37

837 39 0
                                    

Pagi lagi Dilla telah bersiap ke pejabat. Tinggal betul-betul 2 minggu untuk dia habis praktikal di syarikat itu.

Dila meneliti kebaya meyaluti tubuhnya yang semakin mengecil.  'Wow, praktikal 3 bulan dah dekat 10 kg hilang semua pasal kau bujang terlajak!" Katanya perlahan di depan cermin panjang.

Sudah nampak wajah yang semakin runcing dan tubuh yang semakin melangsing.

Sudah lama dia ingin memakai kebaya itu, cuma sekarang baru muat dengan selesa.

"Dilla!" Panggil Yuni dari luar bilik.

"Ya,kak," jawab Dilla mengambil tas tangan dan membuka pintu bilik.

"Jom! Akak buat penkek,"ajak Yuni mesra. Dilla tersenyum bahagia kerana itu salah satu makanan kegemarannya.

"Alhamdulillah,sarapan yang sedap,"puji Dilla melihat hidangan di meja.

"Duduklah," jemput Yuni sambil meletakkan penkek di pinggan Dilla. "Tinggal berapa minggu lagi internship Dilla?"

"Lagi dua minggu,"jawab Dilla ralit menyuap makanan.

"Lepas tu?"

"Dilla nak terbang ke Jepun. Dilla dapat jadi trainee kat sana,"jawab Dilla terus-terang.

"Jauhnya. Parents Dilla ok ke?"tanya Yuni. Dilla hanya mengangkat bahunya.

"Rasanya tak ada masalah,"jawab Dilla mengangkat pinggannya ke sinki. "Kak Yuni thank you for the breakfast. Sedap sangat," ucap Dilla berjalan menuju ke pintu. Yuni hanya tersenyum.

"Have a nice day at work!" Jawab Yuni sambil melambai. Dilla melangkah penuh yakin ke pejabat.

Chen Ming menantinya dengan penuh setia di lobi apartment itu.

"Wow, cantiknya hari ini,"kata Ming spontan.

"Hari ni aje?" balas Dilla mengusik Chen Ming. Usikan itu menjemput ketawa Ming.

"Selamat pagi," suara David menegur mereka.

"Mr D!Good morning," jawab Ming menghulurkan salaman.

"I am ok. Sedang tunggu tuan," katanya kembali. Dilla hanya memberikan senyuman. Lif berdenting dan Razlan segak bersut kelabu dan berkacamata hitam.

"Have you waited long David?" Sapanya tanpa berhenti atau mengendahkan Chen Ming dan Dilla di situ.

"Tak tuan. Baru je sampai," dia menuruti Razlan pantas. Dilla dan Ming berpandangan sesama sendiri.

"Wow, daebak I have never met anyone who has a multiple personality disorder," nyata Dilla mengeluh.

"Dahlah. Kita mulakan hari dengan ceria! Jom,kita pergi kerja,"ajak Chen Ming. Mereka terus menuju ke kereta dan tanpa mereka sedari Razlan masih ada di parkir di dalam Bentleynya memerhatikan kemanisan wajah ceria Dilla berbual dengan Ming.

"Tuan?"tegur David.

"Let's go," balas Razlan pantas. Dia sendiri tidak memahami kenapa hatinya boleh terbalik menyukai Dilla. Semua yang ada pada Dilla bukanlah ciri-ciri wanita idamannya kecuali satu, Dilla tidak mempedulikan kedudukannya,pangkat dan kekayaannya.

Keikhlasan terhadap semua benda yang dibuat oleh Dilla sangat dikaguminya. Lama dia termenung.

"Tuan tak apa-apa?"tegur David. Razlan menggelengkan kepalanya. Makin mahu dia lupakan makin sarat Dilla bersarang di mindanya. Dia menyesal atas kata-kata pedih da  segala yang dilakukannya untuk menyakiti hati Dilla.

"Tak rasa pelik ke semalam perangai dia lain. Pagi ni macam tak kenal pulak?"tanya Dilla dalam kereta.

"Pelik tak peliklah. Sekejap lagi I dapat memo kena pecat, terpaksa I berhijrah ke Canada."

"Jauhnya!"

"I bawak you sekali,"usik Chen Ming tersenyum dengan sepasang lesung pipit yang banyak membuat wanita gila bayang.

"I received a job offer," beritahu Dilla tenang.

"That's great news!"

"A trainee manager in Japan, Canon HQ."

Chen Ming hilang kata-kata di saat itu. Cerianya terselindung dengan kejutan itu.

"Ming..."panggil Dilla.

"Congratulations," ucap Ming memaksa dirinya berbunyi ceria. Bicaranya terhenti di situ.

"You're not happy,"teka Dilla sambil meneliti ekspresi Chen Ming.

"I am but that is so far away," akui Chen Ming.

"We are friends forever,"pujuk Dilla. Chen Ming menganggukkan kepalanya. Dia hanya seorang kawan bagi Dilla. Mereka sampai di ruang parkir bawah tanah di tempat selalunya.

Kehadiran Encik Said dan Pn Wahida di mahligai Dato Adham dan Datin Jamilah selama beberapa  hari sangat dialu-alukan.

Hari itu Encik Said dan isteri hendak pulang ke Sungai Petani.

"Akak dan abang betul ka nak balik ni?"tanya Jamilah seraya duduk di sofa di ruang tamu.

"Kena baliklah Datin, lama dah tinggal rumah tu,"jawab Encik Said sambil melawak.

"Janganlah berdatin-datin sakit telinga ni." Datin Jamilah menegur. Mereka semua ketawa.

"Abang Said. Kami mintak maaf sebab tindakan Razlan yang melampau sangat tu. Kami rasa sangat malu,"pujuk Dato Adham.

"Ham,satu benda yang kau perlu tahu Dilla tu keras budaknya. Keras kepala keras hati setakat apa yang Razlan buat tu aku tak rasa Dilla menderita sangat,"terang Encik Said.

"Kami hanya menyelamatkan Razlan je ni. Semua kerana Dilla ni bila hilang sabarnya tu...hi...takut Razlan masuk hospital pulak. Dilla tu nampak macam tak dak apa tapi bila dia naik syeh karate dia tu. Selamatlah sesapa yang dia geram tu,"tambah Puan Wahida.

"Pernah berlaku ke ni?"tanya Dato Adham. Kedua Encik Said dan Puan Wahida menganggukkan kepala mereka.

"Tahun lepas adalah anak orang kampung ni minat sangat dengan si Dilla ni. Sampai Dilla pergi ke mana-mana dia mesti ikut di belakang. Kami dah nasihat dia tapi dia pulak yang beria-ia nak jadikan Dilla tu isteri. Satu hari Dilla balik dari pasar malam dia try nak surprise dengan bunga,"bicara Encik Said terhenti di situ dan memandang wajah isterinya.

"Apa jadi bang? Lekaihlah habaq,"tanya Puan Jamilah tak sabar. Encik Said dan Puan Wahida ketawa.

"Memang surprise sungguh. Dilla ambil bunga tu dia tibai tadak ampun budak tu. Naik lembiklah. Nasib abang lalu kat situ," cerita Encik Said lagi.

"Budak tu dapat empat jahitan di dahi, patah tangan dan terseliuh kaki. Dilla campak dia ke dalam parit,"sambung Puan Wahida. Dato Adham dan Datin Wahida tidak terkata-kata.

"Sebab tu aku tanya habis-habis betul tak korang nak jodohkan Dilla dengan Razlan? Bezanya langit dengan bumi tu," kata Encik said lagi.

"Sebab tu ke abang mintak kami putuskan pertunangan mereka?"tanya Datin Jamila kesedihan. Encik Said menggelengkan kepalanya.

"Aku kenal anak aku macamana. Pada mulanya aku ingat mungkin Razlan dapat membimbingnya ternyata mereka tak dapat menerima diri masing-masing seadanya. Aku dah cakap dengan Razlan carilah orang lain. Sekiranya masih ada jodoh dengan Dilla aku masih sanggup menerimanya," kata Encik Said perlahan tapi dengan penuh yakin.

"Abang cakap macam tu?"tanya Datin Jamilah sekali lagi. Encik Said mengangguk.

"Jangan risau...kalau dah jodoh tak ke mana,"pujuk Puan Wahida lagi. Perbualan mereka dikejutkan dengan bunyi hon teksi yang bergema. Mereka mengucapkan selamat tinggal dan saling mengingatkan supaya terus berhubungan.
 

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now