Razlan sampai ke pejabat dalam kejutan. 'Did she really diss me back?' soalnya di dalam hati. 'Oh berani sungguh!' Dia menghempas fail di hadapannya 'We will see who breaks whom. Kau tunggu,'tegasnya lagi. Rasa terbuku di hatinya kerana belum ada mana-mana perempuan yang berani bertindak begitu dengannya. Teman-teman wanitanya terdahulu semuanya feminin, cakap pun perlahan dan manis sahaja. Tapi sayang, dia tidak tahu kenapa ibunya menolak bulat-bulat semua pilihan hatinya. Model, artis, anak raja, anak mat saleh semua ditolak mentah-mentah. Ibunya pernah cuba menjodohkan dengan Ain Maisarah tapi tidak kesampaian kerana di pertemuan pertama macam-macam syarat yang dikenakan. Syarat-syarat yang tidak munasabah pun ada seperti, Ain Maisarah mestilah tinggal dengan keluarga mertua dan menandatangani kontrak pra perkahwinan yang menyatakan jika Ain Maisarah adalah sebab perceraian, dia akan keluar dari rumah itu sehelai sepinggang. Temujanji yang paling memuaskan hatinya kerana berjaya menakutkan pilihan ibunya.
"Ham, aku minta maaf untuk pihak anak aku,"ucap Encik Said ketika mereka beriringan masuk ke rumah. "Dilla ni memang macam ni cepat sangat nak menjawab." Dilla hanya mendengar kata-kata ayahnya.
"Maafkan Dilla, auntie uncle,"sampuk Dilla. Dia merasa bersalah kerana tidak berjaya mengawal emosinya. "Dilla nak pinjam toilet boleh?"Dia perlu bersendirian ketika itu untuk menenangkan emosinya.
"Dilla jalan terus sampai dekat cermin besar tu belok kanan," balas Datin Jamilah. Tanpa berlengah dia jalan dengan cepat. Dari dimarah oleh ayahnya terang-terangan baik dia menyorok di mana-mana.
Mereka duduk di ruang tamu bersama.
"Patutpun Razlan kena macam tu," komen Datin Jamilah. "Abang Said dan Kak Ida jangan risau," katanya menenangkan.
"Betul tu. Nampaknya kami tak salah pilih,"kata Datuk Adham ketawa.
"Betul ni Milah? Tak kisah dengan...."kata Puan wahida terhenti kerana dipotong oleh Datin Jamilah.
"Sikit pun tak. Razlan tu kalau pilihan saya memang melampau,"kata Datin Jamilah. "Dah jangan risau ya. Nanti Kak Ida balik berbincang dengan Dilla pasal arrangements nak praktikal nanti ya?" Puan Jamilah mengingatkan.
Di dalam bilik air dia menampar kepalanya kerana terlalu cepat beremosi. Argh...sori ayah,mak...Dilla tak berniat hendak memalukan mak dan ayah. Dia mengherdik dirinya sendiri.
Bagaimana dia mahu berhadapan dengan ibubapa Razlan setelah perang mulut di antara Razlan dan dirinya. Bukan dia mahu berbuat demikian tetapi mulutnya ini seperti ada suis apabila dia hendak berkata-kata, semua kata-kata keluar seperti bertih jagung. Dilla merenung wajahnya di cermin bilik air yang serba mewah itu. Dia mengeluarkan keluhan panjang. Nak tak nak, dia mesti menerima habuannya. 'Kenapalah hidup aku ni rumit sangat?' dia bertanya kepada dirinya sendiri.
Tepat jam 3 petang mereka berangkat pulang ke Sungai Petani. Perjalanan mereka ternyata ternyata tiada halangan. Trafik sangat bagus hari itu. Senyap sahaja En Said sepanjang perjalanan. Dilla tahu bapanya sedang marah dengannya.
"Ayah, ayah masih marahkan Dilla ke?" tanya Dilla apabila kereta membelok ke rumah mereka.
"Ayah tak marah. Ayah malu. Ayah macam tak reti mengajar anak tentang budi bahasa," kata ayahnya perlahan. 'Marahlah Dilla ayah, jangan cakap macam ni,' kata hati Dilla sesal dengan perbuatannya yang mengguris hati ayahnya. Dia lebih suka ayahnya memekik memarahinya kerana dia boleh berhadapan dengan kemarahan tetapi dengan perasaan bersalah dia kalah.
"Milah pun cakap Razlan melampaui batas tadi tak boleh nak salahkan Dilla sahaja," kata Puan Wahida yang tidak tahan melihat wajah satu-satunya puteri begitu sedih.
"Ayah tahu, memang Razlan tajam kata-katanya. Cik Ida, bukan siapa yang memulakan tapi siapa yang mengakhirkan. Dilla menang tadi, Dilla dapat apa?" tambah Encik Said.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...