Dilla sampai di apartmentnya tepat jam 9.30. Chen Ming sudah siap menantinya di lobi. Dilla tersenyum melihat Chen Ming yang segak bert-shirt putih dan berjeans biru sedang membaca sesuatu di telefon bimbitnya. Perlahan-lahan dia menghampiri Chen Ming. Dia menyergah Ming dari belakang. Terpelanting telefon di tangan Ming.
"Kau ni!"jerit Chen Ming. Tetapi Dilla masih terus ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Ming.
Kereta Razlan sudah pun membelok ke ruang parkir di apartment itu. David telah berjaya memandu kereta itu sepantas mungkin. Razlan terus keluar dan bergegas ke blok Dilla.
"Nakal ya! Telefon baru ni,"kata Ming bangun dan pergi mengutip telefonnya yang terpelanting.
"Takpe kalau rosak beli baru. Kau kan kaya,"usik Dilla masih ada saki-baki ketawanya. Ceria wajah Dilla ketika itu. Chen Ming kini berdiri di hadapan Dilla.
"I am glad you're back. I've missed you,"akui Ming sejujurnya.
"Baru almost 48 hours. Dah rindu?"balas Dilla mesra. Razlan yang berlari ke lobi terhenti langkahnya melihat Dilla sedang berbual dengan Chen Ming.
"Rindu bila berjauhan, lagi rindu bila bertentang mata," lunak sahaja suara itu kedengaran.
"Ee...kau tengok ni goose bumps.," Dilla menunjukkan tegak bulu romanya mendengar pengakuan Ming itu. Namun pengakuan itu sedikit sebanyak mengubat rawan di hatinya.
"Aku serius. Seharian aku risau. Aku mesej kau tak jawab. Aku call pun kau tak angkat," ucap Ming lembut. Dilla memuncungkan mulutnya.
"Tulah kau...hari tu aku bagi hati aku...kau kata aku ni muda lagi...kan?"kata Dilla mengusik.
"Berikan aku-" belum sempat Chen Ming meneruskan kata-katanya, dia di sampuk oleh Razlan.
"Dilla!" Razlan memanggil. Dilla tiba-tiba terkaku di situ. Dia hanya melihat wajah Ming di hadapannya. Ming hanya memandang ke arah Razlan. Dia menunduk sedikit tanda hormat. Razlan melangkah menuju kepada mereka berdua.
"Tuan," ucap Chen Ming bersalaman. "Tuan buat apa di sini?" Tanya Ming mesra.
"I live here,"jawab Razlan yang masih memandang Dilla yang tidak langsung berpaling.
"Wow! Blok apa?"
"Blok ni, tingkat 15."
"Oh the penthouse!" Jawab Ming. Dilla masih tidak mempedulikan Razlan di situ.
"Can I talk to Dilla in private?" Tanya Razlan berterus-terang. Ming teragak -agak. Dilla menarik baelang baju Ming menghalang dia dari pergi dari situ. Chen Ming melihat perbuatan Dilla itu dan memahaminya.
"Hari ni saya cuti lagi boss. Esok saja kita cakap pasal kerja. Sekarang saya nak spend time dengan teman istimewa saya ni,"jawab Dilla dengan senyuman sinis. Ming agak terkejut dengan kata-kata Dilla itu hanya tergamam memandangnya.
"Jom Ming, hantar beg lepas ni kita pergi makan,"kata Dilla mesra menarik Ming pergi dari situ.'Lantaklah! Kau ingat kau siapa. Benci aku!' herdik Dilla dalam hati.
"Sayang, please,"suara Razlan lebih lembut dari tadi. Dilla ketawa.
"Apa awak panggil saya tadi? Sayang? Memang sayang...sayang sekali saya tak mahu bercakap dengan awak,"tegas Dilla bengang dia terus melangkah ke lif dan diikuti oleh Ming yang semakin keliru.
Razlan mengusap rambutnya. Fikirannya buntu. Hati Dilla sukar memaafkannya.
Dalam lif Ming hanya merenung Dilla.
"What?"tanya Dilla setelah sekian lama Ming merenungnya.
"Sayang?"
"Bekas tunang. Dijodohkan oleh keluarga tetapi dah dua hari keluarga jugalah yang memutuskan kami."
"Habis selama ini? Kau tunang Razlan?" Tanya Ming untuk kepastian. Dilla mengangguk.
"Don't get any wrong idea. We hate each other."
"Tapi rasanya..."
"Dah stop! Aku tak mahu bincang lagi benda ni ok?" Tegas Dilla. Ming hanya menganggukkan kepalanya. Dia menghormati kemahuan Dilla walaupun banyak lagi yang mahu dia tanyakan.
Chen Ming menunggu Dilla di luar rumahnya seberapa ketika. Dia masih memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Dilla keluar dengan persalinan yg lebih ringkas.
"Wah, dengan selipar jepun pun cantik,"tegur Ming.
"Kalau kau nak tau penampar jepun pun epik. Kau nak rasa?"gurau Dilla. Ming ketawa.
"Sampai hati nak tampar muka aku. Apa salah aku?" Tanya Ming lagi.
"Terlalu handsome rasa nak tampar je."
"Amboi! Then marry me?" Tanya Ming spontan. Dilla tergamam. Selepas beberapa saat Dilla ketawa. "I am serious! Selepas tak dapat hubungi kau i thought about it a lot." Ketawa Dilla terhenti.
"No matter how much I like the idea of us together, masa kita dah berlalu."
"What do you mean?"
"If you really liked me, we had been a real couple by now,"kata Dilla tenang.
"People change," Ming menyangkal.
"People rarely change they only adapt," Dilla memandang ke dalam mata Ming. Keikhlasan itu ada namun bukan Ming yang dia cari sekarang. Ming terdiam.
"I like you."
"And me,you. But I adore you as a friend whom I do not wanna lose."
Ming memegang bahu kanan Dilla. Tidak semena-mena satu tumbukan hinggap di pipinya.
"Ming!"
"Don't ever touch her!"
"Razlan!"pekik Dilla. Dia terus mendapatkan Chen Ming yang terjatuh. Ada darah di tepi bibirnya. "Ming..." Dilla cuba membantu Ming bangun. Razlan menyentap tangan Dilla.
"Jangan buat perkara sumbang di sini!"
"What?!!" Balas Dilla.
"Masuk sekarang or he will lose his job," kata Razlan mengancam.
Ming bangun dan mahu sahaja membalas apa yang diberi oleh Razlan. Tapi pandangan Dilla tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian.
"Ming I will see you," kata Dilla seraya menjeling kepada Razlan. baru sahaja Dilla mahu berpaling dari situ Ming menahannya.
"No. I may lose my job but I will take her out now,"kata Ming berdiri gagah.
"Ming," kata Dilla lembut.
"Jom!" Ajak Ming dan Dilla mengikut sahaja.
"Dilla!"panggil Razlan.
"Please be professional,"sindir Dilla. "This is our private lives."
"Jangan cabar saya Chen Ming,"tegas Razlan berkata.
"Maafkan saya tuan. Hari ini hari cuti. Jika tuan nak pecat saya kita lakukan sahaja pada hari esok. Terima kasih," Chen Ming mengajak Dilla berlalu dari situ.
Razlan menahan Dilla dari pergi.
"We need to talk," katanya berbisik.
"Tiada apa yang perlu diperkatakan," balas Dilla menyentap lengannya dari genggaman Razlan. Dengan pantas mereka berdua berlalu dari situ.
Razlan tersandar di dinding. Dia merasa dia telah kalah dalam percaturan ini. Lama dia termenung. Lamunannya terhenti dengan panggilan telefon dari David mengingatkannya tentang temujanji hari itu. Dengan langkah yang tidak bersemangat dia turun dari tingkat itu.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...