Semua drama berlalu dan hidup Dilla Riana Said kembali tenang. Ayahnya sedang beransur pulih dan CEO Razlan Shaari juga sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa.
Dilla duduk di pangkin di tepi sawah di bawah pokok pelam memerhatikan kehijauan yang bakal dirinduinya. Dr Daus Helmi, Daus Haziq dan Daus Hafiz perlahan mendekatinya.
"Ai...jauh menung nampak?"tegur Doktor Helmi. Mereka duduk di pangkin itu bersama-sama. Dari tingkap ruang tamu Encik Said dan Puan Wahida memerhatikan anak-anak itu. Dah dewasa ini jarang dapat melihat keempat-empat mereka bersama.
"Betul ke apa yang kita buat ni bang?"tanya Puan Wahida duduk bersebelahan dengan suaminya.
"Anak-anak harus diikat seperti layang-layang. Tinggi terbang ke langit namun tahu hendak pulang bila talinya ditarik,"jawab Encik Said.
"Tapi Dilla tu satu-satunya anak perempuan kita. Saya risau dia merantau sebegitu."
"Kita tak pernah didik dia untuk melihat dunia dengan mata kita. Ida jangan risau, Dilla pernah cakap dengan abang dia ingin menimba pengalaman di tempat orang. Satu hari dia akan kembali."
"Saya pasti akan rindukan dia."
"Satu keluarga akan rindukan dia. Sebab itu Haziq sanggup ambil cuti semata-mata nak melihat Dilla pergi ke Jepun."
"Anak-anak kita semua sudah berjaya bang."
"Dengan izin Allah dan limpah kurniaNya kita berada di tahap ini, Ida."
Puan Wahida berdiam sahaja kerana dia juga merasa seperti Encik Said.
"Semua dah siap packing ke?"tanya Haziq.
"Dua beg besaq okeh? Mak siap letak ikan bilis,belacan dan kicap. Tu tak masuk lagi Maggi Asam Laksa sekotak."
"Kau betul sedia ba mauk ke Jepun begituk?"tanya Hafiz.
"Ei baghu nak masuk dua tahun sudah cakap Sabah ba.."usik Dilla. Hafiz menolak kepala Dilla. "Kau ini, cakap sudahlah. Mau ditolak kepala, nasib karate tak keluar," kata Dilla jengkel.
"Ang kalau dah sampai sana solat jangan tinggai. Bos ang ajak pi minum jangan minum hak yang hagham. Paham daaak?"kata Doktor Helmi mengusik.
"Salah satu sebab Dilla terima tawaran ini kerana Ara pun pi. Janganlah risau nanti satu Tokyo kita jadi Sungai Petani tau,"kata Dilla berseloroh.
"Dilla kalau ada mamat Jepun minat nak kawin dengan hang, carilah yang kaya dan cerdik ya?" Nasihat dari Haziq.
"Hiii...sabaq ja lah. Tadak ceghita lain ka dari kahwin kahwin?" Marah Dilla. Abang-abangnya ketawa.
"Dak kot Dilla ni setia. Setia kat CEO anak kawan mak tu," usik Doktor Helmi. Dilla tidak dapat menahan sabar dan terus mencubit abang sulungnya sekuat hati.
"Nah ambik nak sangat. Ei...abang long tu yang kena kawin. Hari tu Doktor Anita la Doktor Marissa sekarang kak Marlia lah. Jangan tunggu lama-lama," balas Dilla.
"Jom. Dah maghrib ni. Kita solat jemaah satu keluarga," ajak Haziq. Mereka berempat berjalan beriringan ke rumah.
Keesokan harinya keluarga Ara dan Dilla berkumpul di lapangan terbang Pulau Pinang. Suasana berbaur sedih dan gembira.
"Auntie Jamilah dan uncle Adham sampaikan salam dan mereka ada hadiahkan sesuatu. Depa suruh Dilla cek dalam akaun," kata Puan Wahida.
"Haih, macamana ni mak? Dilla-,"
"Mak tahu anak mak ni sensitif bab-bab pemberian duit ni tapi mak kenal dia lagi lama. Mereka ini sangat ikhlas orangnya. Dilla jangan risau ya?"nasihat Puan Wahida. Dilla terdiam mendengarkan penjelasan itu. 'Apa selama ini aku begitu prejudis terhadap mereka kerana mereka jutawan?'bicara hatinya.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...