31

862 35 0
                                    

Dilla, Ara dan Ikmal menemani ibu Ikmal iaitu Prof. Dr Rohani yang koma sudah 2 minggu. Segalanya datang bertandang di minda. Dilla mengucapkan salam dan mencium dahi Prof Rohani dan duduk di kerusi di sisinya. Dia membuka yasin di telefon dan membacakan surah Yasin itu kepadanya. Ara dan Ikmal menyusul membacakan Yasin untuknya. Setengah jam kemudian, Dilla masih lagi memerhatikan wajah Prof Rohani.

"She came to my school one day. Mak kau cakap pasal jati diri, motivasi dan halangan yang akan ditempuh oleh anak-anak pelajar 5 tahun akan datang. Masa orientasi, aku kenal kau Mal sebab keluarga kau pernah keluar majalah keluarga. Aku merasa sangat hormat dan menyanjung Prof sepenuh hati aku. Kau pernah bertanya apa yang kau buat sampai aku begitu keras hati terhadapmu. Kerana di masa orientasi itu, aku cuba berbual dengan kau dan kau mengejek aku di depan kawan-kawan asrama penuh kau."

"I was stupid. Aku minta maaf. Aku tak pernah tahu kau kenal mak aku," balas Ikmal kesedihan.

"I am sure mak kau pun tak kenal aku, tapi kerana kata-kata mak kau, aku berada di sini. Dia berpesan sebelum habis seminar, apabila kita merasa putus asa, sedih dan tidak boleh maju ke hadapan, pandanglah orang di belakang iaitu ibubapa kita yang tidak pernah lekang dari mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tiada ibubapa yang mahukan anaknya menempuh kegagalan. It hit me really hard that day. Masa aku di sekolah menengah, tingkatan 5 adalah masa yang paling mencabar buat aku. I mixed with the wrong group dan mak kau inilah yang membawa aku ke landasan yang sepatutnya."

Ara memegang lengan Dilla. Sekarang baru dia tahu sebab kenapa Dilla begitu mahu ke Kuching dan kenapa dia begitu geram dengan tindakan Ikmal yang selalu mengungkapkan kata-kata nista dan cacian waktu dulu.

"Aku minta maaf Dilla. Aku..." Ikmal merasa bersalah dan mula memahami kenapa Dilla begitu kecewa dengan sikapnya yang dahulu.

"Bukan maafkau yang aku nak Ikmal. Dah lama aku maafkan kau pun. Sejak kau jadi baik dan kadang-kadang sweet ni. Aku datang sebab aku nak personally bercakap dengan mak kau ni," terang Dilla. Dilla bangun dan duduk di tepi katil di sisi Prof Rohani. "Prof. terima kasih di atas segala nasihat dan bimbingan prof pada hari itu. Prof membawa saya kembali kepada keluarga saya, Prof bawa saya balik ke pangkal jalan. Ikmal kawan kami, dan dia seorang yang baik bila dah kenal betullah kan," kata Dilla cuba menceriakan dirinya sendiri. "Bangunlah Prof, kuatkan semangat Prof, bukan sahaja your family yang memerlukan Prof, saya percaya ramai termasuk semua yang senasib seperti saya mendoakan Prof. Saya sangat terhutang budi pada Prof," dengan bait-bait itu, airmata Dilla jatuh satu persatu. Ara dan Ikmal juga menitiskan airmata melihat Dilla meluahkan rasa penghargaannya. "Prof, saya mendoakan Allah permudahkan segalanya untuk Prof. Terima kasih banyak-banyak."

Airmata mereka mengalir deras. Dilla tiba-tiba terdiam. "Ikmal, tangan your mom," beritahu Dilla. Jari tangan kanan ibu Ikmal bergerak.

"Mama, mama, Mal ni. Mama dengar Mal tak?" tegur Ikmal menggoyangkan tangan ibunya. Mata ibunya terbuka sedikit demi sedikit. Ikmal berlari keluar mendapatkan doktor. Seorang doktor dan dua orang jururawat bergegas ke bilik itu. Dilla dan Ara diminta menunggu di luar. Setelah beberapa lama, Ikmal keluar bersama doktor itu.

"Terima kasih doktor!" ucap Ikmal bersalaman dengan doktor itu.

"Prof Rohani telah lepas dari tahap kritikal. Tapi dia masih lemah."

"Boleh kami tengok?" tanya Dilla. Doktor memberikan persetujuannya.

"Boleh, tetapi jangan lama-lama. Dia perlu banyak berehat."

"Ok, doktor," kata Dilla. Mereka berdua masuk dan melihat Prof Rohani sedang diperiksa lebih lanjut oleh jururawat. Prof Rohani hanya dapat memberikan senyuman kepada mereka sebelum kembali tidur. Dilla mengajak Ara keluar dari bilik itu. Ikmal menuruti mereka.

"Aku hantar korang balik rumah aku." kata Ikmal.

"Tak payah. Aku dan Ara akan terus balik ke KL sekejap lagi. Hopefully ada tiket lah," jawab Dilla.

"Hah? Kita tak tidur sini ke?" kata Ara terkejut.

"No, kitaorang balik sahajalah. Mal, kau kena tunggu sini bersama mak kau. She needs you here and you need to be here. Aku dan Ara tahu datang tahulah kami balik."

"Tapi..." Ikmal cuba membantah.

"Objektif tercapai! Alhamdulillah aku berpeluang menziarah mak kau. So, baliklah."

Dilla tahu Ikmal tidak mahu melepaskan mereka pergi.

"Kami balik dulu," Dilla mengucapkan selamat tinggal. Ara yang muncung panjang sedepa hanya menuruti sahaja keputusan Dilla. Ikmal menghantar mereka ke pintu masuk hospital.

"Terima kasih kerana korang datang. It means a lot to me," kata Ikmal sebelum menutup pintu teksi.

"Jaga diri," pesan Dilla. "InsyaAllah ada kelapangan kita jumpa lagi, ya?" Ikmal mengangguk. Dia menutup pintu teksi dan melihat teksi itu pergi. 'Syukur Ya Allah, kau beri dua kebahagiaan untuk aku hari ini,' bisik hatinya. Dia berlari ke wad ibunya kegembiraan.

Ara merajuk dan tidak mahu bertegur sapa dengan Dilla kerana membuat keputusan tanpa berunding dengannya.

"Kau pun sama macam mak ayah kau! Buat keputusan tak berunding dah. Kau ingat senang ke pi mai pi mai naik plane ni?"

"Olo janganlah marah. Ikmal tengah susah tu, nak entertain kita lagi. Tak ambik invitation bapak dia kang rude pulak, baik kita balik,"pujuk Dilla. "Apa kata kita overnight kat hotel mana-mana? We have one more day,"cadang Dilla. Ara mengangkat sebelah keningnya.

"Kita?"tanya Ara. Dilla mengangguk. "Dah lama kita tak hang out bersama kan?"

"Betul...kita lepak sunway resorts and spa, kita pi Sunway Lagoon shopping Sunway Pyramid. Sounds good?" Dilla memujuk Ara. Teksi bergerak dengan lancar.

"Hmm...sounds great! Encik bawa teksi laju sikit kami nak balik KL!"kata Ara bersemangat. Nasib mereka baik kerana mendapat tiket pulang ke KL masa itu juga.

"Err...Dilla kita ada duit ke?" Ara bertanya sesampainya mereka di lobi. Jam menunjukkan jam 6 petang.

"Baru kau tanya?"usik Dilla. "Of courselah. Tak ada aku tak ajak!"kata Dilla. Ara hanya memerhatikan Dilla tidak bergerak.

"Mak aku bagi £500. Semalam. Nampak ni?" Dilla mengeluarkan beberapa keping dari beg duitnya.

"Pound Sterling?"

"Yep! Let's tour like locals hahahha," Dilla ketawa sambil menarik Ara ke kaunter.

Kehadiran mereka diperhatikan oleh seseorang yang sedang duduk di hujung lobi. David Cheng berjalan ke tepi kaunter dan menyembunyikan dirinya di balik pokok.

Dilla menghampiri kaunter dan mula bercakap Bahasa Inggeris dengan slang British.

"Hello, we don't have a reservation but can we have a room? We just landed from the UK," kata Dilla dengan slang London yang pekat.

Terkelip-kelip mata penyambut tetamu yang cantik di hadapan mereka. Nampak begitu melayu tapi bahasa mat saleh habis.

"Excuse me? Didn't you hear what I've said?" Tanya Dilla berpura-pura terkejut. David Cheng menyimpan ketawanya. Dilla ternyata menghiburkan.

"Er..yes madam. Hold on," balas penyambut tetamu itu mencari bilik kosong dengan pantas.

"Malaysia is so hot!" Kata Ara mengipas wajahnya.

"We have a room vacant madam,"beritahu penyambut tetamu.

"How much?"tanya Dilla.

"RM680 with complimentary breakfast and a buffet for 2."

"Would you accept pound sterling? I didn't get to change currency,"kata Dilla masih berangan warga British.

Razlan yang baru sahaja keluar dari conference room pelik dengan David yang bersembunyi di balik pokok. Dia terus menghampirinya. Sampai sahaja di sebelah David, dia menunjukkan kepada Razlan akan Dilla dan Ara.

"Apa diaorang buat kat sini? Kata ke Kuching?" Tanya Razlan sendiri.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now