Dada Dilla Riana merasa seperti dipintal-pintal. Airmata yang mengalir bukanlah airmata kesedihan tetapi airmata terkilan, kemarahan yang tidak dapat dizahirkan. Setelah segalanya diluahkan dengan airmata, dia kembali tenang.
Danial yang berdiri memerhatikan dia menangis duduk di sisi. "You ok tak Dilla?" Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan kelabu kepadanya. Dilla hanya memandang sahaja saputangan itu. "Kenapa? I tak pakai lagi saputangan ni," kata Danial bersungguh-sungguh. Dilla hanya tersenyum dengan mata yang bengkak.
"Only a gentleman brings a handkerchief. Di zaman ada tisu ni," kata Dilla cuba berbunyi ceria. Dia mengambil saputangan yang berbau harum ini dan mengesat saki baki airmata di pipi. Danial tersenyum.
"You tak patut dengar apa yang dikatakan tadi. Belum pernah I nampak Razlan marah macam tu. I think he likes you." Dilla ketawa kerana kedengaran kelakar baginya.
"I think he is a male chauvinist pig,"laju sahaja ungkapan Dilla.
"That too." Danial ketawa. "Razlan ni jenis perfectionist, possessive kadang-kadang tu. Apa saja miliknya dia akan sangat kedekut."
"Apa boss cakap ni?" kata Dilla. "Semua dalam hidup dia dianggap benda?"
"Tak payahlah buang masa bercakap pasal lelaki perasan sempurna tu. He is everything tapi bila I susah selalunya dia yang akan tolong dulu," terang Danial. "Cuma hari ini, mungkin dia sentap sebab dari pagi I campur tangan dalam urusan dia." Dilla hanya memerhatikan pengurus di hadapannya. 'Ah, rasanya kalau ada scoreboard dah banyak markah untuk Danial.'
"Saya nak ke restroom, nak hilangkan bengkak mata. Boss masuklah dulu. Dah lama dah kat luar ni," Dilla mencadangkan. Danial bangun dan bersetuju.
"Take your time. Rasanya Razlan dah lama tinggalkan hotel ni. Jadi, since dia yang belanja lunch let me belanja you all desserts. Ok tak?" tanya Danial.
"I like desserts."
"We all do! You suka cheese cake?"
"Sangat suka!"
"Bagus, hotel ni dapat nombor 1 tau dalam cheese cake. Cepat balik dari restroom. Nanti I suruh waiter tolong hangatkan makanan you dan I akan order cheese cake untuk semua."
"Tak payah susah-susah boss. I makan seadanya."
"Yes, I tunggu ya," kata Danial seraya melangkah pergi. Tinggallah Dilla di situ bersendirian. Dia langsung teringatkan mak dan ayahnya yang sudah pun berada dua minggu di London. Ada enam minggu lagi. Dia akan mengirim video itu dua tiga hari sebelum mereka pulang ke Malaysia.
"Boss, nampak Riana tak?" tanya Chen Ming mula rasa bimbang.
"Riana? Oh Dilla? Tadi katanya nak ke restroom," jawab Danial sambil menggamit seorang pelayan. Dia memesan cheese cake untuk semua yang berada di meja itu.
"Boss, tak apa ke kita makan lebih masa ni?" tanya Adeline yang resah kerana banyak lagi yang perlu diselesaikan di pejabat.
"Siapa boss i ke u?" Tanya Danial bergurau. "Anggap sahaja retreat sebab kita dah lama tak makan bersama. So we are going to take a bit more time to enjoy our lunch."saran Danial yang mendapat tepukan gemuruh daripada staf-staf yang hadir.
Dilla merenung wajahnya yang nampak puffy dek menangis beria benar tadi. Dia melihat saputangan Danial. 'Dalam dunia yang kejam ini,orang macam boss lah yang menjadikan dunia ini lebih indah,'desis hatinya.
"Baiklah since aku adalah gemuk macam lembu aku Dilla Riana Said akan mengelak dari bertembung dengan lelaki itu," kata Dilla sambil mengangkat tangan berikrar kepada dirinya sendiri. "Aku juga percaya tidak lama lagi nak tak nak kau akan putuskan pertunangan ini." Ikrarnya lagi.
Dia pulang semula ke tempatnya. Chen Ming dan staf yang lain terkejut melihat matanya yang merah.
"You menangis?"tanya Ming serius. Dilla mengangguk.
"I nampak anak kucing kena langgar tadi masa I buat call,"bohong Dilla. Ming hanya merenung wajahnya mencari kebenaran.
"Pasal anak kucing kena langgar menangis macam ni?"tegur Lee. Dilla ketawa. Semua menggelengkan kepala mereka tanda susah untuk mempercayai ada yang menangis kerana seekor kucing.
Puan Wahida termenung sambil memegang cucunya yang berusia 3 bulan. Cucunya yang ini begitu persis Dilla Riana. Hatinya merasa sangat rindu kepada anak bongsunya itu.
"Mak...mak teringat kat siapa tu?"tegur Yaya menantunya. Puan Wahida tersenyum.
"Mak teringatkan Dilla lah. Entah ok ke tak ok. Mak bagi mesej 10 kali dijawabnya sekali."
"Adik sibuk kot mak. Dia kan intern kat company Uncle Adham,"pujuk Yaya. Puan Wahida tersenyum mendatar. "Biar Yaya tidurkan Ainul, mak. Makanan Yaya dah siapkan untuk makan tengahari. Auntie Jamilah dan Uncle Jamilah dah datang tu."
"Yaya tak makan sekali?"tanya Puan Wahida memberikan bayi itu kepada Yaya.
"Yaya makan duluan tadi sebab nak menyusukan Ainul."
"Ok. Yaya rehatlah ya. Nanti biar mak kemaskan makan tengahari ni."
"Eh-"
"Yaya, bibik kan ada membantu. Yaya jangan risau."
"Baik mak!"balas Yaya tersenyum.
Apa saja yang dilakukan oleh Razlan serba tidak kena sejak balik dari perjumpaan tadi. Dia banyak mendiamkan diri. Semua mesyuarat dan temujanji dibatalkan kerana mindanya tidak boleh fokus.
"David, please leave me alone," katanya sambil berteleku di mejanya. David hanya menurut sahaja arahan itu. Razlan mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk ditulis kepada Dilla.
"Saya minta maaf, saya tidak dapat mengawal emosi saya. Saya tarik balik semua yang saya katakan tengahari tadi."
Dia menekan butang send. Double blue tick. Tetapi tiada balasan.
"Saya minta maaf sekali lagi. Saya tak berniat nak mengucapkan kata-kata itu."
Double blue tick. Masih tiada balasan. Kepala Razlan berputar kerana dia rasa dia telah melukakan hati Dilla. Dia memarahi dirinya sendiri kerana apabila bercakap mengenai Dilla emosinya jadi tidak terkawal.
"I need to see you datang ke pejabat saya sekarang."
Double blue tick dan Dilla menaip mesejnya.
"Kalau sebab tadi, saya dah lupakan. Jika pasal kerja, saya telah diarahkan hanya perlu ikut arahan Encik Danial."
Razlan tidak tahu bagaimana untuk menyelesai kemelut ini.
"Baiklah, tak perlu datang berjumpa saya."
Razlan menghela nafasnya. Dia sendiri tidak faham mengapa Dilla Riana begitu mencabar kesabarannya. Dari perjumpaan pertama hinggalah beberapa minggu di syarikat ini.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...