Akhirnya tangga tingkat 15. Rooftop level. Badan Dilla seperti dipatah-patahkan. Kakinya lenguh kalau ada level 16 dia akan pengsan keletihan. Oleh kerana dia tidak berhenti untuk makan tengahari, kerjanya selesai jam 4.15 petang. Dia keluar dari tangga tingkat 15 dan menumbuk-numbuk bahunya dengan tangan.
"Ya Allah, macam ini perasaan tukang-tukang cuci seharian," katanya kepada diri sendiri. Dia sudah berada di luar entrance kecemasan tingkat 15 dan di dapat melihat keluasan bangunan di luar tingkap. Dia meletakkan batang mop dan baldi di dinding. Dilla menanggalkan earphone dan membuka pintu satu lagi yang membawanya ke rooftop. Angin yang bertiup menyegarkan. Dia berjalan perlahan ke railing dan melihat skyline Cyberjaya. Dia tersenyum sendirian. Telefonnya bergetar. Chen Ming menelefon.
"Where are you?"
"Tingkat 15."
"Ok, tunggu di situ." klik telefon dimatikan. Dia berdiri seketika di situ. 'What a day!' kata hatinya. 'Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya. Good job Dilla!' dia memuji diri sendiri.
"Riana!"
Dia berpaling. Dia tahu itu Chen Ming.
"Wah, bravo! You have completed your mission today," puji Chen Ming.
"Thank you!" kata Dilla sambil membongkok dan tunduk hormat seperti baru habis melakukan persembahan.
"Jom, makan! Eloklah kat sini. Kita boleh makan dengan aman," ajak Chen Ming mencari tempat teduh untuk duduk.
"Ming, macamana you tahu I lapar?"
"What kind of question is that? Dah, mari. I tapau nasi goreng ayam. Makcik kafe kat sini kalau masak sedap-sedap," terangnya sambil membuka bungkusan dan meletakkan sudu plastik.
"Nampak begitu menyelerakan!" kata Dilla dia mengambil dan menjamah nasi goreng itu sesudu. "Wow, daebak. Memang sedap!"
"Kan, I dah bagitahu," balas Chen Ming. Dia mengambil satu lagi sudu plastik dan berkongsi makanan dengan Dilla. "Lepas ni I hantar you balik ok?"
"I am so tired to even say NO. So I accept!" jawab Dilla ketawa.
"Ok,then! Jom sambung makan," balas Chen Ming tersenyum. Biarpun penat tapi ada seorang kawan yang menemani sudah cukup membuatkan rasa letih itu berkurangan. Itulah yang Dilla fikirkan apabila melihat Chen Ming senyum, ketawa dan bercerita.
Razlan yang baru sahaja pulang dari Damansara masuk ke pejabat. Dia membuka kot dan duduk di kerusi besar dan empuk melepaskan lelah. Dia meneliti cctv dan melihat perkembangan Dilla mengemop tangga. Tiada kelibat Dilla di mana- mana. Dia menelefon David untuk kepastian.
"Where is she?"
"Dia ada di rooftop bersama Chen Ming. Both of them tidak makan tengahari sebab mahu rehat setengah jam awal," jawab David yang masih berada di pejabat sekuritinya.
"How do you know?"
"Saya bertemu Chen Ming tengahari tadi dan dia memberitahu rancangannya."
"So, mereka ada di rooftop makan bersama?"tanya Razlan kehairanan.
"Would you like to go to level 15?"
"No, so long as she is in one piece. Aku takut dia mengadu kepada ibubapanya yang bersama dengan ibubapa aku, dan aku akan kena akibatnya," kata Razlan mendatar. Dia mengakhiri perbualan.
"Ramai tak yang selalu naik ke sini?" tanya Dilla setelah selesai menjamu selera.
"Kebanyakan yang naik untuk merokok," jawab Chen Ming ketawa.
"Kenapa?"
"I like this place. Cuba bayangkan kita buat garden di sini. Syok, kan ada tempat lepak?"
"Let's do that," kata Chen Ming. "Jom sudah pukul 5. Time balik." Dilla hanya menurut sahaja. Mereka turun menggunakan lif bersama baldi dan mop. David menunggu di tingkat 1 di hadapan lif.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...