Ming dan Dilla berlari-lari anak ke dewan makan malam dan terus ke belakang stage. Danial sudah pun berada di sana bagi memastikan semua berjalan dengan lancar. Termengah-mengah Dilla dan Ming berlarian bersama.
"Bagus, you guys have started the warm up,"usik Danial. Semua yang berada di situ terketawa kecil. Semuanya sedang gemuruh menanti giliran persembahan. "Good luck semua. Saya akan berada di bawah tepuk kuat-kuat untuk anda. Salah step ke lupa ke...jangan risau. Just do your best," nasihat terakhir Danial sebelum berlalu dari situ. Mereka semua mengambil tempat di belakang langsir dan menanti pengumuman persembahan.
Ikmal menyeludup masuk ke dewan kerana mahu melihat persembahan Dilla. Dia terlalu cantik malam itu untuk tidak menonton persembahannya. Razlan duduk di meja vip masih mendiamkan diri. Berserabut kepalanya malam itu. Siapalah Dilla itu jika mahu dibandingkan dengan wanita muda anggun bersebelahannya malam itu. Pengumuman telah pun dibuat, lampu berbagai warna melimpah ke atas pentas. Tirai dibuka, semua cantik berdiri menanti muzik dimainkan.
"Itu Dilla ke?" bisik Puan Jamilah kepada suaminya. Suaminya mengangkat bahu. "Dia bertanya pula kepada Neelofa di sebelahnya. Wanita itu mengangguk tersenyum dan galak bertepuk tangan.
"Go go Dill! You can do this!" ucap Neelofa sambil tersenyum gembira. Razlan seperti dipaku di kerusinya. Dia hanya dapat melihat gadis tinggi lampai memakai lenga hijau zamrud berkilat, lembut beralun mengikut muzik. Sesekali Chen Ming merapati gadis itu dan setiap kali itulah hatinya bagai direntap. Persembahan selama 10 minit itu berlangsung dengan gilang-gemilang. Tamat persembahan mereka tepukan gemuruh kedengaran di serata dewan.
"Kita ada kerusi kosong di meja ni, apa kata kita jemput Dill makan bersama?"cadang Neelofa yang tersenyum girang.
"Tak ada masalah! Dilla dan keluarga kami bukan orang lain," balas Encik Adham sambil menjeling kepada Razlan. Ketat rahang Razlan menerima usikan seperti itu.
"Ya ke, uncle?" tanya Neelofa kehairanan.
"Tanya Razlan kalau tak percaya," usik Encik Adham.
"You, betul ke?"tanya Neelofa masih berbunyi cerita. Razlan mengangguk dan memandang ke arah lain. Ikmal yang menyeludup masuk ke dewan merasa kagum melihat persembahan Dilla tadi. Hatinya merasa sakit, sedih dan gembira pada satu masa. Dia mengerti Dilla tidak akan dapat menjadi miliknya. Dia keluar sebentar sebelum habis persembahan untuk membeli sejambangan ros merah jambu dan kuning sebagai hadiah.
Neelofa berbisik kepada PA nya untuk memanggil Dilla ke meja itu. Dilla dan rakan-rakan sejabatan pergi ke belakang pentas kegembiraan. Seluruh usaha mereka untuk persembahan itu membuahkan hasil yang terbaik. PA Neelofa muncul dan menyatakan permintaan meja VIP itu. Dilla serba-salah dengan permintaan itu. Dia memandang Chen Ming seperti meminta pertolongan. Chen Ming tersenyum.
"Kau pergilah, I will see you around," pujuk Ming.
"Aku..."
"Enjoy this night. Minggu depan kau bukan intern di sini lagi," lembut nada suara Ming.
"Aku tak taulah."
"You go ahead. I will be near ok?"
Dalam keterpaksaan Dilla mengikut PA tadi ke meja VIP itu.
"Assalamualaikum," tegur Dilla kepada semua berada di meja itu. Razlan agak terkejut kerana Dilla bersetuju untuk berada di meja itu.
"Waalaikumsalam, Dilla,"jawab Puan Jamilah dan Encik Adham. Dilla bersalaman dengan kedua orang tua itu. Neelofa memeluknya erat.
"Dill you were magnificent tadi," puji Neelofa. Dilla hanya ketawa.
"Thank you."Dilla mengambil tempat di sebelah Neelofa. Hatinya gemuruh kerana melihat Razlan yang tidak berkata apa-apa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mengapa Aku?
Romanzi rosa / ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...
