5

983 40 0
                                    

Datin Jamilah duduk di ruang tamu menunggu suaminya Datuk Adham pulang dari pejabat. Dia bermenung seketika melihat laman menghijau di hadapannya. Dia merasa sangat bertuah kerana dikurniakan segala kemewahan yang diimpikan. Dia mengucapkan syukur dalam hatinya dan berdoa Allah membuka hati anak sulungnya untuk menerima kehadiran Dilla sebagai bakal isterinya.

Razlan melihat jam tangannya menunjukkan sudah jam 6 petang. Ibu dan ayahnya mengharapkan dia boleh berada di rumah pada waktu malam. Terutama ayahnya yang mendidiknya untuk sentiasa berada di rumah dan jika tidak perlu bekerja hingga ke larut malam, ayahnya mahu dia berada di rumah atau menghabiskan masa untuk membuat aktiviti peribadi seperti ke gym atau bertemu kawan-kawan.

Fikirannya terlalu berserabut, jadi dia mengambil keputusan untuk ke gym. Mungkin dengan mengeluarkan peluh boleh menenangkannya dan dia berhajat untuk ke masjid berdekatan berjemaah. Sudah sekian lama dia terlalu sibuk untuk berjemaah. Dia tahu dia bukanlah berilmu agama sangat tapi masjid dan gym menenangkannya.

Dia mengemas barangnya dan keluar pergi ke keretanya. Hari ini dia mahu menenangkan hati dan perasaannya. 'Mengapa budak montel itu yang menjadi pilihan ibubapanya?' soalan itu bertalu-talu menjengah hatinya.

Razlan sampai di gym dan meneruskan niatnya untuk membuat latihan berat. Dia seperti duduk di dalam vakum hanya memikirkan yang dirinya sudah diikat dengan ikatan pertunangan. 'Apa yang aku perlu buat selepas ini? Mama terlalu berkeras dengan keputusannya. Ayah menyokong keputusan mama,' bisik hatinya. Lamunan dikejutkan dengan deringan telefon. Danial di hujung talian.

"Kau kat mana?"tanya Danial.

"Ada di gym ni, Kenapa?"

"I will join you then. Celebrity Fitness, kan?"

"Yep. I will see you here," kata Razlan mematikan telefon.

Danial sampai setengah jam kemudian. Dia terus menyalin pakaian dan mencari Razlan. Razlan sedang berlari di treadmill. Hari itu tidak ramai yang menggunakan gym. Dia mengambil tempat di sebelah Razlan.

"Ha, dah sampai?" tanya Razlan masih terus berlari.

"Ya. The traffic is horrendous! Kau ok ke? Mak aku kata mak kau nak jemput keluarga tunang kau hujung minggu depan ke rumah," tanya Danial. Razlan yang sedang berlari, berhenti serta-merta.

"Macamana kau tahu dulu dari aku? Mak aku tak cakap apa-apa pun?" katanya mengambil nafas. Dia mengesat peluh yang mengalir. Danial mengangkat bahunya.

"Kau yang tak bercakap dengan mak kau, mana kau nak tahu?"jawab Danial selamba. Razlan memberhentikan mesin dan terus berlalu. Danial terkejut melihat Razlan cepat berlalu. Dah tentu hendak mengadap permaisuri mamanya. "Hoi, esok kita breakfast sama tau!" Danial menjerit. Razlan hanya mengangkat sebelah tangan tanpa menoleh tanda dia bersetuju. Deras langkahnya ke bilik persalinan.

'Mama, mengapa mama suka buat keputusan yang Lan tak suka,'tanya hatinya. Cepat-cepat dia mandi dan menyalin pakaiannya. Dia mesti berbincang dengan mamanya malam itu.

Makan malam di rumah Datuk Adham dan Datin Jamilah meriah dengan anak-anak dan menantu. Razlan banyak memerhatikan sahaja keluarganya beramah-mesra. Datin Jamilah tahu ada perasaaan membungkam di hati putera rumah itu.

"Mama, bila kami dapat jumpa tunang Along?" tegur Rahimah membawa buah-buahan ke meja. Terdiam semuanya kerana menunggu jawapan Datin Jamilah.

"Wah, semua berminat nampak?" usik Datuk Adham ketawa.

"Semua berminat kecuali yang empunya badan, kan ayahnya?" Datin Jamilah bertanya balik kepada suaminya.

"Ya, mamanya. Rasanya begitulah," usik Datuk Adham lagi.

"Boleh tak jangan treat saya macam saya tak ada kat sini. Saya dah cukup dewasa," kata Razlan jengkel.

"Ok, mama minta maaf. Razlan Shaari nak suruh mama katakan apa lagi?"

Razlan hanya mendiamkan diri.

"Sudah mari kita makan dulu apa-apa hal," ajak Ruhila cuba mengawal ketegangan. Usai makan malam, mereka semua berkumpul ke ruang tamu. Rumah itu terlalu besar. Terasa seperti bergaung apabila bercakap. Tapi tuan rumah itu tidak pernah mendabik dada akan kemewahan mereka.

"Mama, mama tak jawab lagi pertanyaan Ema. Bila kami nak berkenalan dengan tunang Along?" tanya Rahimah. Puan Jamilah tersenyum. Razlan juga mahu tahu akan jawapan itu kerana mamanya tidak memberitahu apa-apa tentang rancangan ini.

"InsyaAllah, minggu depan mama dan ayah kan menjemput Dilla dan keluarganya ke sini. Mama dan ayah dah merancang supaya Dilla dapat membuat latihan industri di syarikat kita," terang Puan Jamilah panjang lebar.

"Internship?" sampuk Razlan.

"Yes, Mr. CEO," jawab ayahnya. "Dilla berjurusan pemasaran antarabangsa tahun akhir. Lagi tiga bulan dia terpaksa menjalani latihan praktikal."

"Jadi ayah bawa dia masuk ke syarikat kita?" tanya Razlan tidak percaya. 'Wah, bagus rancangan mama dan ayah. Semua telah difikirkan."

"Layak ke dia jadi intern kat syarikat kita tu?"tanya Ruhila pula. "Bukanlah Ila nak bantah. Takut Dilla rasa tak best pulak bekerja di syarikat kita."

"Sebab tu dia jadi intern, Ila. Kami tak beritahu dia lagi ni. Mama dan ayah baru berbincang sedikit banyak dengan mak dan ayah Dilla," balas Puan Jamilah menuangkan kopi di cawan porselin yang cantik.

"Macamanalah rupanya si Dilla sekarang ni, mama. Dari ayah cerita macam comel aje orangnya," tanya Rahimah.

"Tengok facebooklah, mummy," anak Rahimah yang sulung menyampuk sambil bermain kejar-kejar dengan adik kembarnya.

"Wah, pandai cucu atok," puji Datuk Adham lalu ketawa. "Masih lagi comel, Ema. Masa kecil comel dah besar lagi comel," sambung Datuk Adham lagi. "Ayah tak dapat nak lupa masa kecilnya mata dia bulat besar macam separuh muka besarnya mata tu."

"Hah, jumpa dah!" jerit Ruhila. "Dilla Riana kan?" tanya Ruhila kepada mamanya. Datin Jamilah hanya mengangguk. "Oh, walaupun bulat, kulitnya mulus!" puji Ruhila.

"Eh, ya ke? Entah-entah filter je kot. Mari sini akak nak tengok," pinta Rahimah.

"Eh, mana ada. Cuba tengok gambar yang orang tag dia. Ha, tengok ni?" balas Ruhila sambil menunjukkan sesuatu di telefon pintarnya.

"Hihi, kulit dia gebu kalau gabung kulit kita berdua La, rasanya dia ni gebu lagi," kata Rahimah yang masih menilik telefon Ruhila.

"Kan?" jawab Ruhila. "Tapi tulah, along bukan suka badan-badan besar ni. Habis tu macamana mama?"tanya Ruhila kepada Datin Jamilah. Datin Jamilah mengangkat bahu.

"Entahlah. Tapi kan kalau dah jodoh tak ke mana. Tak kiralah bakal suami atau isteri tu taste kita ke tak, betul tak bang?" jawab Datin Jamilah sambil diakui oleh suaminya. Razlan hanya memerhatikan kelakuan keluarganya ketika itu. 'Amboi mama dan ayah, bagus je satu pasukan ya,'katanya di dalam hati.

"Memalukan," kata Razlan sambil berlalu. Dia telah mendapat jawapan bilakah tunangnya akan menziarahi jadi tak perlu dia berada di situ. Semuanya terpempan dengan kata-kata Razlan.

"Tak sedar diri betul along tu, dia tu masa tingkatan 3 lagi besar dari tu tau," kata Ruhila mencebik. Rahimah hanya memerhatikan sahaja perangai abangnya.

"Takpe ke ma, ayah. Macam dah membenci sebelum mengenali si Dilla tu aje, Ema tengok," Rahimah memberikan pendapatnya. Puan Jamilah memandang ke arah suaminya.

"Nak risau apa, mama tetapkan dua tahun perkahwinan mereka. Masih banyak masa. Ema dan Ila tengok jelah nanti. InsyaAllah pilihan mama dan ayah tepat," kata Datin Jamilah tenang. Sememangnya tidak mudah perjalanan mencari jodoh untuk Razlan Shaari kali ini.

Dia tahu, ini kali kedua dia memperkenalkan bakal jodoh kepada Razlan. Yang pertama Ana Maisarah anak kepada Dato' Amin. Ia hanya bertahan dua minggu kerana, Ana Maisarah tidak tahan dengan mulut Razlan yang tajam. Dia berdoa agar Dilla Riana dapat sedikit sebanyak mengubah keegoaan anak lelaki tunggal keluarga itu. Dia dan suaminya tidak pernah mengajar anak-anak mereka terlalu berbangga kemewahan dunia.



Mengapa Aku?Where stories live. Discover now