17

795 41 1
                                    

Tugasan yang perlu dibuat untuk melayakkan diri membuat kerja-kerja membantu unit pemasaran

1. Mop tangga

2. Cuci toilet wanita

3. Membancuh teh atau kopi untuk semua ketua unit dan pengurus

4. Menyiram pokok-pokok pasuan.

5. Memfotostat bahan-bahan mengikut arahan yang ditetapkan

7. Mengemas bilik CEO

8. Mengesat dinding kaca di ground floor

9. Mengesat meja di kafe sebelum dan selepas waktu makan tengahari

10. Selagi CEO tidak balik, Dilla Riana tidak dibenarkan pulang.

Dia membaca tugasan itu berkali-kali. Bagus Razlan teruskan. You are making my plan even better hatinya berkata. Baik! Aku hanya perlu uruskan masa untuk membuat semua ini. Aku hanya perlu bersabar. Setiap kesabaran akan berakhir dengan kebahagiaan. Dan aku sanggup melakukan apapun itu kebahagiaan itu. Dilla Riana Said, kau adalah wanita besi! Ingat 'tu. Dia mencapai pen dan mengambil masa untuk merancang dan memastikan tiada apa pun tertinggal.

7.00 am Siram pokok (tak cakap tingkat berapa, ikut suka akulah nak siram manapun)

7.30 am Lap dinding kaca entrance (tak cakap pun kena lap semua kan?)

8.00 am Cuci tandas wanita (ground floor. Siapa suruh tak tulis semua tandas kan?)

8.30 am Mengemas bilik CEO (sebelum dia datang atau selepas dia balik. Tak ingin aku nak bertemu mata. UWEEEKKKKKKKS).

9.00 am Membancuh teh dan kopi untuk semua ketua unit dan pengurus. (No hal. Ada 20 orang Ketua Unit dan 9 orang pengurus)

10.00 am Mengesat semua meja dan kerusi di kafe.

11.00 a.m break (aku pun nak rehat kan?)

11.30 a.m Urusan Fotostat (tak cakap deparment mana so it is only natural if I help Marketing Department)

1.30 p.m Zohor  dan Mop tangga 

4.30 p.m Asar dan sambung mop tangga

6.00 p.m. Check if there is more photostating/ Kemas barang-barang mencuci

6.30 p.m. wait at my cubicle until that old bachelor balik. 

Dilla membaca aktiviti-aktiviti yang mesti dia lakukan. "Ok! This looks pretty neat. Ayuh kita mulakan." Jam menunjukkan jam 9 pagi, bermakna dia mesti membancuh teh atau kopi setiap ketua unit.

Pergerakan Dilla untuk setiap aktiviti mendapat perhatian pekerja-pekerja di syarikat itu. Setiap kali dia berlalu pasti ada yang berbisik. Dilla tahu tetapi dia mesti fokus kepada objektifnya.

"Tulah mesti bos marah sebab mengaku tunang bos hari tu, kan?" Bisik A kepada B.

"Perasan tul, badan macam belon ada hati nak jadi tunang bos kita yang segak dan bergaya itu," kata B.  Dilla tidak mempedulikan bisikan bisikan itu.

"Aku dengar , bos suruh dia buat kerja sebab tak sanggup tengok kegemukannya," kata C dengan kuat ketika dia berlari-larian memfotostat laporan yang sungguh banyak.

"Lepas ni kuruslah kan?" sambut D, berderai ketawa mereka. Merah telinga Dilla mendengar kata-kata kejian. Nasiblah tak nampak dilindung oleh selendang.

"Riana!"panggil Chen Ming apabila Dilla baru menyelesaikan urusan fotostat. "Baru lepas fotostat, kan?" tanya Chen Ming. Dia berada di pintu jabatan pemasaran.

"Mana tau?"tanya Dilla tersenyum.

"Muka you tu penuh dengan toner fotostat. Rosak ke?"kata Chen Ming sambil mengesat beberapa calitan toner di muka Dilla dengan tisu. Razlan yang membuat pusingan ke setiap jabatan ternampak perbuatan Chen Ming dan terhenti dari langkahnya. Dia hanya memerhatikan sahaja.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now