan.
"Kenapa tak mama je kawin dengan dia?"
"Razlan, kenapa biadap begini? Nak balas dendam sebab mama tolak semua pilihan Razlan?"
"Kenapa mama tolak semua yang Razlan suka? Nak dibandingkan dengan si debab tu, jauh panggang dari api," nada Razlan sudah meninggi.
"Semua yang Lan bawa, semua tidak ikhlas dengan Lan. Mungkin Lan susah nak percaya tapi sekilas ikan di air, mama sudah tahu jantan betinanya."
"Orang kata zaman dah berubah tapi rasanya tidak. Perkahwinan yang diatur dah lapuklah mama!"
"Lapuk bagi kamu. She will be an intern starting next week. Pakcik Said dan Makcik Ida akan ke sini sebelum terbang ke UK. Mereka hendak melawat abang kedua Dilla di sana. Tolong jaga airmuka mama dan ayah."
"Jaga airmuka mama dan ayah, habis tu hati Lan macamana? Lan tak berkenan dengan Dilla tu mama. Tak sesuai dan tak sepadan," balas Razlan lagi. "Apa yang mama tengok dengan si Dilla tu?" Puan Jamilah menutup buku yang dibacanya dan berdiri.
"Ingat pesan mama, jangan malukan mama. Lan tu lelaki, imam dan khalifah dalam keluarga tolong jaga kesabaran itu. Kalau Dilla yang buat perangai itu biasa sebab perempuan memang emosi. Tetapi apabila Lan berperangai macam tu, orang hanya akan tengok betapa cetek budi bahasa dan ilmu yang Lan ada. Faham?" Datin Jamilah berlalu terus ke biliknya meninggalkan Razlan keseorangan di situ. Razlan terkejut dengan peringatan Datin Jamilah. Kali ini, ibubapanya memang melakukan apa yang mereka mahu tanpa mengambil kira perasaannya.
Dilla tidak keluar dari biliknya seharian kerana terasa hati dan merajuk dengan ibubapanya. Dia hanya mahu bersendiri untuk berfikir. Ke mana dan kepada siapa harus diluahkan gundah di dada? 'Sampai hati ayah, mak buat Dilla macam ni,' katanya dalam hati berulang-ulang.
"Dilla, keluarlah, pagi tadi tak makan tengahari tak makan. Dah pukul 3 ni, nanti masuk angin tekanan darah turun macamana? Dilla tu boleh jadi anemik," kedengaran suara Puan Wahida di balik pintu. "Dilla tak mahu keluar tak apa, mak letak makanan depan pintu ni, Dilla makan tau. Kalau marahkan mama dan ayah sekali pun marahlah dengan perut yang kenyang. Makan ya? Mama masak sedap ni gulai lemak cili padi ketam favourite Dilla ni, kan? Tiada respon dari Dilla yang hanya memerhatikan ke luar tingkap. Hatinya kebas, perasaannya sukar diungkapkan. Dia merasa sekiranya orang menoreh tangan, tiada darah yang akan keluar kerana segalanya seakan terhenti dengan masa. Ibunya mengetuk pintu lagi. Ayah Dilla yang baru sahaja tiba dari kebun menghentikan perbuatan isterinya.
"Habis rajuknya, dia keluarlah tu. Bila perut lapar, kan?" kata ayahnya sedikit menjerit. Sakit hati Dilla bertambah parah.
'Kenapa? Teruk sangat ke jadi plus size ni? Ingat orang xxxl macam aku ni tak ada jatidiri? Takpe ayah, jika ayah dan mak rasa Dilla ni menyusahkan Dilla pergi dari sini,' desis hatinya. Dia lagi membatukan diri.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...