44

943 34 0
                                    

Dilla, Chen Ming dan Razlan berada di lobi itu pada jam 1 pagi. 'Nak balik dengan aman pun tak boleh,'desis hati Dilla. 

"Dilla kalau tak buat benda-benda yang menyakitkan hati memang bukan Dilla kan?"berdengung kata-kata itu di lobi. Chen Ming memandang Dilla.

"What is he talking about?" kata Ming lembut. 

"My mom wants me to go back with him tonight or drive sendiri esok. I can't stay here tonight. Dilla takkan dapat tidur." Ming memandang Dilla lembut. Dia meletakkan beg Dilla ke bawah dan merapatinya.

"You're not ok with this arrangement?"tanya Ming perlahan. Dilla memandangnya tidak berkelip. Dilla tertunduk dia kehilangan kata-kata. Malam ini bukanlah malamnya. "You are uncomfortable with him?" bisiknya lagi. Dilla mengangguk. Chen Ming merasa sangat kasihan kepada Dilla. Dia dihentak dari pelbagai arah hanya mahu disatukan dengan Razlan.

"Eh, hello!" Razlan sangat kurang senang melihat bagaimana Chen Ming berbicara dengan Dilla.

"Ok, let's go. Aku ikut," kata Chen Ming. Dilla memandangnya tidak percaya.

"Betul ke ni?" tanya Dilla. 

"I am your friend right?"tanya Chen Ming. Dilla begitu terharu melihat Chen Ming tidak membuat apa-apa yang memburukkan keadaan.

Razlan menghela nafas panjang. Dia tidak senang dengan Chen Ming tetapi melihat wajah Dilla, orang bodoh pun tahu yang Dilla tidak mahu dia menghantarnya. "Let's go," ucap Razlan. Dilla merasa sangat terkejut melihat betapa Razlan menahan perasaan marahnya.

Chen Ming duduk di hadapan dan Dilla di belakang. "We can switch drivers nanti." kata Chen Ming seraya memasang tali pinggang keledar. Razlan tidak membalas apa-apa pun. Dari cermin belakang dia melihat Dilla lebih tenang. Dia memulakan perjalanan malam itu.

Dilla tertidur sepanjang perjalanan. Chen Ming pun begitu. Kerana keletihan Razlan berhenti di R&R. Dia ingin membeli kopi. Chen Ming masih lagi terlelap. Razlan memandang ke belakang melihat Dilla tidur dengan nyenyak.

Razlan memberhentikan keretanya di parking dan membuka boot kereta mengambil sehelai selimut.

Chen Ming tersedar namun dia masih bersandar. Dari cermin sisi dia melihat Razlan menyelimuti Dilla berhati-hati. Dia pura-pura tertidur lagi. Selang 10 minit, Razlan memulakan perjalanan itu kembali.

'He really cares for her,'fikir Chen Ming. 'Only that both are egoistic humans.' Chen cuba menyimpan senyumnya.

Sampai di hospital, jam menunjukkan 5 pagi. Abang sulung Dilla menyambut mereka.

"Assalamualaikum, long. Ayah macamana?"tanya Dilla pantas.

"He is stable. Masa kena tu along kat rumah."

"Alhamdulillah,"balas Dilla mengurut dadanya.

"Encik Razlan pun ada?"tegur Dr Daus Helmi. "Yang ini-"

"Yang itu Ming. Senior Dilla di uni dan penyelia Dilla di ofis. Kenalkan. Chen Ming. Ming this is my brother, Dr Daus Helmi.

Mereka bersalaman.

"Dilla nak jumpa ayah boleh?"

"He is resting. Balik dulu."

"Tak mau selagi Dilla tak jumpa ayah."

"Ok tengok kat luar je."

Mereka menuruti sahaja langkah Dr Helmi ke i.c.u.

"Kalau esok selepas saringan semuanya ok along akan pindahkan ayah ke wad biasa,"kata abang Dilla perlahan. Dilla merasa sangat sedih melihat wayar berselirat di tubuh ayahnya.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now