40

1K 37 1
                                    

Seminggu berlalu dan semua warga kerja Cybernetics ternanti-nanti Majlis Makan Malam Tahunan.

Dilla dan seluruh jabatannya bersungguh-sungguh berlatih untuk persembahan. Kelibat Razlan tidak kelihatan selama seminggu itu.

Walaupun Dilla merasa hidupnya aman seminggu itu tapi dia masih merasa ada memerhatikannya dari jauh.

Hari itu waktu bekerja dipendekkan untuk memberi ruang kepada 550 warga kerja pelbagai lapisan untuk bersiap-sedia.

"Dilla kau pergi dengan aku tau!" Ming mengingatkan Dilla.

"Aku demam malam ni tak boleh pergi,"kata Dilla bergurau.

"Kau star malam ni ya dengan Prema. You are not allowed to be absent!"

"You are the main dancer jugak,ok?" Dilla mengingatkan. Mereka ketawa. Mereka pun pulang bersama.

David menunggu Razlan di lapangan terbang. Kapal terbang tiba seperti dijadualkan. Razlan keluar dengan hanya satu beg dan berkacamata hitam.

"Tuan! Long time no see," gurau David.

"Apa khabar?"tanya Razlan.

"Semua ok,tuan. Your attire for tonight sudahpun berada di hotel."

"My date?"

"She will see you at the hotel."

"Great," kata Razlan terus masuk ke keretanya. David menunggu bilakah Razlan akan bertanyakan tentang Dilla tetapi Razlan hanya mendiamkan dirinya. Telefon bimbit Razlan berbunyi.

"Waalaikumsalam mama-
Ya baru je touched down-
David dah prepare semua-
My date? She will meet me there-
Ok ma, kita jumpa di sana."

Razlan meletakkan telefonnya.

"Tuan. PA Cik Neelofa beritahu dia akan lewat sedikit sebab ada press conference,"beritahu David.

"Ok," jawab Razlan acuh tak acuh. Kalau bukan kerana mahu Dilla melihat yang Razlan Shaari masih terhangat di pasaran mungkin dia akan hadir hanya dengan ibubapanya.

Dilla sudah menjadi sangat jelita selepas disolek oleh jurusolek profesional yang juga jirannya.

"Wow,ambik ang sekali bersiap kalah selebriti!"puji   Kak Love celebrity makeup artist.

Yuni masuk ke bilik dan bertempik.

"Ya Allah segaknya dia!"

"Ada-adalah akak-akak ni!"balas Dilla. Dia yang cantik bersalwar kameez hijau kilauan emas dan selendang panjang yang tepat bersesuaian memukau sesiapa memandang.

Jam menunjukkan tepat 8 malam dan Ming sudahpun menantinya di bawah.

"Terima kasih ya kak Love kak Yuni. Dilla mesti bertolak sekarang. Takut lambat,"kata Dilla.

"Balik tepat 12 malam tau takut bertukar lak baju tu jadi baju tidur,"balas Kak Love melawak. Mereka semua ketawa.

Dilla turun dan bertemu dengan Ming di lobi. Ming terpegun dengan Dilla yang sangat cantik di matanya.

"Wow you look like Katrina Kaif."

"Banyaklah Katrina Kaif, kau!" balas Dilla menjeling.

"You are and look pretty tonight," puji Ming sekali lagi.

"You look dashing yourself, Mr Chen Ming," kata Dilla tersenyum.

"Dah makan?" tanya Ming seraya berjalan ke keretanya.

"Tak lalu nak makan. Aku nervous macam nak pengsan ni!" akui Dilla.

"Well, kalau kau pengsan, aku akan cepat menadah kau jatuh, percayalah," balas Ming tersenyum kacak. "Macamana kau tau aku nak pakai hijau jugak?"

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now