Dilla masuk ke dewan dan terus menghampiri meja vip tadi. Dia mengambil tempat di sebelah Neelofa. Pengerusi majlis menjemput Razlan dan Neelofa ke pentas untuk anugerah King and Queen of the Night. Dilla hanya menyentuh gelang itu dan fikirannya melayang kepada Ikmal. Dia merasa sangat bersalah kerana tidak dapat membalas perasaan Ikmal terhadapnya.
"Kawan Dilla dah balik?" tanya Datin Jamilah. Dilla mengangguk. "Segak kawan Dilla tu."
"Segak tapi annoying cuma sekarang je dia ok masa Dilla first year tu rasa macam nak belasahlah jugak dia tu," jawab Dilla ketawa.
"He looked like he really likes you,"teka Datin Jamilah. Dilla menggelengkan kepalanya.
"Tak adalah auntie. Kawan baik je," jawab Dilla berdalih. "Neelofa tu cantik kan? Bijak, friendly. Auntie tak mahu ke buat dia jadi tuan Razlan punya isteri?"tanya Dilla. Datin Jamilah ketawa.
"Kalau Razlan hendak dari dulu dah auntie masuk meminang. Entahlah. Auntie kena terima kenyataan yang Razlan takkan berkahwin kot. Kalau itu sudah takdirnya. Auntie rasa auntie terpaksa terima,"jelas Datin Jamilah memandang Dilla mesra.
"InsyaAllah ada jodoh tuan Razlan adalah."
"Yang Dilla panggil Razlan tuan ni kenapa? Kita ni dah macam keluarga,"tegur Datuk Adham. Dilla tertawa mendengarkan teguran itu.
"Ini kan tempat kerja uncle. Nanti orang cakap Dilla mengada-ngada panggil abang,"balas Dilla masih lagi ketawa.
"King of the night ialah Chen Ming dari Jabatan Pemasaran!" Pengumuman itu membantutkan perbualan mereka. Dilla berdiri bertepuk tangan. Razlan tanpa senyum memberi jambangan bunga dan hadiah wang tunai sebnyak rm250.
"Inilah dia anugerah kemuncak. Queen of the night," umum pengerusi majlis. Semua berada di siu bertepuk tangan. "Menurut ajk rahsia pemilihan saingan sangat sengit pada tahun ini. Jadi sebelum anugerah Queen of the night diumumkan, para juri mengadakan anugerah juri pakaian terbaik. Dijemput Prema Kaur juga dari Jabatan Pemasaran tampil untuk menerima anugerah."
Dilla terasa sedikit bengang. 'Baju tu patutnya aku yang pakai,'detik hatinya. Dia bertepuk tangan dan tersenyum. "Rezeki kaulah Prema."
"Baiklah, anugerah yang dinanti-nantikan akan diumumkan sebentar lagi. Hadiah yang menanti ialah hijab daripada Naelofar Hijab yang bernilai Rm500, wang tunai Rm250 beserta tiara swaroski bernilai Rm500. Queen of the night for 2017 ialah Dilla Riana Said dari Jabatan Pemasaran. Nampaknya Jabatan Pemasaran memecah rekod pada tahun ini." Tepukan gemuruh bergema di dalam dewan. Razlan hanya memerhatikan sahaja. Tiada ekspresi di wajahnya.
Dilla terpempan dengan pengumuman itu. Ibubapa Razlan mengucapkan tahniah berkali-kali. Neelofa menggamitnya supaya cepat ke pentas.
Chen Ming dengan pantas pergi mengambil Dilla di meja kerana Dilla masih dalam keadaan terkejut. Razlan hanya mengetap bibirnya melihat betapa gentleman Chen Ming menjemput Dilla. Cemburunya yang terkumpul malam itu sahaja membuak-buak.
Dilla yang dibawa oleh Chen Ming ke pentas menerima tepukan gemuruh. Mereka memang sentiasa berdua mengundang gossip yang menyatakan mereka bercinta.
Neelofa menyarungkan sach dan memakaikan tiara. Razlan memberikan hadiah wang tunai dan bunga.
"Ok seperti biasa the King and Queen mesti membuat persembahan spontan," kata pengerusi majlis. Berpinar mata Dilla mengenangkan malapetaka apakah yang akn berlaku sekejap lagi
"Sebelum itu pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu vip kita yang berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang." Razlan yang ditemani oleh wanita anggun Malaya itu turun ke bawah. Tinggallah Chen Ming dan Dilla di atas pentas. Chen Ming membisikkan sesuatu kepada Dilla dan Dilla mendengar sahaja. Ming memberi isyarat yang mereka bersedia.
Ming berlari ke belakang pentas. Dilla menanggalkan tiara dan meletakkan hadiah yang dimenangi di atas meja di tepi pentas.
Dia bersedia di tengah pentas. Chen Ming memberitahu persembahan mereka kepada pengerusi majlis.
"Baiklah, raja dan permaisuri semalaman akan mengadakan persembahan lagu dari Hafiz dan Misha Omar Terimaku Seadanya. Please enjoy."
"Apa khabar semua. Saya dan Ming akan berduet menyanyikan lagu ini. Semoga terhibur. Kalau tak sedap kami masih berbangga kerana dapat menyumbangkan suara pada malam ini. Terima kasih kerana memilih kami sebagai King and Queen of the night."
"Wow! Dua-dua pun suara sedap!" Puji Neelofa. "Macam pinang dibelah dua," tambahnya masih lagi bertepuk tangan. Razlan menepuk meja dengan kuat dan berlalu dari situ mengejutkan semua yang ada di meja itu.
"Razlan!"tegur Datin Jamilah.
"I gotta go. Cik Neelofa thanks for coming tonight. David will take you home. Ma, pa Lan nak keluar sekejap."
Tepukan gemuruh masih lagi kedengaran. Razlan melangkah laju keluar dari dewan itu. Dadanya semakin sesak dan fikirannya bercelaru hanya kerana budak mentah yang degil itu.
'Romantik sangat kau dengan Chen Ming tu,'bisik hatinya. 'Kau tu siapa?!!' Jerit hatinya lagi. Dia memandu laju tiada tujuan menyejukkan hatinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/85023748-288-k306705.jpg)
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...