46

1K 36 0
                                    

Kereta Razlan sampai di perkarangan rumah Pak Said sekali lagi kerana dia mahu memulangkan beg duit Dilla. Tetapi dia terkejut apabila keretanya menyuluh Dilla yang sedang bertarung dengan tiga orang anak muda. Dia memberhentikan keretanya dan terus berlari ke arah Dilla.

"Lepaskan dia!" Razlan menarik seorang demi seorang namun mereka membalas dengan tumbukan bertubi-tubi. Bujang mengisyaratkan Adi dan Marul untuk menguruskan Razlan dan dia akan menguruskan Dilla bersendirian.

"Itu siapa? Boyfriend kau?"tanya Bujang sinis.

"Entah aku tak kenal. Aku jumpa tepi jalan," jawab Dilla masih tidak menunjukkan ketakutan. "Sebelum aku panggil polis, hang balik! Jangan memalukan nama tok penghulu," jerit Dilla. Bujang tergelak besar,

"Hang ingat aku takut. Setakat juara karate bahagian perempuan hang tak payah nak gebang. Selama ini aku pukul orang setakat perempuan macam kau di tapak kasut aku ja tau!"

Razlan yang sudah pun selesai membuatkan dua orang kuncu Bujang pengsan berlari ke arah mereka. 

"Dilla!" Razlan berdiri di sebelah Dilla. "Dilla tak apa-apa?" tanya Razlan. Dilla hanya menggelengkan kepalanya.

"Tu best friends hang semua dah pengsan. Hang tunggu apa lagi?" sindir Dilla. Bujang menendang perut Razlan sekuatnya dan menarik tangan Dilla. Dilla meronta. "Lepaskan!" 

Datuk Adham dan Datin Jamilah yang sudah pun lena terkejut dengan kebisingan di luar rumah. Dalam mengantuk dengan tidak mereka meninjau ke luar.

"Dear! Anak kita. Dilla!" jerit Datin Jamilah. Tanpa berlengah Datuk Adham menelefon polis.

"Lepaskan? Jangan hang mimpi! Hang milik aku malam ini!" Bujang masih lagi menarik Dilla yang kuat meronta-ronta. Razlan bingkas bangun dan terus berlari dan mencapai tangan Dilla yang sebelah lagi.Bujang melepaskan tangan Dilla dan kedua mereka jatuh ke tanah. Bujang seperti mengamuk mengeluarkan pisau lipat dan menuju ke arah Dilla. "Kalau hang tak boleh jadi milik aku, aku takkan benarkan jantan lain menyentuh hang!" Dengan pantas dia menghunus pisau lipat ke jantung Dilla. Sepantas kilat Razlan menghadang dan pisau itu mengenai belakang dada kanan. Darah keluar membuak-buak. 

" Razlan!" pekik Dilla dengan airmatanya terhambur keluar. Polis sampai tepat pada masanya. Datuk Adham dan Datin Jamilah bergegas kepada Dilla dan Razlan yang sudah tidak sedarkan diri. "Razlan!"pekiknya lagi. Dia masih memegang Razlan dengan darahnya membasahi Dilla.

"Razlan!"jerit Puan Jamilah. Dia juga memeluk anak sulung yang berlumuran darah. Bujang cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Dilla terdiam di situ membeku bersama darah yang menyimbah dirinya.

"You stupid fool. Kenapa? Kenapa?" tanya Dilla seperti hilang akal. Badannya lemah dan menggigil. Ambulans sampai membawa Razlan dan Dilla bersama. Ibubapa Razlan menyusul ambulan segera. Di dalam ambulans, pembantu perubatan cuba menghentikan darah yang keluar. Dilla masih berjuraian airmata. Yang patut baring di situ ialah dia bukan Razlan. Lelaki ini yang paling mengelirukan ini tidak bersalah. Segala macam perasaaan yang dirasai tapi yang dia pasti dia begitu kuat berdoa agar Razlan selamat.

Doktor Daus Helmi sudahpun menanti di pintu apabila mendapat perkhabaran.  Dia memeriksa Razlan dan melihat keadaan adiknya yang begitu teruk. Mereka berkejaran ke zon Merah. 

"Dilla, Dilla tunggu sini. Dilla pun mesti jumpa doktor just to check!"

"Along, please save him. He..." kata-kata Dilla terhenti di situ. Abang sulungnya memeluknya erat.

"Along janji. Sekarang ni Dilla ikut nurse kat belakang tu. They will take care of you! Along pergi dulu!" Doktor Daus Helmi  meninggalkan Dilla di situ. Dilla jatuh terjelepuk ke lantai. 

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now