Razlan pening kepala kerana hasratnya mahu membawa Dilla pulang ke kampung tidak berhasil. Dilla pandai melepaskan diri. Dia masih tidak percaya dia dikalahkan oleh Dilla. Dia pulang ke pejabat bersama pembantu-pembantunya.
Dilla sampai di stesen komuter dan terus mengambil komuter ke KL sentral. Dia pergi ke kaunter air asia untuk tiket balik ke Pulau Pinang. Hatinya tidak sedap bila mendengar ibunya jatuh sakit. Dia terus check in di situ. Dia bertuah kerana mendapat tiket terakhir untuk flight jam 4.30 petang.
Setibanya di Pulau Pinang dia mengambil teksi ke Sungai Petani. Tepat jam 8 malam dia tiba di perkarangan rumah. Tercegat di hadapan pintu pagar. Dia menjangka ribut taufan yang akan melanda kerana sudah tentu ayahnya akan memberinya banyak 'nasihat'. Banyak kereta di hadapan rumah. Perlahan-lahan dia menghampiri rumah itu.
Dia memberi salam. Abang ketiganya Hafiz menyambutnya di pintu. Hafiz memeluknya.
"Dilla! Dilla dah balik. Mak Dilla dah balik," jerit Hafiz gembira. Dia menarik Dilla ke dalam.
"Mak,mak Dilla dah balik," soraknya kegembiraan. Dr Helmi dan Puan Wahida turut keluar ke ruang tamu mendengarkan kekecohan Hafiz. Dilla terkejut melihat ibunya dipapah oleh Dr Helmi.
"Mak, mak sakit ke?" katanya terkejut. Encik Said yang baru sahaja selesai solat bergegas ke ruang tamu dan melihat Dilla di situ. Dia berjalan dengan laju ke arah Dilla dan terus menampar Dilla hingga Dilla terjatuh.
"Ayah!" Mereka semua menjerit.
"Kamu melampau Dilla. Sanggup kamu buat begini kepada mak dan ayah?" katanya marah. Menggigil tubuh badannya kerana terlalu marahkan Dilla. Dilla yang terkejut hampir mengeluarkan airmata. Dia berdiri dengan dibantu oleh Hafiz.
"Dilla pergi dulu mak. Dilla balik selepas Razlan bagitahu mak sakit. Dilla ok je mak. Dilla minta maaf ya,"katanya tanpa mempedulikan ayahnya dan bersalam dengan Puan Wahida yang terlalu terkejut hendak menyatakan apa-apa. Dia memeluk ibunya ketat-ketat dan berbisik yang dia selamat, sihat dan meminta izin untuk keluar berdikari. Lama Puan Wahida memeluknya. Dia melepaskan juga Dilla akhirnya. Dilla bersalaman dengan Hafiz dan Dr Helmi. Dia tidak sanggup untuk menatap wajah ayahnya. "Dilla minta halalkan makan minum Dilla sedari Dilla dilahirkan ayah. Ampunkan Dilla," dalam kepayahan dia menahan airmata kerana kedegilannya dia dapat mengatasi segalanya. Dilla berpaling dari keluarganya di ruang tamu dan mengatur langkah keluar.
Puan Wahida mengejarnya keluar. "Dilla, Dilla nak pergi mana ni? Ini rumah Dilla," pujuk ibunya. Dilla memandang wajah ibunya. Encik Said, memandang tangan kanannya yang telah menampar Dilla. 'Apa yang aku telah buat ni?'desis hatinya. Hafiz dan Dr. Helmi masih terkejut dengan tindakan bapa mereka.
"Ayah, memang nak suruh Dilla tak balik langsung ke?" tanya Hafiz kesal. Dr Helmi memegang bahu Hafiz supaya tidak berkata apa-apa lagi. Hafiz menepis tangan Dr. Helmi.
"Biar Hafiz bawa Dilla ke Sabah duduk dengan Hafiz jika ayah benci Dilla sebab tidak menerima pilihan ayah," kata Hafiz lagi.
"Cukup Hafiz!" tegur Dr Helmi. Hafiz berlari meninggalkan mereka dan menuju ke arah ibunya di perkarangan rumah.
"Dilla tak salahkan ayah. Memang susah dapat anak degil macam Dilla. Memang patutpun ayah tangankan Dilla tadi," hatinya merintih mendengarkan dirinya berkata tentang apa yang telah berlaku tadi. "Mak, relakan Dilla pergi." Puan Wahida terasa lemah melihatkan keluarga itu menjadi begitu. Kehadiran Hafiz tepat masanya kerana dia dapat berpaut kepadanya.
"Dilla, kalau Dilla tak mau duduk dengan auntie Jamilah, mak akan ikut. Nak putuskan pertunangan dengan Razlan pun mak ikut," pujuk Puan Wahida teresak-esak.
"Dilla, jangan ke mana-mana. Kalau Dilla tak mau tidur di sini, jomlah abang cari hotel mana-mana," cadang Hafiz. Dilla menggelengkan kepalanya. Jika Encik Said tidak menamparnya mungkin dia akan merayu kemaafan dari mereka semua.
![](https://img.wattpad.com/cover/85023748-288-k306705.jpg)
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...