3

1.1K 53 0
                                    

Seperti yang dijanjikan mereka bertiga bersama-sama pulang ke kampung halaman Dilla di Sungai Petani. Bapa Dilla , Said bin Zain, seorang pesara polis berasal dari Melaka tetapi mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi Kedah ini. Ibu Dilla, Puan Wahida seorang pesara cikgu kemas berasal dari Taiping, Perak.

Dilla adalah anak bongsu dari empat beradik. Tiga abang-abangnya, semua bekerja. Abang sulung Daus Helmi, 28, seorang doktor di Hospital Besar Sg Petani, abang kedua Daus Haziq,26,seorang pegawai pentadbir diplomatik yang bertugas di United Kingdom dan abang ketiga  Daus Hafiz, 25 sekarang berada di Sabah bertugas sebagai jurutera di sana. 

Ibu dan ayah Dilla sudah menjangkakan yang anak bongsu mereka ini akan balik dan berdepan dengan mereka mengenai pertunangan yang sudah terjalin. Dilla biarpun satu-satunya anak perempuan bongsu, kedegilannya mengatasi abang-abangnya. Setelah lima jam menempuh perjalanan, mereka sampai di kampung.  Rumah besar di tengah sawah tersergam menyambut kehadiran mereka.

"Wah, cantiknya rumah kau, Dilla," puji Ikmal membelok masuk ke halaman rumah.

"Biasa je," jawab Dilla yang duduk di belakang. Ara yang teruja kerana rumahnya hanya di belakang rumah Dilla.

"Itu rumah aku!" jerit Ara. 

"Rumah kau tu, Ara? Besar-besar rumah kat sini,ya," kata Ikmal.

"Sat, kau balik ikut aku ni, bukan nak teman aku kan? Kau nak tumpang balik tengok mak kau?" tegur Dilla.  Ara berpaling ke belakang dan tersenyum.

"Sambil menyelam minum ayaq! Paham," balas Ara sambil tersenyum manis membuat jari peace di pipinya.

Ibu dan ayah Dilla keluar ke serambi melihat kereta Preve Putih di halaman.  "Ara pun balik," kata Puan Wahida kepada suaminya. Encik Said berjalan ke kereta putih itu.  Ara keluar dengan gembira dan bersalaman dengan ibu dan ayah Dilla. Dilla dan Ikmal juga berbuat begitu.

"Anak ni siapa?"

"Inilah teman istimewa Dilla," selamba sahaja Ara memperkenalkan Ikmal. 

"Assalamualaikum pakcik. Saya Ikmal Hisham Ismail. Saya satu course dengan Dilla," katanya tersenyum. Encik Said hanya menjeling kepada anaknya.  Minggu ini akan timbul perang kalau tak kena gaya.

"Waalaikumsalam," jawab Puan Wahida. "Makcik mak Dilla."

"Apa khabar makcik? Saya Ikmal Hisham Ismail."

"Boyfriend Dilla," kata Dilla tersenyum manis. 

"Jemputlah masuk, Ikmal. Kita makan tengahari sekali," kata Encik Said.

"Ara....Ara balik dulu ya, makcik, rindulah kat mak,"balas Ara atau nama sebenarnya Zaharah.

"Betul ke ni, Ara?" tanya Dilla dengan pandangan yang penuh bermakna.  Dia perlu kumpulkan semua sokongan yang ada untuk drama menjadi lebih menarik.

"Awat tak betoinya? Betoi, ah..." jawab Ara ketawa. Dia membuka kereta dan mengambil beg pakaiannya.  Dia berlalu pergi dengan gembiranya.

"Jom masuklah, panas ni," tegur Encik Said. Mereka masuk ke rumah sebuah yang cantik berhias ala Inggeris.

"Wah, cantiknya dalam rumah ni," puji Ikmal.

"Kau jangan puji lebih-lebih boleh?" bisiknya sambil mencubit lengan Ikmal. Ikmal mengaduh kesakitan.

"Sakit tau tak?" kata Ikmal berbisik, bersinar-sinar matanya menahan marah.

"Kau tu!!" balas Dilla kebengangan.

"Dilla! Pi letak beg ceq kat bilik!"tegur bapanya. "Ikmal, ok?" tanyanya lagi. Ikmal mengangguk-angguk. Dilla menjeling kepada Ikmal dan terus ke biliknya.

Mengapa Aku?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang