Tepat jam sepuluh pagi, Danial mengadakan perjumpaan tergempar. Semua tertanya-tanya apakah yg sedang berlaku.
"Di sini saya ingin memberitahu Annual Dinner akan berlangsung dalam masa seminggu lagi. Tempat dan waktu sila cek emel masing-masing."
Tepukan gemuruh kedengaran dalam bilik mesyuarat itu.
"Boss apa tema tahun ni"tanya salah seorang pegawai di situ.
"Soalan yg bagus!"sambut Danial.
"Tema bollywood dan jabatan kita mesti membuat persembahan." Semua bertepuk teruja kerana memang acara itu yang ditunggu-tunggu saban tahun.
"Latihan bermula malam ini di studio Zen 8.30. Semua wajib hadir,"terang Danial lagi. Suasana agak bising dengan pengumuman itu. "Sesiapa yang tiada transport tolong bagi nama kita akan hantar van syarikat untuk ambil dan hantar,"sambung Pengurus Jabatan yang bergaya itu."Oh ya, intern Dilla dan Prema will be the lead dancer ok?"
Prema bangun dan bertepuk gembira. Dilla pula ternganga kerana terkejut. Ming menyiku Dilla mengejutkan dia dari lamunannya.
"Kau kenapa?"Ming bertanya dengan nada perlahan.
"Diaorang saja nak mengena aku ke?"tanya Dilla seakan berbisik.
"Dilla, Prema. Ini adalah tradisi. Semua intern mesti membuat persembahan sebelum berhenti,"tegur Danial mengenyitkan mata kirinya kepada Dilla. "Ok semua boleh balik ke tempat masing-masing,"arahan terakhir pagi itu. Semua keluar dari bilik mesyuarat itu melainkan Dilla dan Ming.
"What's wrong with you?"tanya Ming.
"Everything. I have no confidence at all,"jawab Dilla menutup mukanya. dengan kedua tangannya.
Razlan yang mempunyai temujanji di bilik itu terkejut kerana Dilla dan Chen Ming di situ. Dia merasa darahnya mendidih melihat mereka berduaan.
Ingin dia menyergah tetapi dia ingin mendengar perbualan mereka kerana pintu sedikit terbuka.
"What confidence?"tanya Ming.
"My body image you idiot!"jawab Dilla sekarang memegang kepalanya.
Ming berdiri dan memerhatikan Dilla.
"What are you talking about? You look fine to me," pujuk Ming.
"You are just being nice," sampuk Dilla ketawa.
"Being nice? I am nice! Look,the first day you were here I think you were adorable. And now, you are the prettiest around."
Dilla hanya merenung Chen Ming dan masih mencari kebenaran kata-kata itu. Razlan terus membisu di pintu. Fikirannya melayang ketika dia mula-mula bertemu dengan Dilla dan segala yang diperkatakan kepada wanita muda itu. David datang dan itu mengejutkan Razlan.
Dia menguak pintu dan masuk ke bilik mesyuarat itu. Ming dan Dilla terkejut dengan kehadiran Razlan.
"Selalunya meeting ada ramai orang kalau dua orang itu orang panggil dating," kata Razlan seakan memerli. Dilla menahan kemahuannya untuk menjawab.
"We are sorry. Kami minta diri dulu tuan," kata Ming dan mengajak Dilla untuk keluar dari situ.
"Cik Dilla tunggu sebentar,"arah Razlan. Dilla dan Chen Ming berpandangan.
"Baik tuan," kata Ming sambil berlalu. Razlan berjalan menuju ke arah Dilla setelah Chen Ming keluar dari bilik itu.
"He's right. You were adorable when the first time I saw you and now you are the prettiest around."
"You were listening."
"I didn't mean to. Abang minta maaf. I hurt you with my words."
"Excuse me?"
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...