Bonus: A Happy Ending

1.7K 52 2
                                    

Habis seminggu Razlan menghabiskan cuti tapi bekerja di Tokyo bersama Dilla. Hari terakhir di situ, Razlan membawa Dilla dan Ara menikmati kecantikan musim sakura di sekitar bandaraya itu.

"Dilla nak buat video call kat mak nak bagitahu pasal ini,"kata Dilla sambil menunjukkan cincinnya kepada Razlan. "Bukan apa kot ada yang datang meminang kan?"

Berkerut dahi Razlan mendengar kata-kata Dilla. "Kenapa? Teringin nak dapat pinangan lagi ke?"

"Marah?"usik Dilla keningnya sebelah terangkat.

"Tak sayang abang la tu," kata Razlan merajuk.

"Eee...tak kuasa orang tua merajuk," balas Dilla. Ara yang sibuk mengambil selfie tidak jauh dari mereka kini sibuk berbual dengan seorang pemuda Jepun. Dilla mengeluarkan telefon dan membuat video call.

"Assalamualaikum mak ayah!"ucap Dilla ceria nampak cantik berlatarbelakangkan pohon-pohon sakura.

"Waalaikumsalam wrt,"jawab mak dan ayahnya. "Dilla sihat?"tanya ibunya.

"Sihatlah mak alhamdulillah. Ayah ok tak?"

"Ayah ok! Dilla sorang ja ka?"jawab Encik Said tersenyum.

"Tak, dengan orang tua ni," tiba-tiba Razlan berada di tepi Dilla. Dilla ketawa. "Mak,Dilla nak tunjuk ni!" Dia menunjukkan cincin di jarinya.

"Alhamdulillah, berjaya jugak Razlan memujuk ya?"kata ibunya dan ayahnya juga tertawa. Razlan membuatkan Encik Said gembira. Razlan benar-benar mahu memperisterikan anak bongsunya.

"Hah,macamana ayah dan mak tahu?"tanya Dilla hairan dia memandang Razlan di sebelahnya.

"Hai! Nakkan anaknya kena minta kebenaran ibubapanya,"jawab Razlan seperti mengusik.

"Razlan bila nak balik ke KL?"tanya Puan Wahida.

"Esok, mak,"jawab Razlan. Dilla merasa terpening sekejap mendengar Razlan memanggil ibunya mak.

"Mak?!"jeling Dilla tidak percaya.

"Yalah. Mak mertua saya tu."

"Bakal ya bakal!"Dilla membetulkan.

"Dilla, ayah mak nak ingatkan ni,"tegur ayahnya.

"Apa dia ayah?"balas Dilla. Razlan masih berdiri di sisi memerhatikan sahaja wanita muda yang mencuri hatinya.

"Mulai sekarang Dilla tunangan Razlan. Jaga pergaulan dengan orang lain,"pesan Encik Said

"Dengar tu, jangan nak melayan sangat peminat-peminat awak tu,"tambah Razlan mengusik.

"Hi, suka menambah!" Komen Dilla. Razlan ketawa. Puas hati mengusik cinta hatinya. "Ok mak ayah jaga diri ya."

"Dilla tu jauh sangat,"balas Puan Wahida.

"Takpa mak nanti ayah sihat, saya bawa mak dan ayah ke sini,"kata Razlan. Dilla memandang Razlan di sisinya dan tersenyum. "Kenapa?"tanya Razlan melihat Dilla memandangnya.

"Tengok tunang sendiri pun tak boleh?"jawab Dilla spontan. Razlan tersenyum tersipu-sipu. "Ok mak ayah. Dilla sayang semua! Bye...Assalamualaikum!"ucap Dilla sambil melambai. Panggilan video ditamatkan.

"Macamana saya nak balik esok ni?"tanya Razlan lembut.

"Kenapa pulak?"tanya Dilla.

"I m not that same person sebelum saya datang ke Tokyo,"jawab Razlan masih merenung Dilla.

"What do you mean?"

"I have you now. Saya sentiasa rindukan awak sebelum ni tapi sekarang..."kata-kata Razlan terhenti di situ.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now