"Dilla Riana tu menghiburkan. Bertuah siapa yang menjadi pasangannya mesti tak kering gusi sebab asyik gelak," bisik David masih memerhatikan mereka di kaunter. Razlan terus menyaksikan drama sebabak di hadapannya. Dia jalan perlahan-lahan ke arah mereka.
"We accept British currency, madam," bicara gadis penyambut tetamu itu.
"Kata pergi ke Kuching," tegur Razlan di tepi telinga Dilla.
"Mak oii!" terjerit Dilla terlompat. Razlan ketawa besar melihat Dilla begitu. Dilla mengurut dadanya. "Tak senonoh tau. Nasib baik tak sakit jantung. Hiii!" jerit Dilla kegeraman.
"Perasan beranak kat London eh?" sindir Razlan. Dilla menjeling tajam kepada Razlan.
"Suka ah nak buat apa pun. Ada saya minta duit awak ke?" balas Dilla. Ara hanya memerhatikan mereka berdua.
"Ni, siapa?" tanya Ara kepada Dilla.
"Oh, kenalkan ini Encik Razlan CEO Cybernetics, Encik Razlan ini kawan baik saya Zaharah tapi nama glamnya Ara."
"Apa khabar," Ara memulakan bicara. "Razlan? Macam pernah dengar nama you tapi di mana ya?" tanya Ara berfikir. Dilla mengangkat kedua keningnya kepada Ara. Ara memandang Razlan dan Dilla. "Razlan tunang kau tu?" tanya Ara kepada Dilla.
"Bekas tunang," Dilla membetulkan terma itu. Perkataan bekas itu menyakitkan hati lelakinya namun dia cuba berlagak biasa. Razlan memerhatikan Dilla dan Ara banyak bezanya dari segi pakaian dan personaliti.
"Wow, bekas tunang kau hot!"kata Ara sambil ketawa berdekit-dekit. Dilla menggelengkan kepalanya dah keluar dah perangai menggedik si Ara. Razlan ketawa dipuji begitu.
"Kau nak kau ambiklah," pantas Dilla berbahasa.
"Tak menyesal ni?"tanya Ara bersungguh-sungguh.
"Aku akan menanti kad jemputan walimatul urus korang ok?" perli Dilla sambil menjeling Razlan dan tersenyum dibuat-buat..
"Err, madam, cik, miss," tegur penyambut tetamu yang sedari tadi menanti. "Er bilik...?"
"Kami ambil. Terima kasih. Sorry kami melawak je tadi." jawab Dilla meminta maaf.
"Tak apa, memang saya ingat cik dari London tadi. Slang semulajadi," ucap penyambut tetamu itu tadi, "Deposit, cik nak bayar berapa?"
"Saya letak 100 pound dulu boleh?"
"Boleh tak ada masalah. Nah ini biliknya dan kad breakfast dan buffet dinner malam ni" kata penyambut tetamu itu tadi menghulurkan kad kunci dan kad sarapan.
"Terima kasih," jawab Dilla. "Ok, bilik dah dapat. it is 6.30 and I am exhausted!" bicaranya sendiri.
"Kalau macam tu kita dinner bersamalah," ajak Razlan cuba memancing perhatian,
"Wow, idea yang baik! Ok! Kat mana nak jumpa?" pelawa Ara cepat, pantas dan tuntas. Belum sempat Dilla berkata-kata dia sudah bersetuju untuk berjumpa.
"8 pm. Saya tunggu di depan ini," kata Razlan tersenyum. Memang feminin habis kawan baik Dilla ini. Sebetulnya semua perempuan yang pernah keluar dengannya seperti Ara. Ceria, lembut, ketawa besar pun nampak macam angel je. Dilla hanya mendiamkan dirinya. "I will see you later," kata Razlan meminta diri. Dilla pergi begitu sahaja tanpa menoleh. 'Elok sangatlah korang berdua ni. Sama padan. Sorang sewel sorang lagi tak senonoh,' bicara hati Dilla. Ara memanggil-manggil Dilla dari belakang tapi Dilla tetap melangkah.
"David," panggil Razlan.
"Yes, sir."
"Tolong tempah bilik sama aras dengan bilik mereka. I m going to stay here tonight," beritahu Razlan. David terpaku kerana belum pernah Razlan berbuat apa-apa tanpa perancangan. "I will go the boutique to find something to wear tonight," katanya lagi.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...